Sunday 20 October 2013

Berangan Kamera Nikon D5100

Assalamualaikum,

Saya ada keinginan baru, tapi takde bajet lagi. Apa dia? Tadaa....
Nikon D5100
Kenapa Nikon dan bukan jenama lain? Sebenarnya saya ada minat satu model kamera Canon bila saya tengok iklan kat TV. Canon EOS 100D, 'smallest and lightest DSLR ever'. Tapi bila saya cakap saya nak beli kamera Canon tu kat abang saya, dia cakap belilah Nikon sebab Nikon ada banyak lenses. Lepas tu, dia kata, dia pun pakai Nikon so, boleh tukar-tukar lenses. Oklah kalau macam tu even though saya tau saya akan develop this new hobby by myself. Sigh~

Salah satu ciri yang saya suka mengenai kamera ni ialah ianya ada vari-angle monitor. Sesuai lah untuk saya yang nak selfie. Saya bukan seorang yang suka ambil gambar selfie tapi sekiranya saya tak selfie, maka saya tak akan ada gambar, langsung~.

Saya suka ambil gambar pemandangan, suka nak ambil gambar mengenai memori saya. Teringin sangat nak pergi pantai, Port Dickson pun jadilah untuk ambil gambar pemandangan laut. Satu lagi, saya nak sangat balik ke sekolah lama saya di Muar untuk jenguk sekolah tu sekarang. Kalau dapat ambil gambar-gambar kat UM pun mesti best. Saya dah ada digital kamera, tapi agak segan sikit kalau nak ambil gambar-gambar kat tempat macam tu seorang diri. Jadi rasanya kalau pakai DSLR, tak segan sangat kot sebab orang akan nampak kita macam photographer professional gitu bila pegang kamera besau macam ni. Harapnyala~

Macam mana boleh berkenan dengan model Nikon ni? uish, mestilah setelah survey di internet pada waktu kerja. Ehem. Dan juga telah sedikit terpengaruh setelah tengok video review ni.

 

 
Dan juga selepas tengok official advertisement untuk tahu serba sikit mengenai keistimewaan kamera ni.


Pada masa ni, ni ialah keinginan saya tapi disebabkan takde bajet jadi bukanlah nak beli waktu sekarang, mungkin tahun depan dan ketika tu mungkin ada model baru keluar dan mungkin tak jadi beli model ni. Tapi untuk setakat ni, berangan yang ni dululah. Dah boleh start sikit-sikit belajar macam mana nak ambil gambar yang artistik. Kapish!

No comments:

Post a Comment