Monday 22 September 2014

'I Stop Scrolling my FB Page'

Sejak 30 August 2014 lepas, aku ambil keputusan untuk tak scroll Facebook page aku. Tak bukak? Bukan...still bukak FB tiap2 hari, cuma tak scroll down. Dan rupanya macam-macam yang baik muncul daripada kempen 'Stop Scrolling my FB Page' tu.

Antaranya aku ada lebih banyak masa untuk benda lain. Yela sebab rupanya banyak betul masa berhabis dengan tengok status2 FB daripada kawan2. Jadi, bila dah decide untuk 'Stop Scrolling my FB Page' aku ada masa untuk:

1. Baca surat khabar
Setuju atau tak bila aku cakap zaman kau belajar dulu, kau lagi pandai daripada sekarang? Aku setuju. (sebab aku yang cakap kan..) Dulu pengetahuan am aku lagi meluas. Aku kenal semua menteri2. Setidak-tidaknya Menteri Pendidikan waktu tu. Kalau sekarang, orang tanya, errmmm...

2. Baca novel
Dulu2, kawan2 sekolah kan ada suruh korang tulis buku autograf dia kan. Aku dulu buat biasa-biasa je. Tulis nama, hobi, alamat, makanan kegemaran segala bagai tu kan. Tang hobi tu, mesti tulis membaca dan menonton TV. Pegh, cliche sangat tapi tu la kenyataannya. Dulu duit takde nak beli novel banyak2, jadi boleh mengulang novel sedia ada banyak kali. Sekarang, bila dah berduit, dah boleh beli banyak buku tapi tak terbaca. Jadi, sekarang aku ada masa untuk dihabiskan baca buku.

3. Pandang dunia.
Aku syukur sangat sebab duduk kat kampung. Pandang kehijauan keliling rumah (kecuali rumah kosong sebelah). Tapi, aku rupanya jarang pandang. Jadi sekali-sekala waktu cuti ambil masa keluar rumah petang2 dalam setengah jam dengan duduk tanpa pegang apa2. tak pegang handphone, tak pegang buku, tak pegang kamera. Duduk dan menikmati alam. Jiran2 pandang dan mungkin mengata "bilala si Ayang tu nak kawen? Umur dah banyak". Bila dah rasa diperhatikan, cepat2 masuk. Cuba dah tu untuk tak pikir apa pandangan orang.

Itu antara yang aku cuba sikit2 buat. Masih belajar untuk mengurus masa yang ada. Konon nak jahit baju, kemas barang, menari tapi stamina tu berbaki sikit je hujung2 minggu.

Kenapa aku decide untuk 'Stop Scrolling my FB Page'? Ia bukanlah sesuatu yang difikir lama. Boleh dikatakan ini keputusan spontan pada 30 Ogos haritu hasil daripada hati yang kecewa. 

Kronologi
29/08/2014 - Baca undangan Walimatul Urus daripada Afif kat FB. Dah tau dia bertunang, dah tau bila2 masa boleh kahwin tapi tak sangka akhirnya jadi juga. Penat suka dia 3 tahun. Penat berangan nakkan dia, tapi tak boleh salahkan dia sebab aku tak usaha dapatkan dia, atau lebih kejam rampas dia daripada tunang dia. Maka, melepaslah sudah...

30/08/2014 - Sebelum makan malam tu mood tak baik, ingat nak gembirakan hati dengan tengok FB. Post pertama, Huzair is enganged. Apa, dia ada makwe selama ni? Kenapa tak pernah display pun. Ingatkan dia suka kat aku sebab tak pernah tak like post aku. Kenapa dia tunang dengan perempuan lain? Oh, rupanya like post FB bukanlah tanda seseorang tu suka kat kau ye. Lesson learned!

Lepas baling phone tu, terus decide untuk 'Stop Scrolling my FB Page'. 
Minggu pertama tu, memang tak bukak langsung, tapi bila bukak email, ada email bertulis Yani mentioned you in comment. So, terpaksa bukak dan hanya bukak notification. Masih balas komen, sebab aku masih nak berhubung dengan orang lagi cuma 'Stop Scrolling my FB Page'. 

Jadi sekarang aku bukak FB, baca notification kalau ada dan baca first post pada wall. Ikut nasibla, siapa jadi yang pertama. Dan aku agak baik hati untuk like. Sesuatu yang jarang aku buat.

Kalau aku tahu hidup akan jadi lebih tenang bila aku 'Stop Scrolling my FB Page', aku buat lama dah, mungkin aku start buat 2 tahun lepas. Bila kawan-kawan aku berderet-deret kahwin dan buat anak. Antara kawan2 aku tu adalah crush aku zaman2 belajar dulu. Bila nampak post kahwin ke, post dapat anak ke, otak cakap "like la post tu sebagai tanda ko pun turut gembira". Tapi hati memang tak boleh tipu, tak boleh nak nafi perasaan jelos tu. Jadi kadang2 like, kadang2 keep on scrolling tanpa stop and like.

So, aku tak pasti la sampai bila aku nak 'Stop Scrolling my FB Page' ni. Mungkin tak lama. Tapi setakat hari ni, benda ni benda bagus dan menyeronokkan!