Monday 22 July 2013

Super Down Monday

Assalamualaikum,

Alahai, sedihnya hari ni. Dahla hari ni hari Isnin. Hari paling takde mood, lepas ditambah-tambah pulak ketensenan di tempat kerja..super duper down jadinye mood hari ni.

Start daripada pagi tadi, terima email daripada sang ketua suruh pergi audit supplier ASAP. Gila ke? aku kalau boleh nak elakkan keluar office waktu bulan puasa ni. aku tak larat nak cakap berceramah lebar. Waktu tak puasa pun, aku tak banyak cakap, apatah lagi waktu dehydrate macam ni. Bukan aku taknak pergi supplier atas sebab aku tak bertanggungjawab tapi aku rasakan supplier ni takde keperluan untuk diaudit. Sejak daripada last audit aku pergi bulan 5 hari tu, reject dia dah menurun, bulan ni dah 0. Jadi kenapa perlu susah-susah keluar kilang pergi audit?

Lepas tu sang ketua tanya pulak pasal masalah supplier di Indonesia. Aku tak tau nak jawab macam mana sebab aku tak pernah jumpa PIC dan aku tak tau proses. Yang pergi audit hari tu orang lain. Atas 'kebijaksanaan' sang ketua hantar orang lain audit supplier orang lain. Jadi aku memang down sangat bila dia membentak-bentak tanya apa nak buat dengan supplier ni. Aku bersyukur aku diam waktu ditanya tu sebab dalam hati aku, aku cakap "Saya tak tau nak buat apa dengan supplier ni, tolonglah ambil alih."

Cerita sedih berikutnya pulak bila dapat tahu yang sang ketua ni pergi keluar berbuka dengan supplier bersama pekerja-pekerja kesayangannya. Takdela hadap sangat nak pergi sebab aku sorang je perempuan dan jauh, susah nak balik....tapi, tapi langsung tak ajak dan tak cakap. Pergi senyap-senyap je tapi lepas tu punyala 'bijak' sang ketua ni pergi bagitau si M, yang juga tak diajak. Dah makan kenyang-kenyang, baru nak bagitau. Nak buat apa? Nak buat sakit hati? M pun bagitau aku dan macam yang aku cakap, aku dah berniat nak menolak andai diajak tapi kalau kau dah sorok-sorok sangat macam ni, nampak sangat kau tak suka dan tak percaya aku. Konon pandai cakap nak buat kerja sama-sama, bincang sama-sama. Tapi bila pergi berseronok macam ni, kau pilih bulu. Ada hikmahnya...Allah nak jaga aku daripada makan rezeki yang syubhah. Nauzubillah...

Ketensenan berikutnya terjadi masa waktu Asar...waktu nak menghadap Allah tu, dikejutkan pulak dengan sign depan pintu surau. Arahannya lebih kurang, "Perkara yang dilarang dilakukan di dalam surau:  beristirehat, tidur, menggunakan handphone, bersolek dll. Jika didapati ada pekerja daripada mana-mana jabatan melakukan perkara di atas, anda akan dikenakan tindakan misconduct."GILA!!! Memangla aku dan member-member aku ada tidur dalam surau, itupun waktu rehat tengah hari. Sunat kan, take a brief nap time tengah hari...Lepas kami solat, kami keluar. Mungkin la kadang-kadang terlewat 5 minit, tapi takkan hanya disebabkan tu, dah tak boleh langsung duduk dalam surau. Yang paling tak tahan arahan tak boleh bersolek tu. Apa signifikasinya tah. Yang keluarkan arahan tu, tak pernah pun masuk surau tu. Mungkinla dia solat surau lain tapi tak payahla nak tulis sampai macam tu sekali. Itulah masalahnya dengan orang-orang di tempat kerja tu. Perkara mudah, dibelit-belitkan, disimpul-simpulkan menjadi susah. Perkara yang susah, dah bernanah, tak boleh dibendung, tutup sebelah mata, beri peluang entah kali ke berapa. 

Ada orang diberikan mata, tak tau memandang, ada orang diberikan telinga, tak mau mendengar, ada orang diberikan otak, tak nak berfikir, ada orang diberikan hati, tak pandai merasa. Macam ni lah jadinya...For the first time selama setahun lebih aku bekerja kat sini, aku nak consider balik dengan pilihan yang telah aku buat ni. Aku bertahan kerana aku memilih untuk bersabar dan buat tak tahu. Tapi sampai bila aku akan tetap dengan pilihan ni?

P/S: Sang ketua ni mana dia belajar tah 5W1H adalah why,why,why,why,why,how. Yang Pak Sheikh atas dia tu pun ikut je term 5 kali why dia tu. Mungkin diorang ni pergi special training kot...Marilah bersangka baik..huhu


Monday 15 July 2013

Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum,

Tik tok, tik tok dah masuk 6 Ramadhan...Alhamdulillah.

Just now baru lepas tengok filem Istanbul Aku Datang untuk kali kedua. First time tengok kat wayang. Ni adalah filem yang paling latest tengok kat wayang, betapa lamanya tak tengok wayang sampaikan filem ni dah keluar TV. Masa tu jugak first time tengok wayang sorang-sorang dalam keadaan sedih. Tak dapat nak recall kenapa sedih time tu tapi filem ni buatkan aku ceria sikit lepas keluar dari wayang.



Sure ramai dah tengok cerita ni kan. Sinopsisnya Lisa Surihani datang Turki sebab nak dekat dengan boyfriend dia, Tomok sambil tu buat short course kat universiti yang sama dengan Tomok. Kononnya nak buat surprise dan ingat boyfriend dia tak kisah dia tinggal 1 rumah dengan Tomok dan 2 orang lagi housemate Tomok. Tapi Tomok suruh Lisa cari rumah sewa. Walaupun keberatan, Lisa cari sendiri rumah sewa tanpa bantuan Tomok dan bila jumpa rumah idaman, turns out yang dia kena tipu. Rupanya rumah tu dah disewa oleh Beto. Nak taknak Lisa terpaksa stay kat rumah tu sebab tuan rumah tu takde kat Turki dan Lisa tak bagitau pun masalah tu kat Tomok. Lisa dan Beto ni memang macam anjing dan kucing, asyik nak bertengkar, tapi satu hari tu kantoi dengan Tomok. Lisa dan Beto pergi rumah Tomok nak jelaskan perkara sebenar tapi akhirnya bergaduh. Lepas tu ada pulak perempuan local datang dan kata Tomok tu boyfriend dia. Disebabkan Lisa ni dah takde apa kat Turki, kunci rumah dah diambil balik dek tuan rumah, boyfriend dah curang lepas tu taknak percaya pulak kat dia, so dia decide nak balik Malaysia. Tapi sebelum dia balik Malaysia, Beto bawa dia keluar dan di sinilah bibit -bibit percintaan mula timbul.

Cerita ni sebenarnya mempunyai tema yang sama dengan filem terdahulu pengarahnya, Bernard Chauly, menjadikan wanita sebagai watak utama. Wanita urban yang looks fragile but actually really strong. Sama macam watak Fazura dalam 'Gol dan Gincu' dan jugak 'Pisau Cukur'. Jadi antara perkara yang saya suka dengan filem ini ialah,

  • Sangat suka scenes di mana Beto bawa Lisa keluar jalan-jalan. Small gestures can be really sweet. Macam scene dia atas. Lisa jalan belakang, stop kejap untuk ambik gambar, then Beto nak tengok gambar yang Lisa ambik tu. 
  • Masa dirang nak pilih sweets. Beto pilih lepas tu suruh Lisa pilih pulak mana yang dia suka.
  • Masa kat picnic, Beto and Lisa nak ambil buah serentak. Lepas tu Beto ambilkan dan bagi pada Lisa.
  • Aizat, kawan Tomok sangat baik bawak Lisa pegi makan sebab Tomok takde kat rumah time tu, dan dia jugak SMS Tomok so, lepas tu Tomok call Lisa.
  • Pak cik tuan rumah tu sangat baik. Dia pulangkan balik duit deposit Lisa dan bagi Beto 2 minggu takyah bayar sewa.
  • Lisa sangat baik carikan Maggi Asam Laksa Beto yang dia dah habiskan. Siap letak dalam kotak cantik.
  • Baju Lisa semua comel-comel dalam filem ni.
  • Filem ni menonjolkan keindahan Turki dan turut menampilkan orang-orang Turki sebagai pelakon.
So, sesiapa yang tak tengok lagi filem ni, anda harus tonton tapi bergantung pada citarasa anda jugak. Kalau anda suka cerita sweet romance macam ni. Cerita ni sesuai untuk anda. 

P/S: teringin nak pegi Istabul

Monday 8 July 2013

Azam Ramadhan

Assalamualaikum,

Eh, pengumuman puasa dah keluar ke? Terlepas lagi untuk kesekian tahunnya...Tapi menurut kalendar, hari Rabu ni Insyaallah 1 Ramadhan.

Sebenarnya rasa agak bersalah dengan Ramadhan sebab masih Syaaban tapi dah sibuk igatkan Syawal. Sibuk nak beli baju raya, sibuk testing and tasting kuih raya, pikir nak beli langsir raya...semuanya berkaitan raya. Puasa macam mana? Puasa macam biasa, tahan lapar, tahan dahaga start lepas sahur sampai masuk waktu Maghrib. Hish, dah kurang lebih 20 tahun puasa dan pemikiran macam ni? ish3x....

Bagi saya, raya tu memang tak sabar nak disambut tapi bila tiba hari raya, saya pun dah hilang mood. Kita penat-penat kemas satu rumah, balik je anak-anak buah, rumah pun automatik jadi tongkang pecah. Masak beria tapi paling tak suka nak basuh pinggan melambak-lambak. Baju raya try banyak kali tapi tak pakai pun bila raya. So semua ni menjadikan raya dah tak best.

Setiap tahun saya memikirkan perkara ni. Saya mengagak mungkin sebab dah 8 tahun menyambut raya tanpa mak. Atau juga mungkin sebab dah besar, keseronokan raya hilang. Mungkin sebab terlalu banyak berhabis duit dan tenaga untuk sambutan hari raya maka bila tiba Syawal, mood jadi down.

Akhirnya saya dapat jawapan, raya saya tak lagi meriah sebab kurang ibadat di bulan Ramadhan. Jadi pada tahun ni, saya berniat untuk memperbanyakkan ibadat. Rajin ke terawih (tahun lepas pergi terawih sebab ex-skandal suruh pergi). Tahun ni nak ikhlaskan hati Lillahi Taala. Nak cuba khatamkan Al-Quran. Dah baca suku, jadi Insyaallah boleh khatamkan. Elakkan cakap benda tak baik, elakkan pikir benda tak baik dan elakkan buat benda tak baik. Nak jadikan raya tahun ni raya gembira bersama yang lain. Keluarga dan rakan-rakan.


Saya juga bermohon agar dibukakan hati untuk transformasi diri. Buka hati untuk kehadiran insan lain sebagai peneman hidup. Umur makin meningkat. Sebenarnya saya takut untuk berubah, takut untuk menjadi matang, takut memikul tangunggjawab, takut untuk berfikir bukan lagi hanya untuk saya. Jadi saya mohon sempena Ramadhan ni agar hilangkan ketakutan dan kerisauan saya untuk menikmati satu lagi fasa hidup sebagai insan. Belajar terima kelebihan dan kekurangan orang, belajar untuk menikmati kelebihan dan kekurangan diri. Tiada insan yang sempurna tapi dengan izin Allah, kita bakal melengkapi antasa satu sama lain. Wallahualam...

Sekadar ingin berkongsi ayat dari salah satu gag dalam 'gag concert'
Prof: What is love?
Student: Love is 1+1=1