Monday 22 July 2013

Super Down Monday

Assalamualaikum,

Alahai, sedihnya hari ni. Dahla hari ni hari Isnin. Hari paling takde mood, lepas ditambah-tambah pulak ketensenan di tempat kerja..super duper down jadinye mood hari ni.

Start daripada pagi tadi, terima email daripada sang ketua suruh pergi audit supplier ASAP. Gila ke? aku kalau boleh nak elakkan keluar office waktu bulan puasa ni. aku tak larat nak cakap berceramah lebar. Waktu tak puasa pun, aku tak banyak cakap, apatah lagi waktu dehydrate macam ni. Bukan aku taknak pergi supplier atas sebab aku tak bertanggungjawab tapi aku rasakan supplier ni takde keperluan untuk diaudit. Sejak daripada last audit aku pergi bulan 5 hari tu, reject dia dah menurun, bulan ni dah 0. Jadi kenapa perlu susah-susah keluar kilang pergi audit?

Lepas tu sang ketua tanya pulak pasal masalah supplier di Indonesia. Aku tak tau nak jawab macam mana sebab aku tak pernah jumpa PIC dan aku tak tau proses. Yang pergi audit hari tu orang lain. Atas 'kebijaksanaan' sang ketua hantar orang lain audit supplier orang lain. Jadi aku memang down sangat bila dia membentak-bentak tanya apa nak buat dengan supplier ni. Aku bersyukur aku diam waktu ditanya tu sebab dalam hati aku, aku cakap "Saya tak tau nak buat apa dengan supplier ni, tolonglah ambil alih."

Cerita sedih berikutnya pulak bila dapat tahu yang sang ketua ni pergi keluar berbuka dengan supplier bersama pekerja-pekerja kesayangannya. Takdela hadap sangat nak pergi sebab aku sorang je perempuan dan jauh, susah nak balik....tapi, tapi langsung tak ajak dan tak cakap. Pergi senyap-senyap je tapi lepas tu punyala 'bijak' sang ketua ni pergi bagitau si M, yang juga tak diajak. Dah makan kenyang-kenyang, baru nak bagitau. Nak buat apa? Nak buat sakit hati? M pun bagitau aku dan macam yang aku cakap, aku dah berniat nak menolak andai diajak tapi kalau kau dah sorok-sorok sangat macam ni, nampak sangat kau tak suka dan tak percaya aku. Konon pandai cakap nak buat kerja sama-sama, bincang sama-sama. Tapi bila pergi berseronok macam ni, kau pilih bulu. Ada hikmahnya...Allah nak jaga aku daripada makan rezeki yang syubhah. Nauzubillah...

Ketensenan berikutnya terjadi masa waktu Asar...waktu nak menghadap Allah tu, dikejutkan pulak dengan sign depan pintu surau. Arahannya lebih kurang, "Perkara yang dilarang dilakukan di dalam surau:  beristirehat, tidur, menggunakan handphone, bersolek dll. Jika didapati ada pekerja daripada mana-mana jabatan melakukan perkara di atas, anda akan dikenakan tindakan misconduct."GILA!!! Memangla aku dan member-member aku ada tidur dalam surau, itupun waktu rehat tengah hari. Sunat kan, take a brief nap time tengah hari...Lepas kami solat, kami keluar. Mungkin la kadang-kadang terlewat 5 minit, tapi takkan hanya disebabkan tu, dah tak boleh langsung duduk dalam surau. Yang paling tak tahan arahan tak boleh bersolek tu. Apa signifikasinya tah. Yang keluarkan arahan tu, tak pernah pun masuk surau tu. Mungkinla dia solat surau lain tapi tak payahla nak tulis sampai macam tu sekali. Itulah masalahnya dengan orang-orang di tempat kerja tu. Perkara mudah, dibelit-belitkan, disimpul-simpulkan menjadi susah. Perkara yang susah, dah bernanah, tak boleh dibendung, tutup sebelah mata, beri peluang entah kali ke berapa. 

Ada orang diberikan mata, tak tau memandang, ada orang diberikan telinga, tak mau mendengar, ada orang diberikan otak, tak nak berfikir, ada orang diberikan hati, tak pandai merasa. Macam ni lah jadinya...For the first time selama setahun lebih aku bekerja kat sini, aku nak consider balik dengan pilihan yang telah aku buat ni. Aku bertahan kerana aku memilih untuk bersabar dan buat tak tahu. Tapi sampai bila aku akan tetap dengan pilihan ni?

P/S: Sang ketua ni mana dia belajar tah 5W1H adalah why,why,why,why,why,how. Yang Pak Sheikh atas dia tu pun ikut je term 5 kali why dia tu. Mungkin diorang ni pergi special training kot...Marilah bersangka baik..huhu


No comments:

Post a Comment