Sunday 30 June 2013

Kisah Hujung Minggu

Assalamualaikum,

Sekian lama selepas post yang pertama. Saya jenis jarang bukak laptop atau lebih tepatnya netbook 1 Malaysia ni. 1 sebab sekarang lebih senang guna smartphone untuk online dan satu sebab yang utama adalah sebab netbook ni dah lembab sangat. maybe sebab ramp dia kecik dan saya suruh dia buat macam-macam untuk saya. bukak FB la, bukak blog la..bukak youtube la, bukak CIMB la..dah la suruh bukak macam-macam dalam satu waktu pastu nak cepat pulak tu. bila lambat, klik banyak kali sampai merajuk kawan ni terus 'not responding'. tapi tolonglah bertahan ye encik netbook 1 Malaysia sebelum saya ada budget nak beli kawan baru untuk awak. ye, ye, bukan untuk saya, untuk awak. hehe.

Alhamdulillah sekarang cuaca semakin baik. Jerebu dah kurang. Kat Kuala Pilah, dah tersangat ok. boleh nampak awan nano. Tapi walaupun saya tak keluar sepanjang jerebu, pakai mask walau di tempat kerja, nasib saya, dapat demam. Start rasa demam hari Khamis pastu ambik MC hari Jumaat. Kalau duduk rumah, banyak sangat aktiviti nak buat, tapi seriously sebab demam ni, tak larat. So, hari Ahad baru sempat sambung balik tengok DVD 'Beach Boys'. Pernah dengar tak cerita ni? Drama bersiri Jepun tahun 90-an dulu. Wow, feels so old saying -an, -an begitu.

cover DVD



Kisahnya saya memang dah lama mencari-cari cerita ni kat online tapi hasilnya mengecewakan. Tak jumpa, dan bila jumpa, tak full dan bila full, lembab plak buffering. So, stop, tak mau tengok. Jadi hari sabtu minggu lepas, saya pergi Jusco sebab teringin sangat makan sushi and takoyaki. Oh, bila diingatkan, rupanya saya ada keluar waktu jerebu teruk hari tu. no wonder demam. hehe. tapi demi sushi Jusco, saya harungi jua jerebu tu. uhuk2! sebenarnya cash tak cukup and takleh withdraw duit. nak dijadikan cerita, dalam jerebu tebal tu, punyala ramai orang kat Jusco. ni mesti diorang dah plan nak pegi outdoor, tapi sebab jerebu, tukar plan pegi jusco. chet! 

Dahla susah dapat parking so, bila dah sejam cari parking baru jumpa, takkan nak spend time kurang dari sejam je kat jusco hanya dengan beli sushi. so, merewang-rewang sampaila kat speedy video. tengok-tengok cd dan mula-mula ingat nak beli 'Last Hope' lakonan Aiba Masaki jadi doktor ataupun 'Lucky Seven' lakonan Matsujun, tapi takut pulak tak berbaloi kalau cerita tu tak best. so, dalam hati cakap nak beli la cerita yang confirm best macam 'Beach Boys' ke...Pam! Right at the first row. Terus jumpa, terus grab sebab takut amoi dua orang yang tadi kat section Korean Drama pastu makin lama makin dekat dengan section J-Dorama ni ambik. Huhui, kompiden je nanti rebut-rebut, tarik rambut. Pastu sebab lapar, taknak dah tengok cerita-cerita lain terus bayar dengan menggunakan debit card akibat ketiadaan cash.

Mula-mula beli takoyaki. "oiishi..!" rasa nak cakap macam tu bila first suapan ke mulut. pastu beli sushi plak. Ketika melangkah ke kereta, terasa seperti baru balik dari trip to Japan. hehe. Tapi puas sangat bila dapat apa yang dihajati.

Ok, sebenarnya post ni ditulis dengan niat nak cerita pasal 'Beach Boys', tapi dah melalut-lalut pulak panjang berjela cerita benda lain... so next post jela. hehe. Daa! 

Sebagai bonus
.
.
.
.
The most handsome man in Asia...Yutaka Takenouchi

Sunday 23 June 2013

First post y'all!

Assalamualaikum,


Selamat membaca post pertama saya di blog saya yang...ke-3 rasanya. blog pertama dah dimansuhkan dan blog ke-2 private (lebih macam diari). tapi blog kan adalah tempat untuk share peristiwa dan perasaan... maka lahirlah blog ke-3 ni. 

Saya sebenarnya tak minat tulis blog atau dengan kata lainnya, saya tak suka menaip. mungkin sebab saya lembap menaip dan saya sebenarnya tak suka share apa-apa. ini kerana hidup saya tak best. saya bukan selebriti macam hanis zalikha ataupun business woman macam vivy yusof.sekadar menyebut beberapa nama yang blognya saya selalu baca. 

 

tapi sebenarnya saya suka mengarang. waktu zaman sekolah dulu, walaupun tak suka bila kena buat karangan, tapi saya rasa hasil karangan saya agak baik. cukup baik untuk lulus periksa. hehe.

 

jadi blog ini takde tema. agak-agak saya nak tulis perkara gembira, saya akan tulis. kalau saya rasa marah, sedih, nak membebel, mungkin blog inilah juga menjadi mangsa. kalau saya teragak nak tulis pasal artis favourite saya atau apa kucing saya buat hari ni, blog ni  jugalah bakal jadi tempat coretan. 

 

oleh itu, saya dengan sendirinya akan ucap 'selamat berblogging, semoga saya dapat share sesuatu yang bermanfaat untuk semua'...YIHOO! bakar mercun, tabur confetti, keluar asap...(sila bayangkan suasana ni ye). bye, jumpa di next post!