Thursday 24 October 2013

Feeling Good

Assalamualaikum,

Dalam post saya sebelum ni, saya ada cerita tentang betapa lonely nya saya. Saya jugak ada cerita yang saya dah long lost contact dengan hampir semua kawan-kawan di sekolah menengah. Setakat post yang saya tulis sebelum ni, saya cuma ada 3 orang kawan dari sekolah menengah saya di Muar dulu.

Dan semalam, entah kenapa dan entah dari mana saya dapat feeling untuk mendaftar sebagai Alumni sekolah. Setelah jadi alumni, saya dapat trace balik kawan-kawan saya yang sama batch. Dari alamat e-mail mereka, saya cari dalam Facebook dan saya request friend. Bermula dari seorang, seterusnya saya cari lagi dari friend list mereka dan saya dah request berpuluh-puluh orang yang saya kenal di sekolah. 

Setakat saat ini, saya berjaya mengumpul 17 orang kawan sekolah saya di Muar. And I felt good! 
Tengok kebanyakan kawan saya display gambar kahwin as profile picture tapi saya buang perasaan segan dan rasa rendah diri serta ego saya jauh-jauh. Tanpa berfikir panjang, saya click button 'add friend'. And I felt good!

Walaupun mereka setakat click button 'confirm' dan mungkin tanpa susah payah nak tengok sapa yang request malah mungkin tak tahu saya request friend pada mereka sebab kami satu sekolah...Tapi takpe, sebab saya rasa happy dan I feel good.


Tuesday 22 October 2013

Lonely, I'm so Lonely

Assalamualaikum,

Cuma nak tunjuk betapa 'alone' nya saya


Lepas kerja, tapau nasi ayam kat Ayamas, singgah kat U.B, parking dan makan. Mulanya memang aman la makan sebab kereta kiri kanan takde orang dan tak ramai pun yang ada kat U.B tu. Tapi time ni, time nak habiskan ayam ni, ada pulak sekumpulan orang mungkin balik dari kenduri lepas tu pegi buat reunion pulak kat U.B dan boleh pulak korang reunion belakang kereta aku?! Kapish!

Marah bukan sebab apa tapi mereka membuatkan saya bertambah lonely. Saya dah lost contact dengan hampir semua kawan-kawan saya di sekolah rendah dan menengah rendah. Lost contact dengan semua kawan sekolah asrama di Muar. Masih contact sekali sekala dengan kawan-kawan di matrik dan boleh kira dengan jari sebelah tangan kawan yang saya masih contact di UM. Bunyinya macam sangat pathetic tapi boleh kata saya kawan dengan semua orang di tempat kerja saya sekarang. Tapi dah lost contact dengan mereka yang dah resign walaupun masa mereka masih bekerja sangat kamcing.

So, bolehlah saya menyifatkan diri saya sebagai seorang yang tak pandai nak mengekalkan hubungan persahabatan. Saya mengaku, hands up. Saya susah nak berkawan sebab sifat saya yang pendiam dan lambat menyesuaikan diri. Tapi saya langsung tak kisah bila orang cakap saya macam-macam sebelum mereka kenal saya sebab saya tahu yang pandangan mereka akan berubah. Ada yang kata saya sombong, tak pandai borak, pendiam sangat, poyo tapi bila mereka dah kenal, mereka baru tahu saya ni mesra. Poyo sikit la ayat tu kan? 

Tapi tu lah, saya kawan bila mereka ada depan mata, bila dah jauh, saya tak contact. Satu sebab ialah saya takut mereka sibuk, taknak layan mesej saya dan kalau layan, lama pulak sampai saya pulak naik bosan. Saya memang tak suka nak mesej sentiasa sebab saya ada macam-macam nak buat. Nak tengok TV, nak blogging, nak tengok Youtube. So, mana ada masa nak layan mesej panjang-panjang. Huhu, ini bukan reason, ni ialah excuses. Ye, saya tahu. Peace~

Sunday 20 October 2013

Berangan Kamera Nikon D5100

Assalamualaikum,

Saya ada keinginan baru, tapi takde bajet lagi. Apa dia? Tadaa....
Nikon D5100
Kenapa Nikon dan bukan jenama lain? Sebenarnya saya ada minat satu model kamera Canon bila saya tengok iklan kat TV. Canon EOS 100D, 'smallest and lightest DSLR ever'. Tapi bila saya cakap saya nak beli kamera Canon tu kat abang saya, dia cakap belilah Nikon sebab Nikon ada banyak lenses. Lepas tu, dia kata, dia pun pakai Nikon so, boleh tukar-tukar lenses. Oklah kalau macam tu even though saya tau saya akan develop this new hobby by myself. Sigh~

Salah satu ciri yang saya suka mengenai kamera ni ialah ianya ada vari-angle monitor. Sesuai lah untuk saya yang nak selfie. Saya bukan seorang yang suka ambil gambar selfie tapi sekiranya saya tak selfie, maka saya tak akan ada gambar, langsung~.

Saya suka ambil gambar pemandangan, suka nak ambil gambar mengenai memori saya. Teringin sangat nak pergi pantai, Port Dickson pun jadilah untuk ambil gambar pemandangan laut. Satu lagi, saya nak sangat balik ke sekolah lama saya di Muar untuk jenguk sekolah tu sekarang. Kalau dapat ambil gambar-gambar kat UM pun mesti best. Saya dah ada digital kamera, tapi agak segan sikit kalau nak ambil gambar-gambar kat tempat macam tu seorang diri. Jadi rasanya kalau pakai DSLR, tak segan sangat kot sebab orang akan nampak kita macam photographer professional gitu bila pegang kamera besau macam ni. Harapnyala~

Macam mana boleh berkenan dengan model Nikon ni? uish, mestilah setelah survey di internet pada waktu kerja. Ehem. Dan juga telah sedikit terpengaruh setelah tengok video review ni.

 

 
Dan juga selepas tengok official advertisement untuk tahu serba sikit mengenai keistimewaan kamera ni.


Pada masa ni, ni ialah keinginan saya tapi disebabkan takde bajet jadi bukanlah nak beli waktu sekarang, mungkin tahun depan dan ketika tu mungkin ada model baru keluar dan mungkin tak jadi beli model ni. Tapi untuk setakat ni, berangan yang ni dululah. Dah boleh start sikit-sikit belajar macam mana nak ambil gambar yang artistik. Kapish!

Wednesday 16 October 2013

Aidiladha

Assalamualaikum,

Hari ni 15 Okt 2013 bersamaan 10 Zulhijjah 1434. Hari Raya Haji. Besok saya pergi kerja. Kilang bagi cuti tapi terpaksa overtime. Terpaksa ye. Terpaksa sangat. Karang kalau tak pergi , takut ada yang mengungkit. Sangat tak professional. Tapi apa boleh buat, selagi saya kerja kat situ, saya terpaksa berdepan dengan sikap sang ketua yang tak professional. 

Saya kerja makan gaji je. Saya bukan kerja untuk sang ketua, saya pun tak bekerja kerana nipon-nipon tu. Saya kerja sebab saya nakkan pendapatan yang tetap. Sebenarnya, sepatutnya kita kerja kerana Allah. Senang nak cakap, tapi sukarnya nak dipraktikkan. Insyaallah setiap hari cuba. Tulis kat notebook, 'Lillahi Taala' sebagai ingatan setiap kali ada orang marah saya dan tegur saya. Terima kemarahan dan teguran bukan kerana siapa orang tu, tapi kerana saya berkerja Lillahi Taala.

Salam Aidiladha. Mohon diberikan kudrat untuk kerja besok. Amin.