Monday 5 January 2015

Hanis Zalikha Dilamar Secara Live

Konsert Akhir Gegar Vaganza, melonjakkan Ayai Ilusi sebagai pemenang musim pertama, tapi itu macam bukan agenda utama dalam siaran langsung malam tadi. Yang orang ingat hari ini ialah lamaran Hairul Azreen kat Hanis Zalikha yang mengambil tempat waktu selingan sebelum sesi kedua pertandingan. 

Siapa sangka? Aku tak sangka dan fikiran aku pasal lamaran secara live ni terbawak-bawak sampai hari ni. Aku pikir kalau orang yang expected untuk buat maybe Akim ngan Stacy ke, ataupun Zizan dan Emma Maembong ke, sebagai contoh. Sebab memang diorang ni dah confirm2 mengaku bercinta. Tapi Hairul dan Hanis? Aku baru je baca kat suratkhabar katanya diorang ni tak bersedia bercinta lagi. Walaupun Hanis selalu post gamba dia and Hairul dalam IG, tapi caption tu tak pulak lovey dovey. Macam teman tapi mesra je. So, aku agak diorang ni memang suka sama suka tapi masing2 tak tau. Tapi...semalam...melamar? Wow! Hari ni Hanis post kat IG mak dia tengah cakap dalam telefon cakap "Hanis memang cintakan dia". Wow! Pastu post IG lagi yang dia cakap kat Anzalna Hairul suka nyanyi lagu Kristal part "ku suka, kau suka, nak tunggu apa". Wow!

Yang peliknya, aku yang edgy, aku terpikir benda ni sampai membawak nak tidur. Pagi2 bangun terus pikir pasal benda besar yang berlaku semalam. Macam aku pulak Hanis yang tiba2 hari ni bangun. Daripada status "not single tapi public tak tau" bertukar kepada "bakal isteri Hairul Azreen dan satu dunia dah tau". Aku pelik dengan diri sendiri sebab Hairul Azreen tu bukan Fahrin Ahmad sebab kalau ye, memang aku jeles dan frust menonggeng. So, dah tu kenapa aku terlalu fikir sangat?

Aku dikenalkan dengan Hanis Zalikha melalui seorang kawan lebih kurang tahun 2009. Masa tu aku share video Anas Tahir dengan kawan aku ni kat YM. Anas Tahir ni adik Faizal Tahir yang study kat oversea pastu suka cover lagu. Dengar macam normal kan, tapi yang lawaknya dia masukkan elemen parodi bekas anggota kumpulan Saujana yang telah bertukar arah tu time member tu tengah audition untuk OIAM. Memang lawak giler so, aku share la dengan member aku tu. Pastu tanpa ada synchronisation cerita, dia suggest aku baca blog Hanis Zalikha iaitu inibelogsaya.blogspot.com/ . 
Antara post awal yang aku baca ialah conversation antara dia ngan lecturer dia. Lecturer dia tanya dia pakai bedak apa pastu Hanis jawab dia pakai bedak Miyami Cosway je. Pastu, sekarang...dah jadi retis dah....

Motif? So, aku rasa aku ni macam kawan Hanis Zalikha plak. Baca blog dia, tau dia pelajar cemerlang kat UiTM, adik beradik dia pandai masak, mak dia pandai buat dessert, ayah dia hantar dia ke hulu ke hilir waktu dia belum ada kereta lagi. Dan tiba-tiba semalam kawan tu telah dilamar dan aku tak tau pun dia bercinta. Rasa macam "Eh, sampai hati dia tak bagitau". Pastu nanti nak kahwin dah dan rasa macam "Aku jugak yang single...".

Okla, tahun 2015 aku nak kahwin. Tetibe!

Apa pun, harap korang jadi kahwin, jangan show off sangat. Nanti kot ada plak yang menyampah dan lagi worst kalau kot tak jadi. Yela, jodoh kan ketentuan Illahi. Pastu...erm, tu jela kot. I am not Hanis' friend. Not Hairul's fan. I am just a follower of Hanis Zalikha's old blog post.