Friday 1 November 2013

Doa dan Harapan

A letter to my future husband, which I still don't know who.

Assalamualaikum abang, kalau kita ada anak, saya nak mintak sangat-sangat dengan abang agar fahami dia. Fahami kesukaannya, fahami apa yang dia tak suka. Walaupun dia minat sesuatu yang bertentangan dengan abang, tolong ambil tahu dan jangan memperkecilkan kesukaannya tu.

Layanlah anak kita walau apa jua perangainya. Biarkan dia tunjuk perasaan dia yang sebenar sekiranya dia gembira, marah atau sedih. Buat dia rasa yang abang akan sentiasa ada untuknya untuk setiap perasaannya itu. Jika dia gembira, kongsi kegembiraannya. Jika dia marah, redakan kemarahan dia. Jika dia sedih, selami kesedihannya. 

Abang tentu nak dengar apa yang berlaku bila dia di luar rumah kan? Di sekolah, di tempat kerja. Siapa kawan-kawannya, siapa teman istimewanya. Dengar dia dan fahami dia. Bukan dengar dia dan hakimi dia. 

Abang, andai saya pergi dulu dipanggil Illahi, tolong beri kasih sayang saya pada anak kita. Mereka sangat susah tanpa mak. Tolong ambil peranan saya. Jangan biar mereka ucapkan 'kalaulah mak ada lagi'.

Abang, andai kita terlalu tua untuk memahami anak kita nanti, kerana mungkin mereka telah jauh ke depan. Mari kita gagahkan diri untuk berlari dan bergandingan dengan mereka. Kuatkan fizikal dan rohani untuk anak kita. Jangan biarkan kita pergi tanpa mereka tahu yang kita sayang pada mereka dan kita minta maaf kerana terpaksa meninggalkan mereka tatkala mereka masih memerlukan.

Mari berdoa agar diberikan anak-anak yang baik, agar dibukakan hati keluarga kita untuk tahu nikmat kasih sayang, semoga kita semua berada di bawah lindungan dan rahmat Allah. Amin.

~saat ini air mata masih belum kering kerana diri ini tidak difahami walau dengan ayah sendiri~