Tuesday 24 February 2015

Hari Biasa Saya

Hari ni, hari biasa saya.

Ingatkan diri jangan berharap. Takkan ada apa-apa yang istimewa dari orang lain. Hanya dari diri sendiri. Ini hari biasa saya tapi ia tetap istimewa. 

Terima kasih pada arwah mak sebab lahirkan Ayang. Syukur Allah sebab Ayang lahir sihat,sempurna sifat. Terima kasih mak jaga Ayang selama 18 tahun. Ayang rindu dengan mak tapi mak lebih dikasihi Allah. Syukur Allah ambil mak waktu Ayang dah pandai jaga diri. Syukur Allah ambik mak 3 hari selepas hari ni. Ayang rindu doa mak. Ayang senang tapi Ayang dah tak dapat berkat doa mak. Ayang tak tau tapi Ayang doa pada Allah supaya Allah tunjuk kat mak sayang Ayang yang tak terluhat selama ni. Ayang doa kat mak hari2 supaya mak tenang kat sana ye.

Terima kasih ayah jaga ayang sampai hari ni dan saat ni. Masakkan lagi untuk Ayang. Ayah nak Ayang kahwin ke? Doakan Ayang jumpa jodoh yang terbaik ye yah. Doakan Ayang tak perlu risau pasal masa depan dan doa yang terbaik je untuk keluarga kita nanti.Ayang mintak maaf banyak2 sebab susahkan ayah. Ayang doa ayah sihat selalu, boleh ibadat banyak2, boleh borak dengan suami Ayang, boleh main dengan anak2 Ayang.

Hari ni hari biasa saya tapi Ya Allah,syukur pada Mu kerana beri aku kesihatan yang baik,berikan yang terbaik dariMu untukku. Aku mohon darimu segala yang terbaik YaAllah kerana Kau Maha Mengetahui setiap sesuatu.

Friday 6 February 2015

Terima Kasih Kawan

Baru aku tau...tapi dah terlambat. Dia dah nak kahwin bulan depan...

Aku tau dia suka kat aku tapi aku tak tahu yang dia serius suka kat aku, Aku ingat dia main-main, gurau-gurau sebab yela.. kan aku sorang je anak dara kat section tu. Tak sangka pulak dia memang suka sungguh dengan aku. 

Kak A bagitau aku tadi. Dia bagitau Kak A, dia suka kat aku since dia mula masuk kerja. Masa tu kami tak baik sangat, tak bercakap pun, Dah agak lama baru dia cakap dengan aku. Masa tu pun aku tau dia dah ada girlfriend, dah nak bertunang. Aku pun anggaplah yang dia main-main cinta monyet je dengan aku. Bak kata term sekarang - office couple. Jadi, tadi tu, aku betul-betul tak sangka.

Kadang-kadang aku risau juga kalau terapat sangat dengan dia. Nanti dia ingat aku terhegeh-hegeh nak kat dia sedangkan dia dah tentu2 dah bertunang. Pernah selalu aku fikir, "walau macam mana pun aku baik dengan dia, sah2 dia cintakan tunang dia je". 

Aku pun tak tau nak cakap apa. Terima kasih la sebab buat aku rasa dihargai. Ada rupanya orang suka aku dari jauh. Cuma mungkin tak berani nak luah macam sesetengah orang. Aku pulak memang fail la bab nak bagitau perasaan sendiri ni. Aku doakan kebahagiaan kau dengan bakal isteri kau. Tolong doa aku dapat suami yang terbaik untuk aku.

Kami...

Tuesday 3 February 2015

Tak Kesah La

Aku tak tau apa aku rasa. So bila menulis, aku mencari dan memberi jawapan. Jawapan yang aku nak, bukan semestinya betul.

Hari jumaat lepas, aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Kak A. Selalu yang call aku malam2 minggu ni family aku, bagitau nak balik atau suruh bagi makan kucing. Ni Kak A yang membawa berita S patah kaki. Terkejut aku dengan berita tu, tapi lepas tu aku mula sangsi bila nama N dikaitkan dengan berita ni. N bagitau Kak A berita ni pastu Kak A bagitau aku. Macam mana N tau S patah kaki? 

Ceritanya tu buatkan perasaan simpati aku ni bertukar jadi benci. Konon ceritanya S jemput N balik kerja pastu sebelum balik rumah, S singgah main futsal. N tunggu dalam kereta dan lepas tu tup2 S patah kaki. Ko boleh percaya cerita cenggini? Aku suruh Kak A confirmkan balik sebab Kak A ni selalu tertipu. Lepas tu aku dapat lagi call dari Kak A yang mengesahkan berita tersebut. Aku tak cakap apa masa dia bagitau. Langsung. Aku ha..ha.. kan je (ni bukan haha gelak tu). Maksudnya mengiakan je tanpa cakap apa2 pun. Kak A cakap, dia nak pergi melawat tengah hari esok. Lepas tu pandai pulak cakap kalau nak ikut, nanti bagitau, kalau tak dia naik teksi je. Nampak? Pancing nak tumpang.
Malam tu aku terfikir lagi benda ni dan masih percaya 50, 50. Betul ke patah? Kenapa N bagitau Kak A. Kenapa bukan housemate S bagitau kat semua kawan2. Kenapa si N budak baru masuk rasanya tak sampai sebulan tu yang bagitau.

Pagi tu, memang berat hati aku nak pergi tapi nanti dikatakan tak pikir kawan2. Aku tak decide lagi sehiggalah Kak A call. Aku pun main cakap je, aku nak pergi petang sikit. Kak A pun cakap nak pergi petang sebab tengah hari tu S operate. Lepas lunch, baru aku bagitau ayah aku nak pegi hospital. Mulanya ingat nak pakai selebet je. Tapi Kak A mesej mintak singgah dekat Jusco katanya nak beli kasut sukan baru. Hampir aku menyumpah dia. Dia memang ambik kesempatan betul kalau naik kereta aku. Suruh hantarkan pergi sana sini. Ni pergi hospital kot, bukan pergi kenduri nak singgah2 bagai. Gigih jugakla aku pakai contact lense dan eye shadow sikit. 

Kami sampai hospital dalam dekat pukul 5 petang. Ya Allah, baru aku tau betapa tak sukanya aku pergi hospital. Orang tak sakit pun boleh jadi sakit kalau cenggini suasananya. Neves aku nak cari katil S. Macam mana keadaan dia nanti. Pakai baju ke tak. Nak cakap apa nanti. Nak tolong apa nanti. Oh, tak payah susah2. S takde pun kat katil dia. Baru dalam 10 minit dia masuk operation theater, kata perempuan jaga pesakit katil depan. So, kami duduk situ dalam setengah jam borak dengan member2 pastu blah. Lapang gak hati sebab takyah risau dengan apa yang aku fikirkan tadi.
Dalam kereta on the way ke Al-Ikhsan S2, aku agak bengang lagi sebab aku kena jadi driver di hari sabtu ni. Niat aku nak shutdown 2 hari, tapi kena start jugak dia hari sabtu ni. Kena bercakap, kena respon, kena ketawa. Ughh!

Sampai kat Al-Ikhsan, aku cam agak seronok tengok situ ada sale dan kasut baru cantik2. Tapi Kak A pulak macam tak tunjuk minat. OMG. Aku dah bawak kau jauh2 ni, tolong pilih dan bayar je boleh tak? Dia nak pergi kedai satu lagi which aku tau tu kedai untuk lelaki tapi sebab nanti dia ingat aku tak suka pulak, aku ikutkan je. Hambek, takde saiz kaki. Pergi pulak kedai satu lagi, jual stok lama. Tak berkenan pulak dengan stok lama2 tu. Pergi balik kedai first. Kali ni aku duduk biarkan je dia pilih, dan bayar. At last!
Masa tu dah pukul 7. Dia tanya aku nak makan ke. Aku cakap je taknak. Dalam hati memang aku ingat nak singgah Jusco beli donut, tapi sebab dah lambat, malas ar. Dalam perjalanan balik, aku diam je. Kemain laju aku bawak. Kak A konon nak borak. Pegi pulak sebut nama N. Katanya N muram je masa OT sebab teringat kak kekasih hati kaki patah. Damn! Ambik, aku tekan pedal minyak kuat2. Sebut lagi nama pompuan tu.

Seminggu berlalu...
Sebenarnya kenapa aku nak jeles? Aku bukan suka pun kat S tu sebab:
1. S ni perangai macam pompuan. Fesyen pun konon stailo tapi stail orang kampung. Ikut je trend yang terkini. Urban people tak cenggitu ok.
2. Suka mengutuk fizikal orang. Tak sedar diri sendiri macam2 kurang.
3. Pendek. Full stop.
4. Badan berbau.
5. Jalan macam pompuan
6. Cemerkap. Apa2 dia pegang mesti tak selamat.
7. Putih.
8. Suka pegang2 Kak A. Ni pegang yang bila aku tengok, jadi geli.
9. Tak suka/ penggeli ngan kucing. 
10. Suka selfie. Gamba whatsapp tukar 3 hari sekali. Eww!

Aku tak sekali pun mesej dia bertanyakan khabar. Kecuali sekali. Aku ada hantar gambar kat whatsapp. Send 2,3 kali tapi fail. So, tak tau dia terima ke tak and aku pun delete semua sekali. Kak A asyik bagi tau dia kirim salam...kat semua. Lepas tu bagi hint konon-konon S sedih sebab takde sape mesej dia. Nak tau macam mana kak A tau S sedih? Sebab S bagitau N dan N bagitau Kak A. Damn! Bye2!

Monday 2 February 2015

Pet Shop Senawang

What did I just buy???

Baru ni, aku menghabiskan RM79 untuk barang kucing aku. Yang peliknya, macam mana aku boleh habiskan sebanyak itu? Oh, aku tau, penjual tu pandai membuatkan aku rasa seperti seorang ibu yang teruk. Huk, huk, huk!

Aku kesian kat smoky sebab bulu gugur dan kulit gatal. Habis luka dia garu. So, aku nak belikan dia syampu yang sesuai. Aku ingatkan paling mahal harga syampu tu RM20 je. Aku pun pakai syampu Loreal yang agak mahal bagi aku, harga belas hengget sebotol tu. So aku rasa aku agak mulia untuk membelikan smoky syampu harga 20 hengget. 

Aku pun gagah mengunjungi pet shop kat sebelah Kuali Mas tu. Aku teringat ada kedai tu bila makan ngan Iqbal and the gang hari tu. Aku ingatkan tu kedai Cina. Bila aku masuk, aku dengar tuan kedai tu dok beri penerangan kat pelanggan dia. Aku still ingat dia Cina. Cina yang fasih cakap Melayu macam Cina pet shop kat Matahari Height tu. Ok, budak yang sambut aku tu budak perempuan Melayu, budak lagi. Aku cakap aku nak beli syampu kucing. Dia bawakkan aku kat rak syampu. Wow, paling murah pun RM39. Lepas tu abang tuan kedai tu tanyakan nak beli syampu apa dari belakang kaunter, baru aku tau dia  Melayu. Dia suggest brand Saintail. Seperti gambar di bawah.


Syampu ni harganya RM58 which is way over my budget for my little smoky tapi bunyinya macam bagus bila diterangkan pulak oleh akak tuan kedai ni. Aku pulak nak mengadu nasib smoky mengatakan bulu dia gugur, lalu dia bertanya aku bagi makan apa. Aku dengan tak perasan terbangga sikit jawab bagi Friskies. Konon tak lokek la bagi makanan kucing dekat RM4 setin tu. Itu katanya punca bulu dia gugur. Nasib baik aku tak cakap yang aku campur Friskies tu dengan nasi. Uhuk! Dia suggest aku belikan makanan kucing kering jenama apa tah yang harganya 50 lebih tak sampai 1kg. Masa ni aku terbayang wajah ayah kalau dia tanya berapa ringgit harga makanan kucing ni. Mesti dia exclaim, "MasyaAllah!". Tapi dalam masa yang sama aku merasakan aku seorang ibu yang kedekut sebab taknak belikan makanan yang berkualiti untuk anak2. Huwaa!

Dipendekkan cerita, aku belikan juga makanan kucing jenama Royal Canin yang harganya RM24 yang beratnya lebih kurang macam sepeket gula. Lalu aku bayar dengan didahulukan dengan duit kelab dan aku janji aku ganti balik besok. Sebab aku tak cukup cash dan kedai tu tak terima kad. Masuk dalam kereta, aku pegang kepala. Apa saja duit yang aku habiskan ni?

Nota Penting: 
Bunyi post di atas macam tak best dan seolah memburukkan kedai kucing tu. Tapi sebenarnya itu untuk orang yang tak mampu memewahkan kucing macam aku. Kita memang tak boleh selalu masuk situ. Sebenarnya aku bangga kedai tu dimiliki orang Melayu. Jarang orang Melayu ceburi bidang ni. Malah ni 1st time aku jumpa. Kalau tengok klinik haiwan pun, yang aku tahu sekitar area Seremban, kebanyakannya kaum India punya. So, memang jujur aku bangga. 

Layanan pulak memang bagus. Dia bersungguh-sungguh bantu kita untuk cari apa yang sesuai untuk pet kita. Bukan sekadar duduk belakang kaunter atau paling teruk mengekor kot2 kita nak rembat barang kat kedai dia. Dia bagi penerangan yang sangat meyakinkan tentang produk2 yang dia jual.

Lagi satu, mereka sangat mesra. Siap tanya baru balik kerja ke, suruh drive elok2 sebab perjalanan jauh. Kita seronok dengar walau tadi dah menggigil bagi 2 keping not 50. Jadi untuk pet lovers terutamanya kucing, anda memang dialu-alukan untuk pergi ke kedai ni ok. Nama kedainya PET PARADISE & HOTEL. Kat Bandar Baru Senawang, sebelah Restoran Kuali Mas.