Assalamualaikum,
Dah lama bertangguh nak menulis post ni. Sekarang ni pun,
tengah menulis di MS Word sebab takde internet kat rumah. Sigh~.
Kisahnya aku berpeluang tahun ni untuk pergi ke Shenzhen,
China untuk audit sebuah kilang di sana. Kisah auditnya memang sekejap je la
tapi berjalan memang sakan. So, aku cuma nak share pengalaman sepanjang di
sana.
6 Nov 2013 – Flight dijadualkan pukul 9.15 pagi tapi macam
biasa la nak kena ada awal 2 jam kat airport. Walaupun dah check in online tapi
lebih baik pergi awal supaya tak tergesa-gesa. Teksi sampai pukul 6 pagi. Sebenarnya bukan teksi,
tapi sorang kawan yang baru berhenti kerja jadi nak tolong dia la. Tapi satu
umat kat tempat kerja tak tau yang kawan ni tolong hantarkan sebab taknak
kecoh-kecoh.
Sampai kat KLIA memang awal la. Pukul 7 lebih dah sampai. Mula-mula pergi tukar
duit dulu kat money changer. Nasihat bos tukar sikit duit kat sini sebab kat
sini mahal jadi boleh claim company banyak sikit. Tukar currency Hong Kong
Dollar dan Chinese Yuan Remimbi. Sebab apa tukar duit Hong Kong ialah sebab
flight aku ni pergi HK dan kat HK ada
outlet untuk HK Disneyland. Jadi memang kena shopping HK Disneyland merchandise
walaupun tak pergi.
Flight lagi 10 minit nak depart,baru aku sibuk-sibuk beratur sebabnya singgah
kat Guardian beli deodorant dan eye liner. Ceh, lupa bawak those important
stuffs. Kami naik airbus, so ramai penumpang dan kena beratur lama. Ni first
time aku naik kapal terbang besar jadi memang macam peghak sikit. Duduk je kat
seat, perkara pertama ialah excited dengan TV kat depan. Dah sibuk tekan-tekan
lepas tu sibuk cari mana dia punya headphone dan kat mana nak cucuk. Tengah sibuk-sibuk pilih nak tengok movie apa
dengan menggunakan controller cause I didn’t know the monitor is touch screen
(Haha!)asyik diganggu dengan passenger announcement lepas tu kena tengok pulak
flight ni terbang. Aku nak tengok ‘The Avengers’ni, hish! Dah selamat berada di
atas awan, barulah diberi headphone sorang satu. Ok, mana nak cucuk ni oi?
Nasib baiklah aku duduk kat seat tepi sekali maka tengok je mana orang lain
cucuk. Oh, kat arm rest rupanya. Lepas tu rasa macam tegak sangat nak baringkan
sikit kerusi ni. Aku tau kena tekan butang tepi ni, lepas tu tolak ke belakang,
tapi tak boleh!!! Adoi, cemane ni? Nak Tanya stewardess tapi takut bos kat
depan dengar, malula pulak. (akhirnya dapat jugak kebelakangkan kerusi lebih
kurang sejam sebelum mendarat setelah lebih 10 kali berusaha. Senang je kot,
aku yang menyusah tolak diri sendiri ke belakang dengan beria-ia. Malu2). Lepas
tu dia bagi breakfast, more like bruch sebab dah pukul 11 time tu. Alamak, nak
pilih ape ek? 2 pilihan je kot so pilih nasi lemak. Appearance memang tak
cantik, tapi sedapnya la…! Habis licin makan. Alhamdulillah selera sangat bagus
pegi China kali ni. Tak macam pergi Indonesia aritu, satu benda pun takleh
hadam sebab masalah perut.
Sesampainya di HK Airport, terus cari kaunter tiket feri untuk ke Shekou,
Shenzhen. Kalau kita terus naik feri, takyah ambik luggage sebab luggage kita
akan terus naik feri. Harga tiket feri dari HK Aiport lebih kurang 280HKD untuk
first class tapi sebab kami beli bertiga, so kami diberi harga package 130HKD
seorang. Lama jugak nak tunggu feri dan nasib baik aku baca kat tiket tu tulis
kena check in 30 minit sebelum feri jalan. Takde bezanya first class feri tu.
Bezanya nombor seat ditulis di tiket berbanding tempat duduk biasa, siapa
cepat, dia dapat duduk mana dia suka.
|
Nak naik feri ke Shekou, Shenzen |
Kami sampai di Shekou dan kena tulis card masuk ke China. Masa ni tak tau pun
yang kena pergi ambik bag. Bag tu dah dibawak turun dari feri. Ingatkan ada
conveyer bagai. Hehe. Keluar je daripada terminal feri tu, kami dah disambut
oleh wakil company supplier kat China ni. Dia hanya tahu cakap cina dan sedikit
jepun so jangan harapla nak communicate dengan dia sebab English memang dia tak
tau.
|
'Time is money, efficiency is life' |
Lepas check in dan letak bag kat Guang Dong Hotel, terus pergi makan kat restoran halal di
Shenzhen ni. Bangunan ni mungkin orang Islam punya sebab ada hotel, retoran dan
jugak pengedar daging halal. Makanan boleh tahan, agak pedas sesuai dengan
lidah melayu aku ni.
Lepas makan, tak bertangguh, terus pergi ke Luohu Mall. Kat sini orang kata
syurga untuk barangan copy gred AAA. Ada bag, jam, baju dan macam-macam
lagilah. Sebab bos aku dah aim nak pergi ke satu kedai ni, maka kami terus
menuju ke situ. Kedai ni ada blog. Dalam blog dia nampak dia jual banyak barang
dan igatkan kedai dia besar tapi kecik benar kedai dia. Bila kami bertiga masuk
kedai tu jadi sempit sangat. Kedai-kedai kat Luohu ni kebanyakannya memang
kecil dan display beberapa barang saja. Bila masuk, kita kena tengok katalog
dan kalau kita berkenan, orang kedai tu akan ambilkan kat what so called
warehouse. Kalau bershopping kat Luohu ni, anda tak perlu risau soal bahasa
sebab diorang semua boleh cakap English. Tapi amaran kepada anda, jangan buat
style shopping kat Malaysia – pegang semua barang. Bila anda dah start pegang
walau ada partial fingerprint kat barang tu, anda akan dipaksa beli! Make sure
dah buat note apa yang nak dibeli. Macam aku hari tu, aku memang berniat nak
beli luggage tapi sebelum tengok luggage, aku terpegang satu backpack. Tengah
aku beria-ia tawar menawar luggage, dia paksa aku beli backpack yang aku pegang
tadi. Aku cakap aku taknak, dia paksa jugak. So aku tanyala price, 850CNY, gila
mahal, lebih kurang RM400. Cakap taknak, dia paksa kita bagi price, so aku
cakapla 200CNY. Dia tak bagi sebab dia cakap ni beg kulit, branded, kualiti
bagus. Lepas tu, dia turun separuh harga aku tetap cakap taknak beli kalau
bukan 200CNY. Dia cakap aku hard woman. Haha. At last, lepas gaduh-gaduh (aku
dah agak marah sebab dia memaksa. Lupa pulak kat negara orang), dia bagi jugak
harga 200CNY dan untuk backpack dan luggage, aku dapat 500CNY. Wow, boleh tahan
jugak aku bargain. Bos aku macam jeles je sebab dia berhabis banyak dan lama
pulak tu tawar menawar. Sibuk dia nak tengok bag aku sebab dia tak percaya tu
bag kulit. Betulla kulit. Buatan kemas walaupun takde jenama. Lepas beli belah tu, kami naik teksi balik
hotel. Aku heret jela luggage aku pergi ke tempat tunggu teksi. Nampak sangat
pelancong.
Hehe. Sampai hotel, baru je nak berehat, bos suruh datang pantry
hotel, nak check in flight untuk lusa. Kat pantry ni ialah ruang rehat dan
jugak tempat untuk small meeting, boleh minum kopi, surf internet dan baca
buku. Tapi semua buku bahasa jepun. Hotel ni memang khas untuk jepun sebab siap
ada tingkat khas berkonsepkan jepun. Breakfast pun banyak makanan jepun. TV kat
bilik hotel ada channel cina dan jepun. Channel English Cuma HBO. Memandangkan
nak stay up tengok TV mang tak berbaloi, maka tidur jelah.
7 Nov 2013 – Bangun pagi lebih kurang pukul 6, lepas solat
subuh (waktu subuh dalam pukul 5 lebih, jadi solat pukul 6 ni kira subuh gajah
la), terus bersiap-siap untuk pergi kilang supplier. Waktu di Shenzhen sama
macam di Malaysia tapi sebab dia lebih ke timur, maka sebenarnya dia awal sikit
daripada Malaysia. Pukul 6 pagi tu dah terang macam pukul 7 dan pukul 6 petang,
hari dah gelap. Pukul 7.30, aku dah turun bawah untuk breakfast. Sebelum turun,
dah makan dan minum sikit kat bilik dengan bekalan roti dan nescafe bawak dari
Malaysia. Sebab kat hotel ni dah sahla makanan dia tak halal jadi berani makan
roti dan salad sahaja untuk 2 hari berturut-turut. Perjalanan ke kilang ambil
masa 1 jam dan tengahari sebelum lunch, kami dah selesai audit. Driver bawa
kami makan di restoran semalam tapi hari ni try menu lain pulak. Lepas kenyang,
kami pergi ke Dongmen Street.
Kami sampai kat sini lebih kurang dekat nak pukul
2 petang dan hari ni pulak hari Khamis tapi meriahnya tempat ni macam hari
minggu. Kat sini lagi meriah berbanding Luohu dan suasana macam ala-ala
Petaling Street ataupun macam Jalan Tuanku Abdul Rahman. Banyak gerai di
sepanjang jalan dan dalam bangunan kat tepi-tepi tu ada banyak kedai
kecik-kecik. Barangan yang dijual, bag, baju, aksesori handphone. Kat sini
sebenarnya aku nak cari souvenir China tapi memang tak jumpa langsung waima
keychain. Dongmen Street ni dekat je dengan GD Hotel jadi lepas shopping, kami
balik jalan kaki. Lenguh gakla kaki.
Bos aku dan mr supplier ni dah janji nak
pergi massage. Aku nak rehat kat bilik je. So, aku sempat tidur sekejap lepas
solat jamak asar dan zuhur then, lepak-lepak dalam bilik lagak orang kaya sebab
makan atas katil sambil tengok tv dengan berselimut sebab sejuk.
Pukul 7 pm lepas solat jamak maghrib dan isya’, aku turun ke lobi, tunggu
lelaki-lelaki lepas massage tu untuk pergi makan. Kami jalan kaki je dari
hotel, masuk ke sebuah mall, ingatkan ada restoran halal tapi takde pun. Satu
restoran yang orang kata halal pun jual makanan tak halal. Nasib baik ada mr
supplier boleh tolong baca menu cina. So, kami pun keluar dan cari restoran
tepi jalan. Akhirnya jumpa 2 buah restoran sebelah bangunan hotel je. Satu,
jual pizza, mungkin orang arab punya sebab ramai geng pak arab, sebelah tu
pulak cina muslim jual ramen. So, kami pilih ramen. Aku pilih mee daging tapi
dagingnya sikit aje. Rasa boleh tahan tapi dekat nak habis jugak aku makan, tak
larat nak hirup sup aje. Lepas makan, mr
supplier kata nak belikan luggage kiriman anak colleague dia kat Dongmen
Street, konon dia nak pergi sorang tapi kami 2 orang ni ikut je dia. Untung dia
dapat customer suka berjalan, boleh temankan dia. Ke sebenarnya dia nak privacy
shopping sorang-sorang?hehe.
Dongmen Street ni, malamnya pun meriah macamkan
besok orang tak kerja. Ramai satu macam je. Satu kekurangan kat sini ialah
penjualnya tak pandai cakap English tak macam di Luohu. Nasib baikla kami ada
mr supplier jadi translator untuk tawar harga barang. Aku dapatla satu baju
yang comel. Pilihan pakaian kat sini adalah fesyen musim sejuk sebab sekarang
kan dah autumn jadi baju semuanya kain tebal. Mana nak pakai kat Malaysia kain
tebal-tebal macam tu? Suhu kat Shenzhen waktu ni takla sejuk sangat. Malamnya
macam suhu aircond 22 ke 23 darjah celcius. Tapi kalau duduk saja, boleh
menggigil jugaklah. Lepas dah shopping dan jalan keluar masuk dari satu jalan
ke satu jalan (Dongmen Street ialah rangkaian 10 jalan kecil yang bercantum),
kami pun balik ke hotel dan duduk di pantry. Aku duduk je sambil minum kopi,
yang 2 lagi sibuk berborak. Nasib baik pantry tu tutup pukul 11, sebab aku dah
penat sangat tapi tak tau macam mana nak excuse myself. Balik bilik tu, try baju dan bergambar depan cermin, lepas tukar baju, solat, supper, bersiap nak tidur. Tapi kerana penangan kopi yang kaww tu, aku tak boleh tidur. Tengok channel TV shopping Jepun dengan mata yang amat segar. Dalam pukul 1 pagi kot baru boleh lena.
8 Nov 2013 - Lepas solat Subuh, kemas-kemas barang masuk dalam luggage baru. Pukul 8.30am, turun lobi untuk checkout dan breakfast ala kadar. Kami ke Shekou ferry terminal dengan teksi dan lepas beli tiket tu, kena tunggu ferry dalam sejam lebih. Kami sampai HK Airport lebih kurang pukul 12 dan tengok yang flight kami tak ditentukan lagi gate mana.
Tak kisah la pasal flight sebab aku dah tak sabar nak shopping kat Disneylang Hong Kong Outlet. Ooops, mahal rupanya harga barang-barang kat sini. Sebatang pen mencecah 40HKD. Adoi, kopakla aku. Nak beli untuk kawan department, untuk kakak-kakak dan untuk anak buah. Setelah shopping kurang lebih sejam style- ambil, tengok harga, masuk dalam bakul, tengok barang lain harga lagi murah, masuk dalam bakul, barang yang ambil mula-mula tadi letak balik tempat asal. Setiap kali ambik barang, kira pakai calculator handphone. Jumlah di cashier, HKD800 lebih. Puas hati aku!
Lepas shopping dengan meriahnya tu, duit ada berbaki HKD200 lagi. Bila balik Malaysia ni, rasa macam rugi pulak tak beli lagi. Hmm..Satu-satunya kedai makan halal kat HK Airport ialah POPEYE. Sebabkan lapar dan gembira, ambik set nasi, ayam 2 ketul kecik dan air - HKD58. Lepas makan, kami jalan-jalan dan lepak-lepak sebab flight delay 1 jam. Pukul 4 lebih baru flight depart.
Masa balik ni, aku duduk tingkat atas, bos aku tingkat bawah. Kali kedua ni, kurangla sikit peghaknya. Movie yang aku pilih nak tengok ialah 'The Conjuring'. Pilih movie yang orang kata menakutkan sangat ni sebab ada orang sebelah kiri kanan untuk mengurangkan ketakutan. Passenger sebelah menyebelah aku ni sangatlah bosannya, boleh diorang duduk diam je flight lama tu. Yang aku ni, muka dah berkerut-kerut. Kejap-kejap terperanjat pastu scene yang dekat nak habis tu, siap baca ayat kursi. Betapalah beria benar tengok filem tu. Sejam lagi nak sampai, aku tidur sambil dengar lagu nasyid. Insaf ke apa?
Sampai Malaysia pukul 8 lebih dan cepat-cepat mesej kawan merangkap teksi driver suruh tunggu. Lepas tolong bos belikan rokok, aku kami pun keluar dan aku perasan artis sebab ramai pulak orang kat arrival tu walau tak sorang pun tunggu aku, of course. Lepas say thanks to my boss, aku pun keluar dari KLIA. Berakhirlah trip 3 hari ke negara China.