Wednesday 19 March 2014

Pray for MH370

Assalamualaikum,

Hari ni genap masuk hari ke-11 pencarian pesawat MAS MH370. Apa perasaan saya? Of course masih berdebar-debar menantikan penemuan pesawat tu. Khabar baik atau buruk, kenapa dan mengapa, semua tu diambil kira kemudian. Yang penting di mana pesawat dan para penumpang dan krew kapal tu. Itu juga merupakan fokus utama pasukan mencari dan menyelamat.

Sabtu lepas, saya tau pasal kejadian ni lebih kurang pukul 11 pagi, daripada panggilan telefon seorang rakan sekerja. Bos saya dapat panggilan telefon setengah jam kemudian daripada rakan sekerja juga dan dia dah risau sebab tak sampai seminggu dia nak terbang ke China. Sibuklah dia cari maklumat di internet pasal berita tu. Katanya pesawat tu dah selamat mendarat di lapangan terbang Nan Ning, China. Tak sampai sejam, dia risau balik sebab berita pendaratan tu tak betul.

Petang sebelum balik pukul 3 tu, ada seorang rakan sekerja beritahu yang pesawat tu jatuh di Laut China Selatan dan semua penumpang mati. Walaupun terkejut dan sedih tapi sekurang-kurangnya waktu tu dah tau apa jadi. Balik rumah, bukak saluran Astro AWANI sebab saluran tu je siarkan berita ketika tu. Baru tau yang pesawat tu masih belum jumpa dan sedang sibuk mencari, membuktikan perkhabaran yang saya dengar tadi tak betul...langsung.

Waktu tu saya belum fikirkan sangat pasal pesawat tu, tapi saya terfikir kalaulah saya ada dalam pesawat tu. 

Januari lepas, saya baru saja naik MAS dari KL ke Beijing. Flight saya pukul 6.30 pm dan selamat sampai di Beijing pada pukul 12.30am. Teringat masa keluar dari kapal terbang, saya tak pakai jaket, cuma sweater nipis. Seorang cabin krew atau kita panggil stewardess di kelas bisnes tegur saya, "cukup ke tu?" saya ingat dia bertanyakan barang saya sebab saya hanya bawa bag galas, masa tu dah nak jawab,'ada luggage besar gabak' tapi sebelum sempat saya jawab, dia sambung "sejuk tau kat luar..." oh, rupanya dia tanya cukup ke pakai nipis macam tu, saya pun jawab "ada jaket tebal dalam bag ni" sambil pegang bag galas kat belakang. Dia hanya cakap "oh..." sambil senyum.
Saya asal dari Kuala Pilah. Dulu masa belajar geografi, kita belajar yang ni kawasan paling kering di Malaysia maksudnya menerima hujan paling sedikit dan dah tentulah panas sebab satu Malaysia memang panas. Tapi masa kecil dulu menganggap Kuala Pilah paling panas di Malaysia. Jadi bila jejak je kaki keluar dari kapal terbang, terus rasa macam masuk peti ais. Gigi menggelatuk sebab sejuk sangat. Cuaca pagi tu mencecah -9 darjah celcius. Kakak saya di belakang, dan kami berdua teruja sangat bila rasa angin sejuk China tu. Seorang lagi flight krew, saya tak pasti samada steward atau pilot, tanya kami dengan nada macam kami ni kanak-kanak comel. Diulangi, comel. Dia tanya kami, "ha, sejuk tak...?" kami pun dengan gaya kanak-kanak comel pun jawab, "sejuk..."

Bila saya terfikir peristiwa tu dan mengenangkan keramahan krew pesawat MAS, saya jadi sebak dan bersyukur sebab hari tu kami selamat sampai. Kami semua seronok sangat dalam kapal terbang bila menerima layanan dan keselesaan yang terbaik. Saya jarang tengok wayang dan saya tak suka tonton CD, tapi kapal terbang ialah tempat yang paling saya suka untuk tengok movie. Kebetulan saya memang teringin nak tonton 'Hunger Games' yang pertama, filem tu ada pulak. Tonton sambil makan chicken curry with rice. Lepas tu, saya tengok cerita Jepun, tapi tak sempat habis. Bila lampu ditutup, saya tidur ditemani lagu-lagu P.Ramlee dan Saloma. 
Apa agaknya para penumpang MH370 buat pada penerbangan pada 8 Mac hari tu?

Hari kedua pesawat tu hilang, ada macam-macam berita orang kongsikan dalam Facebook. Saya ambil kebenaran cerita-cerita pada ketika itu cuma 50%. Yang saya baca tu mengatakan pesawat terhempas di laut. Kononnya pekerja pelantar minyak dah nampak tapi tak boleh nak selamatkan sesiapa. Ada tu pulak yang kata tentera Vietnam dah jumpa, semua penumpang mati. Katanya kerajaan Malaysia lambat bertindak dan beri maklumat bila negara lain dah jumpa dulu. Bila hari-hari berlalu dan tak satu pun berita tu betul, saya langsung dah tak baca apa-apa berita di facebook. Yang saya peliknya, betapa kreatifnya la orang-orang ni mereka cerita dan betapa naifnya orang pergi kongsi berita tu ramai-ramai. Nak tunjuk yang dia dah dapat maklumat terlebih dahulu daripada media. Media pun kadang-kadang tak betul tapi masih ada perkataan 'ketidakpastian' dalam ayat media. Orang yang buat berita dalam facebook dan yang kongsikan tu mempunyai ayat yang sangat yakin seolah-olah dia sendiri menyaksikan kejadian tu depan mata mereka. Tolonglah jangan sebarkan maklumat yang dapat daripada sumber entah mana ni. Saya tiada ahli keluarga dalam pesawat MH370, tapi bila saya baca, tersentap hati saya. Bayangkan ahli keluarga yang terlibat baca. Apa perasaan mereka. Jangan buat spekulasi seolah-olah kita ni lulusan penerbangan ataupun penyiasat ataupun SAR Team. Biar mereka yang sepatutnya buat kerja tu laksanakan kerja mereka. Saya rasa boleh kata semua orang bukan saja di Malaysia malahan satu dunia ambil berat pasal insiden ini jadi apa yang termampu kita buat hanyalah berdoa. Saya nak ingatkan diri saya untuk titipkan doa selepas solat dan jugak berdoa moga ditemui pesawat tu setiap kali saya dengar bunyi kapal terbang lalu di kawasan rumah saya. Tak pasti kenapa selalu sangat saya dengar bunyi kapal terbang lalu sekarang ni. Mungkin memang laluan biasa tapi sejak insiden ini membuatkan saya lebih peka dengan bunyi tu.

Jangan putus harapan. Terus berdoa dan berdoa.
#Prayformh370