Tuesday, 12 May 2015

Bibit Kisah Temuduga SPA Pembantu Pendaftaran KP17

Cerita ni bulan lepas, so agak2 dah berkarat sikit la ye nak cerita balik. Kisahnya pada 10 April 2015 aku telah mendapat khidmat pesanan ringkas atau ringkasnya lagi SMS mengatakan aku dipanggil untuk temuduga SPA Pembantu Pendaftaran Gred KP27. SMS tu suruh aku ke laman web SPA untuk detail.

So, aku pergi laman web SPA dan betullah yang aku dipanggil temuduga Pembantu Pendaftaran pada 30 April 2015 kat Wisma Negeri, Seremban. Lepas tu, teruslah aku cari2 blog untuk dapatkan tips temuduga kerajaan. 1st time nih interview gomen. Lepas tu, pada 14 April, aku terima 1 lagi SMS yang sama tapi kali ni dia jadi gred KP17 pulak. So, mana satu betul? Gred KP17 tu yang betul dan aku tak bother pun kenapa sebelum ni KP27. 

Dipendekkan cerita yang tak berapa panjang ni, aku pergila ke Wisma Negeri pada 30 April tu. Tak kekok sangat masuk situ sebab sebelum ni dah pergi tukar IC (ni mungkin cerita kat post lain). Interview tulis dalam surat tu pukul 09.10 pagi. Aku sampai situ dekat pukul 08.30. Aku tanyakan kat kaunter ambik nombor dan orang tu tunjukkan kat aku pintu masuk ofis. Aku pun masuk dan rupanya akak kaunter tu tunjuk kat aku arah nak pergi mana. Aku pulak bajet-bajet nak duduk bagai kat situ. Sempat tak duduk lagi, ikutla akak tu. Dia tunjukkan kat aku suruh masuk bilik mesyuarat. Dalam tu ada 3 orang lagi. Ingatkan semuanya nak interview, rupanya ada sorang tu coordinator. Aku pulak main terjah masuk tak bagi salam terus nak duduk. Akak coordinator tu yang bagi salam dan suruh aku duduk sebelah dia. Aiyo, terperanjat mak dik. Muka akak coordinator tu seperti cikgu sekolah rendah dan aku merasakan waktu tu aku darjah 3. Rasa bersalah sebab masuk dengan tak sopan. 

Pastu akak tu yang namanya...tak ingat, mintak salinan sijil. Aku pun bagi dan dia tanya mana sijil SPM aku. Aku takde sijil SPM, aku ada slip je. Dia tanya kenapa tak ambik. Aku pun cakap la, takde masa nak ambik. "Takkanla kerja takde cuti sampai takde masa nak ambik" tanya akak tu tadi. Well, soklan tu membuatkan aku rasa macam umur baru 22 tahun lepas grad. Dem, aku dah 11 tahun habis SPM kot dan takde sape pun pernah tanya sijil SPM aku. Elok je aku keje dah 3, 4 tempat dah. Aku macam dalam hati dah berkata kalau takde sijil SPM, tak boleh interview, aku dah siap sedia nak balik dah. Akak tu suruh nanti pergi sekolah ambik sijil. Aku angguk jela.

Lepas tu akak tu bagi la sikit tips kat kami 3 orang apa nak hafal, soklan2 yang bakal ditanya oleh penemuduga. Dia suruh hafal misi, visi, carta organisasi. Siapa Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Timbalan2 Ketua Pengarah, apa deskripsi tugas. Apa itu MyKad, MyKid. Cuak gak dan masa tu rasa macam dulu2 time nak ambik ujian PAFA depan ustazah. 

Masa tu jugakla telefon aku berbunyi. Aku dah niat nak silent tapi sebab takut ada call emergency dari kilang, jadi aku decide dekat nak masuk interview kang, baru aku nak silent. Akak macam cikgu tu suruh silent telefon. Tapi aku angkat jugak nombor tak kenal tu, manalah tau daripada supplier aku ke. Aku angkat, rupanya daripada kilang yang aku mintak kerja haritu. Dia tanya aku kerja ke. Soalan tu pada hari tersebut sungguh mengelirukan. Aku kerja, tapi hari ni aku cuti. Pastu dia cakap kita nak pakai orang urgent, ingatkan aku tak ada kerja lagi. Pastu, aku dengan agak desperate cakap aku boleh datang interview bila2. Tapi dia kata dia nak urgent. Mungkin dia tau kat kilang aku sekarang notis 3 bulan. Lama sangat dia nak tunggu. So, takdela aku dapat arrange interview di hari interview ni. 

Sambung cerita interview hari ni, akak tu tanya sama ada kami ada apa2 soklan lagi tak sebelum dia nak bawa pergi ke bilik interview. So, kami ni pun adalah tanya sikit pastu kami semua ni dibawa ke bilik interview. Member sorang tu masuk dulu. Aku tak tau mana dia tau dia kena masuk. Dia masuk tinggalkan beg dia kat luar. Lepas tu, lebih kurang 5 minit, dia keluar dan tanya kat member sorang lagi, "jawatan ni nama Pembantu Tadbir kan?" Member sorang tu jawab, "bukan, Pembantu Pendaftaran" sambil tunjuk kat sign dekat tiang depan. Member tengah interview tu pun ambik surat tawaran dia dari dalam beg dan masuk balik sambung interview. Dalam 5 minit lepas tu dia keluar. Dia kata kat kami semua yang kitorang hafal tu ditanya. Aku dan member sorang lagi tu dah simpan pun notes. Tawakal jela. Pastu member tu tunggu bunyi loceng. Puiihh, tak dengar kot loceng bunyi halus. Member dah cuak sebab tak pasti bunyi loceng. Aku lagila, tadi langsung tak dengar bunyi loceng tu. Pastu kitorang pasang telinga, dan bila dengar tu cepat2 suruh dia masuk. Dia interview tak lama pun. Sementara tunggu dia habis, ada sorang akak approach aku. Dia kerja situ dan muka dia macam cikgu praktikal sekolah. Muka semangat tau. So, kitorang borak2 la. Dia cakap, kalau ada nametag, pakai nametag. Kiranya pakai nametag tempat aku sedang kerja. Senang penemuduga tengok nama. Tapi aku memang takde nametag. Jadi, dia kata tu antara tips temuduga la. Mungkin gak dia sebaya ngan aku tapi sebab aku rasa macam budak baru lepas grad, so, semua kat situ akak dan abang bagi aku.

Habis member tu interview, giliran aku la plak kan. Dengar loceng, akak macam cikgu praktikal tu suruh masuk dan pesan, ketuk pintu, bagi salam. Ok, aku buat. Lepas tu aku bagi fail sijil asal aku kat penemuduga. Ada 2 orang. Sorang laki, sorang pompuan. Terus ditanya kenapa aku takde sijil SPM. Dalam masa aku terangkan kenapa aku takde sijil tu aku pun duduk. Sebab aku rasa macam kekok pulak bercerita sambil berdiri. Haha! Bukan kena tunggu dia suruh duduk dulu ke? Tapi dia dah cerita panjang suruh aku pergi ambil sijil bla, bla, bla. Jadi, aku pun duduk jela.

Soalan pertama dia tanya suruh perkenalkan diri. Aku pun cerita la...lepas tu aku pandang penemuduga, dia beria pandang aku. Oh, lupa kena buat eye contact. So, aku pun sambung cerita sambil buat eye contact. Dia tanya sekarang aku kerja apa. Aku cakapla aku assisstant engineer (tak bertauliah). Dia tanya, sanggup ke nak kerja ni sebab gaji rendah sebelum dia teruskan temuduga. Aku pun sebenarnya tak jitu keputusan sanggup atau tak. Nak kerja kerajaan, nak berhenti kerja sekarang ni, tapi sayang dengan gaji sekarang, gaji jawatan kerajaan ni terlalu kecik. Aku datang ni untuk pengalaman dan takut kalau tak datang, SPA banned plak nama aku. Jadi, aku dengan konfidennye mengatakan, "Saya percaya untuk bermula dari bawah" aku dengar balik, gelak plak. Haha! Lepas tu dia cakapla gaji rendah, RM936, kenaikan pun sikit dalam RM80 ke RM90 je setahun. Naik pangkat bukan ikut macam swasta, ikut skill map, tapi ikut kekosongan. Aku dengan konfidennya mengatakan aku faham semua tu walau dalam hati dah berbelah bagi di situ.

Lepas dia percaya kefahaman aku, dia tanyakan apa deskripsi tugas. Aku pun bagi tau. Hafal 8, rasanya bagi 5 je pastu cakap 'dan lain2'. Mengelat...Lepas tu dia tanya apa maklumat pada mykad. Aku cerita la ada nama, alamat etc. Pastu dia tanya plak apa fungsi mykad yang aku tahu. Hampeh, tadi akak macam cikgu tu tak suruh hafal pun. Yang aku tau ada fungsi kad ATM. Yang lain aku tak boleh nak recall dan untuk mengelak muka cuak nak fikir, aku cakap "tu je yang saya tau, maaf". Pastu penemuduga pompuan tu pun terangkan apa lagi fungsi2 mykad. Ni carilah sendiri sebab aku pun tak ingat apa dia cakap. Aku angguk je macam burung belatuk time dia cakap. Haha! Pastu ditanya plak JPN ni bawah kementerian apa. Fuh, nasib baik dah hafal. Hafal tau. Ni sepatutnya pengetahuan am. Bawah Kementerian Dalam Negeri. Ditanya pulak siapa menteri. Aku pun jawabla Zahid Hamidi dengan pangkat2 dia sekali. Lepas tu ditanya pulak kenapa aku patut diambil berkerja. Aku pun gorengla masak kicap. Haha. Pastu dia cakap kerja ni kerja kat kaunter, kalau kat Putrajaya, mungkin kerja dalam ofis. Macam mana nak tangani pelanggan yang marah2. Aku pun goreng berlada. Haha! "Kalau orang tu tak faham lagi?" Aku cakap "saya akan minta orang lagi tinggi daripada saya terangkan kat dia" Penemuduga pun angguk2, tapi tak taula itu ke jawapan yang dia nak. Soalan last dia tanya sanggup tak ditempatkan jauh2. Sabah ke, Sarawak ke, kat pedalaman ke? aku gelak 'hehehe' je dan cakap "boleh.....lagipun saya masih bujang, takde komitmen lagi, hehehehehe..." panjang la jugak gelak tak ikhlas nak cover cuak aku tu. Lepas tu penemu duga perempuan tu tanya kat penemuduga laki tu ada soklan lagi tak. Oh, dia geleng2 sambil senyum. Nak cerita, yang tanya soklan semua penemuduga pompuan tu dan yang laki tu dari awal sampai habes dok senyum sipu2 je. Pastu mereka pun ucap terima kasih, aku pun ucap terima kasih. Sebelum keluar, kat muka pintu, aku beri salam. 

Akak macam cikgu praktikal tu kat luar lagi. Dia tanya ok ke? dengan muka semangat tau. So, aku pun senyum cakap ok. Okla, 9.10am, waktu aku patut interview tapi dah habis dah. Sempat lagi kalau nak masuk kerja 10.30 tapi sebab dah mintak cuti sehari. So, aku pun decide pegi PD kejar ketam.


Cerita di atas ni sekadar pengalaman tak seberapa aku. Tak layak nak dijadikan tips temuduga terhebat 2015 pun. Sekadar cerita dan bolehla ambik mana patut dan haruslah diambil buat pedoman supaya jangan dibuat pada mana yang tak patut. Happy to share guys! Good luck dalam temuduga anda. 



Sunday, 10 May 2015

Rindu

Sekarang ni...rindu. Tapi tak tau dengan sape.

Hari ni hari ibu. So, seperti biasa tak pernah sambut dan tak akan boleh sambut dengan mak. So mungkin rindu kat mak. Tiap-tiap hari pun rindu dengan mak, tapi mungkin sebab semua orang sangat gigih post something to their mother kat FB dan IG. Macamlah mak2 mereka tu ada FB dan IG. Oh, mak mereka muda. So adela benda2 tu. Ok, jeles.

Kedua, mungkin rindu dengan Allah sebab cuti sekarang. Sejak aku makan Aura White ni, period au macam tak menentu. Seminggu akan keluar tompok sikit2 lepas tu after seminggu baru keluar macam period normal.Lama la tak dapat solat.

Ketiga, mungkin rindu kat Fahrin Ahmad. Dia kan kahwin semalam. Sejujurnya memang tak rasa apa. Jeles pun tak, marah pun tak cuma rasa sedikit sedih. Sedih sebab kahwinnya lelaki yang aku jadikan shield. Shield macam mana? Ni cerita yang aku tak pernah bagitau sesiapa. Tapi ia bukanlah rahsia, cuma tak pernah bagitau. Fahrin Ahmad sekadar alasan. Aku bukan minat dia sangat. Lakonan dia pun aku jarang sangat tengok. Cuma dia antara artis lelaki hensem yang solo. So, dia bertindak sebagai shield bila orang sentuh soal boyfriend, kahwin, suami dan setaranya. Aku akan cakap aku suka fahrin, aku nak fahrin jadi husband. Sesiapa yang approach, aku cakap aku nak orang macam Fahrin. Bila aku nak berangan pasal kahwin dan cerita kat orang, aku akan cerita konon2 fahrin suami aku. Hakikat sebenar aku taknak orang fikir aku pathetic sebab solo sangat2. Boyfriend pun takde. So, aku letak je la nama Fahrin Ahmad dan semua orang ingat aku betul2 suka dengan dia. So, lepas ni siapa nak jadi mangsa aku sebagai shield?

Keempat, mungkin rindu dengan K. Seminggu lebih tak jumpa dia langsung. Dia mesej cakap miss aku. Tapi macam mana aku nak percaya bila kadang2 aku balas, dia ambik masa lama sangat nak balas. Dan ayatnya ialah miss aku. Bila dok ulang ayat sama setiap kali. Ayat tu jadi macam no meaning. Dan aku sedih sebab aku faham. Aku faham dia sedang mengutamakan orang lain selain aku. Dan aku perlu redha sebab siapa aku nak mempersoalkan pada yang bukan hak?

Yang kelima. Ni bukan rindu. Tapi nervous nak keje besok. Nak brief pagi. Nak cerita pasal audit. Adoi, benda paling tak suka. Dulu, aku dah gain self confidence untuk bercakap, tapi jadi down bila kena marah waktu bagi briefing tu. Gosh, I hate the toyol kepala gondol tu so much. Can't anyone see that dia tu nanah dalam section tu. Bila tengok bos section lain rasa jeles sangat sebab mereka yang lain ni sangat baik dan boleh diajak berbincang...Ya Allah kuatkanlah semangat aku untuk menempuh hari mendatang. Andai ini dugaanku untuk dapat masa depan yang terbaik, di dunia dan akhirat, aku redha Ya Allah.

Friday, 24 April 2015

Di Mata Aku

Rasanya.. aku ni dah dalam situasi WAJIB KAHWIN.

Setiap hari, boleh kata jugak setiap masa, asyik fikir pasal kahwin, ada suami, anak-anak. Crazy! Tapi ini fitrah yang tak dapat nak elak. Siapa calon lelaki. Wajah bayangannya masih blur. Never think of anyone as a husband. 

Meh aku senaraikan pro dan kontra lelaki-lelaki yang agak rapat dengan aku.
K
Pro  
Hensem
Tinggi
Putih
Badan sedap2
Senyum manis
Baik dengan orang
Romantik

Kontra
Laki orang. Ok, ni memang super kontra la kan
Erm...kurang alim
Tak suka tempat ramai orang
Tak pandai/tak yakin cakap omputeh
Jawatan lagi rendah daripada aku

R
Pro
Baik
Faham aku
Stok solat
Pangkat lebih kurang
Baik dengan orang
Pandai cakap omputeh

Kontra
Big size
Tangan kasar
Orang selalu compare orang size besar dengan dia

A
Pro
Baik
Baik sangat dan peramah dengan orang
Stok solat dan alim
Suka hal2 agama ni
Seronok borak 

Kontra
Dia driver je
Kerja masa tak tentu
Tinggi sikit kot daripada aku
Tak nampak usaha nak serius dengan aku. Ini la masalahnya.

N
Pro
Kawan baik aku lama dah
Antara orang pertama yang like kebanyakan status FB aku
Pandai
Keje bagus
Ramai kawan

Kontra
Satu-satunya.....mak dia tak kasi kahwin orang Negeri Sembilan.
Mungkin takut kono komat.So, aku takdela nak berharap..

Ok, tak tau macam mana aku ended up making this list of pro and kontra. Mungkin ia membantu aku untuk bertenang. Wayar yang berselirat tadi tu dah elok sikit susunannya setelah membuat senarai buruk baik mereka di mata aku. Diulangi mata aku. Orang lain pandang macam mana aku tak peduli.
So, tu jela. Muhasabah diri. Ada jodoh tu nanti. Dia keje gaji besar kat oversea. Hmmmm....

             

Saturday, 18 April 2015

Untuk Sementara

Phew..sukarnya nak cerita, susahnya nak mengaku....

Bismillahirrahmanirrahim....

Pernah tak korang bercinta dengan suami/isteri orang?
Aku pernah, atau tepatnya sedang.
Bercinta ke ni? Apa maknanya cinta? Macam mana bercinta? Boleh beri definisi?

Aku namakan dia sebagai K.
Dia ni lebih kurang sama macam si 'dia' kisahnya. Kawan satu section, baik dengan dia. Main wechat ngan dia. Tup2 dia cakap dia suka aku. 

Sebelum tu, aku kawan macam biasa dengan dia. Kawan senang nak kaw tim. Dia main-main cakap kat satu kilang aku tunang dia. Aku anggap itu gurauan. Aku selalu je tanyakan anak bini dia. Dia pun selalu cerita pasal anak bini dia. 

Sekarang tak lagi. Kami masih cakap, tapi aku paling nervous nak pergi toilet sebab kena lalu tempat dia. Dia wajib tegur, aku tak tau nak beri reaksi apa. Aku tak lagi tanya pasal anak bini dia. Dia tak lagi cerita pasal anak bini dia. Dia dah jarang panggil aku tunang dia. Sebab tunang tu istilah gurauan. Hubungan ni bukan lagi gurauan.

Tiap-tiap hari kami wechat. Tapi ada time. Selalu pukul 11 pm ke atas. Mungkin dia tunggu anak bini dia tidur dulu. Aku tak pernah mesej dia dulu. Sebab aku faham dia ada keluarga perlu didahulukan. Tapi sedihnya kat aku ialah aku tunggu. Aku tunggu sampai tahan mata taknak tidur dulu. Aku nak tunggu dia mesej.

Setiap hari dia cakap dia miss aku. Aku tak pernah balas walau hakikatnya aku pun rindu. Aku tak pernah cakap yang romantik-romantik kat dia sebab aku taknak bagi harapan. Yang sedih harapan tu kat diri sendiri. 

Ada masa aku nak merajuk. Contoh dia cakap dia miss aku. Aku lambat balas, dia tanya aku dah tidur ke. Aku balas belum. Lepas tu dia senyap. Malam tu malam Jumaat. So, paham2 jela. Tapi siapa aku nak merajuk untuk yang bukan hak? Jadi aku tak pernah ungkit. Besoknya, aku senyum kat dia macam semalam tu takde apa-apa. Macam aku tak tau. Aku tau, tapi aku faham dan aku perlu buat tak kisah.

Sampai bila hubungan ni? Hubungan ni tak ke mana. Akan berpenghujung tapi tak tau bila dan macam mana. Aku harap sangat. Sangat2 harap aku tak menangis, frust menonggeng bila hubungan ni berakhir. Dan aku tau dia tak akan rasa apa-apa pun bila hubungan ni berakhir. Lelaki...Aku pun bukan yang pertama so, dia boleh cari lain...

Tapi untuk sekarang, aku happy. Aku semangat pergi kerja. Mood aku baik kat kilang. Aku tak grumpy. Aku senyum je. Kena marah pun rilek dan senyum. Untung sebab si K ni pun manjang senyum je muka. Sejuk mata tengok. Orang lain pun suka tengok. So aku ni jeles la. Rasa nak karate pompuan2 gatal ni. Tapi sebab aku bukan siapa2 maka sabar jela....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bila bukan yang utama
Harus tahu letak duduk
Bila kasih ada waktu
Harus tahu pujuk hati
Bila kekal tiada harap
Harus pandai jaga diri
Bila rindu terbit datang
Harus diam jangan luah
Bila cinta enggan menyambung
Harus bawa haluan lain

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ku tahu ini salah
Ku tahu ini palsu
Ku tahu ini sementara
Ku tahu ini sakit

Ke terima kerana tiada yang betul
Ku terima kerana tiada yang benar
Ku terima kerana harap yang kekal
Ku terima kerana ianya manis

Harap jangan pergi bila kau tak mahu
Biar aku berundur bila tak lagi perlu 

Sunday, 15 March 2015

Maaf, Mulut Jahat Saya

~sigh~
Dimulakan dengan keluhan panjang. Aku tak tau nak luah kat sape, tapi dah tak boleh nak simpan dah. Aku nak jadi perempuan bermulut jahat dengan meluahkan dalam blog aku. Mungkin lepas tu aku akan ok dan boleh berfikir dengan tenang.

Dia kahwin hari ni, tapi bukan aku marah dia kahwin. Cerita dia kahwin tu another story. Ni nak cerita macam mana aku lalui perjalanan nak pergi kenduri rumah dia tu. 

Kisahnya semalam si Y ni whatsapp aku ajak pegi kenduri dia ni. Aku sebenarnya berkira-kira jugak nak pergi ke tak sebab kan aku dah ada pengalaman pergi kenduri sorang-sorang. Totally bad idea. So, bila dah ada member ajak, nak la pergi. Meraikan kawan - melepaskan dia dengan pengakhiran yang baik.

I would like to pat myself at the back kerana suggest untuk tunggu kat Giant. Maka aku tidaklah marah di tanah sendiri. Aku nak singgah Giant sebab aku nak beli kad letak atas hadiah. Hari tu beli hadiah kahwin Dini, tapi tak dapat pergi, so reuse balik la hadiah tu. 

Keluar je aku dari kereta bila aku sampai Giant, aku terus nampak kereta dorang. Start marah kat sini. Perempuan bijik gatal tu duduk kat depan. Wah3...kau dah declare couple ke? Aku ni marah bukan sebab aku jeles sebab aku tak hingin pun dengan Y tu tapi beragak la sikit woi. Muka bangga gila la duk kat depan tu.

Aku masuk Giant beli kad. Y aka Jantan caras tu masuk pegi toilet. Aku keluar dan tanya nak naik sekali ke? Ish, sebenarnya aku rela kot drive sorang-sorang tapi takkanla aku nak buat camtu. Ok, nak tau tak kenapa aku marah sangat dengan perempuan bijik gatal tu? Bila aku masuk kereta, kat belakang tu dah jadi 2 pompuan, 1 laki. Kalau ikut hemahnya, dia duk la blakang bagi semua 3 org pompuan, kat depan laki. Tapi wui..taknak berganjak. Macam dah cop pulak tu tempat biasa dia. Balik pun terus bukak pintu depan. Takde pun mengoffer laki tu duduk depan. 

Lagi satu, dia ni baru masuk keje kurang lebih 3 bulan. Dah naik kereta dengan 2 jantan. Tu yang aku tau la sebab jantan2 tu kawan aku. Dah ke hulu ke hilir dengan jantan pendek tu, lepas tu jantan pendek tu cacat sementara. Semua berita pasal jantan pendek tu, dia la yang cerita. Dengarnya jantan pendek tu dah anggap pompuan bijik gatal ni awek dia, tup2 bergasak keluar pulak dengan jantan caras ni. Mana taknya aku cakap dia ni pompuan bijik gatal. Kalau kau anggap jantan caras ni kawan kau je, then kenapa kau duduk kat seat depan macam bini dia?

Sepanjang jalan aku cuba untuk tahan marah. So, kalau waktu begini, aku akan diam. Jangan cakap dengan aku. Orang cakap pun aku menyampah pada ketika tu. Buatla lawak macam mana pun, aku buat tak tau, buat tak pot sebab aku tengah menyampah gile time tu. Aku cakap kat diri sendiri taknak pegi kenduri dia ni dengan muka masam, bad mood. Aku nak meraikan kawan - melepaskan dia dengan pengakhiran yang baik. Aku tahan marah aku, aku manage a fake smile. Aku tak dapat tahan daripada bermulut jahat jua. Hati aku tadi ibarat sebotol cencalok. Dah membuak-buak nak keluar. Meleleh sikit buih2 kat tutup botol. Tapi tahan sebab belum masa nak buka. Sekarang, dah bukak dan cencaloknya meletus sampai kena atap zink dapur. Begitulah analoginya.

Kesimpulannya banyakkan sabar. Ada hikmah di sebalik sesuatu. Ada pelangi selepas hujan tadi. InShaAllah....

Thursday, 5 March 2015

1 Tahun, 3 Bulan, 16 Hari

Selepas 1 tahun, 3 bulan dan 16 hari (kira guna http://www.timeanddate.com/date/duration.html , aku keluar lagi bersama A. Orang yang aku raungkan sebab rindu gile di suatu hari tu.

Aku cerita ringkas jela sebab lepas ni aku nak pegi cari kerja. Hari ni aku keluar pergi supplier. Selalu kat pak guard, aku akan tanya siapa driver. Masa dulu memang berharap A, tapi lepas2 tu dah tak harap pun sebab dia dah jadi driver bos. Pak guard cakap tak tau, tapi lepas tu dia keluar dan aku dengar dia sebut sorang driver pangkal nama A gak. A sorang lagi tu keluar dengan orang lain. Owh.. A tu. A tu? Biar betul? Aku tanya Zul, dengan sape dia cakap A jugak. Eh, betulla A.

Satu je silapnya hari ni. Silapnya suara aku macam bleghhhh. Batuk teruk gile sampai suara macam jantan. Aku rasa bunyi cam seksi tapi orang lain dengar konfem dengar macam suara jantan. Itu jela silapnya. Lepas tu nak berborak pun payah sebab tekak gatal gile. Dia memang suka borak. Dia ajak partner aku borak tapi partner aku sorang ni spesies penyenyap. 2, 3 patah orang tanya, sepatah je jawab. Walau susah, A borak jugak dengan aku yang duduk kat blakang. Aku kan rindu dengan dia jadi ni peluang aku.

Kitorang pergi minum, masa dia nak bayar, aku bagi duit suruh dia bayar. Dia cakap tak payah. (Tepuk bahu sendiri dan puji sifat aku hulur duit tu.)Aku pun biar jela dia bayar. Dia makan, kitorang minum je. Sebelum sampai kedai minum tu, dia dah tanya bila nak nikah? dia kata tu soklan orang selalu bagi kat dia, dia tanya kat aku pulak. Eleh, cakap jela kau nak tau. Aku jujur dan takde nak sembunyi apa aku cakap entahlah. Lepas tu dia cakap suruh abang aku masuk minang. Aku cakap, mane ada abang. Dia kata aku jual mahal. Aku jawab, takkan aku nak jual murah?

Lepas minum sambung balik cerita, dia beria sangat nak tau ni. Dia tanya sekarang aku kawan dengan sape. Aku cakap, aku kawan je dengan semua orang. Dia cakap yang spesel. Aku cakap takde. Kalaulah partner aku takde, aku dah luah aku kawan dengan tunang and laki orang. Lepas tu dia tanya pulak nama penuh aku sape. Aku jawab jela. Memang aku nak dia tau. Siap tanya nama bapak. Aku cakap je. Dia ni nak buat compatibility test ke, nak masukkan nama aku dalam doa dia? Aku tak kesah pun. Dia nak buat aku suka kat dia pun tak guna. Aku memang dah sukakan dia. Hahahaha!

Satu ayat dia yang aku takleh lupa sebelum balik tadi. Sampai je kilang, dia ucap terima kasih. Aku cakap balik terima kasih sebab memang aku pun yang patut cakap dulu. Lepas tu aku nak bukak pintu, tak unlock lagi. Dia cakap sori, lupa. Aku tanya, "KAU NI, TAKNAK BAGI AKU KELUAR KE?" dia jawab "MEMANG PUN AKU TAK BAGI KAU KELUAR..." Kalaupun dia bergurau, aku nak jugak perasan.

Moment aku share kejap tadi kat WeChat, "Dah sampai, stok senyum seminggu. Any bullshit will not be bothered." Ayat kedua tu dalam hati la. Ayat share tadi sopan sikit. Guess siapa yang like 1st? A!

Tuesday, 3 March 2015

Terima Kasih Kawan II

Selepas Kak A bagitau aku petang tu, aku balik dan share moments kat WeChat, "Tak cakap, tak tau", khas ditujukan untuk dia. Malam tu jugak, dia mesej aku kat WeChat. Kitorang borak2 biasa. Rasanya dia tau moment tu untuk dia.

Lepas tu besoknya, atau lebih tepat, 2 hari lepas tu (sebab dah pukul 12am) dia cakap benda ITU dan tanya soalan ITU. Soalan aku suka kat dia tak. Dia suruh aku jujur. Macam aku cakap sebelum ni, yang aku tak tau dia suka aku. Kalau aku tahu dulu, mungkin jawapannya lain. Tapi aku cakap aku suka dia sebagai kawan. Once aku tahu dia dah nak tunang, terus aku tutup hati pada dia. Tapi masa tu aku suka kat H. Bila aku dapat tau dia dan H beli barang tunang, dah tentulah aku frust gila sebab H. 

Aku tak bagitau dia aku dah dengar dia suka aku dari Kak A. Katanya sebelum ni dia gilakan aku. (aku tau dia gurau je bila cakap gila tu). Dia ingat aku dah ada pakwe sebab aku rasa dia dengar aku pernah bergayut dengan budak Astro tu. Bila aku cakap aku takde pakwe, dia ingat aku tipu. Satu ayat dia yang aku takleh kenang, "time tu aq klau dpt ko, aq lps kan awek aq tau". Gile pompuan tak suka dengar ayat cenggini! Tapi aku act calm and steady dan berlagak matang cakap 'tak baik ko cakap macam tu, ko dah nak jadi laki orang pun'.

Lepas tu bila datang kerja, tak silap aku ada 2 hari dia tiba2 tak rehat sama dengan kitorang. Waktu tu pun, aku masih rasa di awang2 dan malu nak bertentang mata dengan dia. Tapi lama2 aku cuba kikis rasa segan aku tu dan berlagak kawan dengan dia macam biasa. Aku siap tanya dia 'kau dah berlatih akad nikah belum?' kami gurau2 dia lafaz letak nama aku (siapa tak suka lelaki ingat nama penuh wei? dengan ejaan siap lengkap!)

Dia dah bagi invitation kahwin kat FB. Aku nak pergi atas dasar nak tengok kebahagiaan kawan baik. Tapi jauh...jauh di sudut hati, aku sedih. Aku sedih dia nak kahwin. Aku dah fikir dalam kepala nak buat reaksi macam mana nanti. Mestilah kene suka kan? Tapi macam mana nak suka kalau aku dah tau pengantin lelaki tu pernah simpan perasaan kat aku. Dan yang lebih sadis bila aku terpaksa tengok dia bersanding berdua sedangkan aku masih solo. Ada skandal pun dengan suami orang (next post aku luah).

Moga berbahagia ye kawan baik. Doakan kebahagiaan aku jugak.

Sejak 2 menjak ni asyik layan lagu Anuar Zain - Tak Lelah. Sayu betul part "jalani semua, walau cinta kini tak berarah..."