Sunday 7 December 2014

4 Tahun

Hari tu hari Sabtu. Hari tu hari kerja. Lepas kerja, aku singgah Giant, nak survey meja Jepun sebab tangan sakit main laptop dengan meja takde kaki.

Aku masuk Giant. Ye, dengan uniform kerja jinjing bakul. Pemandangan yang tak comel pun nak dipandang. Aku nak ke belakang, tempat meja Jepun. Kat satu aisle yang aku nak lalu tu, ada 3 orang mamat pekerja Giant tengah lepak borak2. Aku tak segan pun nak lalu kat aisle tu tapi kenapa kaki aku secara automatisnya nak lalu di aisle sebelahnya. 

Waktu tu aku tengah main handphone. Tak boring pun, apa yang ditengok kat handphone tu tak menarik pun dan tak segan pun sampaikan nak kena buat-buat main handphone, tapi mata tu nak juga pandang ke handphone sampailah ke suatu saat, aku angkat muka. Saat ini, ketika ini, aku pandang tepat ke wajah seseorang. Dalam hati aku berkata, "familiarla muka mamat ni,". Selepas saat kami berselisih, hati aku menjerit, "AFIF!"

Otak aku waktu tu tak tahu nak proses apa. Suka, sedih, cuak, malu. Tak tahu. Sampaikan aku berhenti dan pegang sesuatu. Yang aku pegang tu ialah meja Jepun yang aku berniat nak cari tadi. Lama aku berhenti. Cuma berhenti, pegang meja, dan pandang depan. Aku toleh belakang walaupun aku takut sangat kalau2 aku terpandang sesuatu yang memang aku taknak, iaitu bini dia. Aku tak nampak bini dia, aku nampak dia agak jauh kat belakang, pilih barang kat rak menghadap aku, tapi dia tak pandang aku. Aku nampak macam mak dan adik@anak buah dia tengah tunggu dia tapi muka mereka macam pelik. Macam kata kat Afif, "kau nak beli apa tu? kenapa kau belek2 benda tu?" Aku pandang kat meja Jepun tu cuba nak cari harga tapi tak jumpa dan hati aku memang dah tak berminat nak beli meja tu. Aku jalan perlahan2 sambil berhati-hati takut2 terserempak lagi sebab kalau terserempak kali kedua, aku tak tau nak buat apa.

Sambil aku jalan tu, aku fikir segala memori yang tak seberapa aku dengan Afif. Aku minat dia dari start aku masuk kerja, tahun 2010. Sepanjang aku suka dia, aku susah nak jumpa dia di tempat kerja sebab dia kerja shift. Langsung tak pernah terjumpa kat luar. Masa jamuan kat kilang, dia takde. Masa kenduri kawan2, dia takde kecuali kenduri Hafiz, dia jadi pengapit. Waktu tu aku ambil gambar pengantin, tapi fokus kat pengapit. Gambar tu aku buang lepas dia couple dengan pompuan pakai sleeveless.Ceh!
Lepas 4 tahun, boleh pulak terjumpa kat luar. Kat Giant, time aku tengah selekeh balik dari kerja dan paling sadis, waktu dia dah bergelar suami orang. 

Masa aku angkat muka pandang dia tu, dia handsome sangat. betul, tak tipu. Handsome sangat2. Muka dia berisi sikit (dalam hati, aku menafikan dia bahagia lepas kahwin). Pakai jersi Malaysia (kot), jalur2 hitam kuning. Dia dahla putih (teringat dulu renung dia lama2 sebab kulit muka dia mulus gila). Dan aku percaya aku tak berhalusinasi yang masa aku tengok dia tu, dia tengah senyum, tapi bukan pandang aku la, pandang depan. Pada moment yang sangat sekejap tu, dia sungguh sempurna di pandangan aku. Dan kerana itu, aku teringat balik kenapa aku sangat suka dia sepanjang 4 tahun, dan kerana tu baru aku tau perasaan aku. Sedih.

Dia selau like gambar2 aku kat FB dan Insta. Tiba2 dia post gambar dia bertunang. Memang tak pernah sangka sebab saat hampir dia bertunag tu, dia masih like gambar aku. Aku tak sedih pun waktu tau dia dah bertunang sebab dia hanya jalani kehidupan dia. Dia tak curang pun jadi tak jadi sebab juga aku untuk marah.Dan lepas tu dia tak lagi like gambar2 aku.

Raya tahun ni, dia like gambar yang aku post kat Insta dan besoknya dia post gambar dia seorang. Hati aku tertanya, "Dia dah putus tunang ke?" Oh, tak lama tu pertanyaan aku dijawab dengan post bersama caption yang lebih kurang berbunyi begini, "beraya with fiancee," puihh!

29 Aug, ingat lagi aku tarikh tu, waktu dia hantar undangan walimatulurus kat FB. Nampak gaya memang peluang aku dah takde. Takpelah...dia hanya menjalani kehidupan dia tapi aku harap aku takkan pernah nampak post dia atau gambar2 perkahwinan dia. Dan memang takde pun sebab aku tak lagi scroll my FB page atau memang dia tak post gambar2 kahwin dia. Cer kahwin dengan aku, sah beribu2 gambar aku post berserta tag. Ok, dah..jangan berangan. Dia sedang jalani hidupnya dan telah lengkapkan suatu fasa iaitu kahwin. Aku doa dia ok. Ok je, dan dia je ok. Aku doa aku pun akan lengkapkan salah satu fasa hidup aku juga, dan pada ketika tu, aku akan lapang hati untuk tegok kebahagiaan orang lain. InsyaAllah...