Wednesday, 16 October 2013

Aidiladha

Assalamualaikum,

Hari ni 15 Okt 2013 bersamaan 10 Zulhijjah 1434. Hari Raya Haji. Besok saya pergi kerja. Kilang bagi cuti tapi terpaksa overtime. Terpaksa ye. Terpaksa sangat. Karang kalau tak pergi , takut ada yang mengungkit. Sangat tak professional. Tapi apa boleh buat, selagi saya kerja kat situ, saya terpaksa berdepan dengan sikap sang ketua yang tak professional. 

Saya kerja makan gaji je. Saya bukan kerja untuk sang ketua, saya pun tak bekerja kerana nipon-nipon tu. Saya kerja sebab saya nakkan pendapatan yang tetap. Sebenarnya, sepatutnya kita kerja kerana Allah. Senang nak cakap, tapi sukarnya nak dipraktikkan. Insyaallah setiap hari cuba. Tulis kat notebook, 'Lillahi Taala' sebagai ingatan setiap kali ada orang marah saya dan tegur saya. Terima kemarahan dan teguran bukan kerana siapa orang tu, tapi kerana saya berkerja Lillahi Taala.

Salam Aidiladha. Mohon diberikan kudrat untuk kerja besok. Amin.

Monday, 30 September 2013

Tema Fotografi Impian

Assalamualaikum,

Hari ni nak tulis sesuatu yang berbeza. Sebenarnya ini merupakan impian saya. Tak tahulah bila impian ni nak terlaksana tapi saya cuma nak share dan mungkin beri idea pada sesiapa.

Saya suka sangat ambil gambar. Sejak kecil saya tak pernah lokek senyuman waktu bergambar dan akan ikut cakap orang yang suruh saya buat gaya itu ini. Ibarat macam seorang model yang ikut cakap pengarah fotografi. 

Ada kisah sedih di sebalik impian ini, tapi kita taknak tahu pasal tu sebab saya cuma nak kongsi tema fotografi impian saya.

1. Bubbles
Hanya dengan sebotol buih yang murah (tak pastilah berapa ringgit sekarang), tiup dan capture the bubbles before they pop!


2. Payung berwarna-warni
Saya ada payung macam ni yang saya beli di pasar S.Alam dengan harga RM12 kalau tak silap. Dah bertahun simpan kat rumah tak pakai sebab memang beli dengan tujuan nak bergambar, tapi...let's just say, belum berkesempatan.

3. Dengan kucing
I love my cat. Tapi memang susah sangat nak bergambar dengan dia tanpa merasa penat bila guna self timer. Bukan ke best kalau ada photographer yang nak ambil gambar saat-saat sweet camni.
4. Di jalan raya
Kalau boleh nak berdiri di tengah-tengah kesesakan kenderaan. But, empty road will also do.

5. Dalam keretapi
Di landasan keretapi, itu dah cliche. Try bergambar dalam keretapi pulak. Kalau ramai orang dalam train lagi bagus. But you must be stand out from others to be spotted.

6. Di tengah padang
Hanya padang rumput yang menghijau dan langit biru. Boleh letak simple props macam kerusi atau wind spinners.

7. Ala-ala musim luruh
Tak perlu pergi negara empat musim nak merasa daun luruh waktu autumn. Dengan daun durian yang tak bersapu depan rumah pun boleh. Tak pun daun pokok getah kat kebun getah belakang rumah. Tapi kena tahan dengan love bites from nyamuk la.

8. Black and white
Cliche tapi bila kena dengan subjeknya, gambar akan jadi sangat hidup. Bila warna jadi faktor untuk kecantikan, mari fokus hanya dengan 2 warna saja.

Harap idea di atas membantu dan saya juga harap impian saya tercapai. Peace!

P/s: Gambar-gambar diambil dari google image. Of course it's not me in these photos.Thehehe
 

Wednesday, 25 September 2013


The Lima - Kau Ada Dia

Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa

Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia

Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia.

________________________________________________________________________

Untuk Mr H. 
Masa awak baru masuk kerja, ramai orang suruh saya berkenalan dengan awak. Saya kata pada mereka saya tak berminat, tapi sebenarnya dalam hati, saya ada menaruh perasaan dekat awak. Tapi mungkin inilah hikmah saya tak menyatakan perasaan saya terhadap awak secara terbuka kepada sesiapa, sebab saya dapat tahu awak nak bertunang. Saya kecewa tetapi apa boleh buat, awak bukan jodoh saya.  

Banyak kali awak cuba berbual dengan saya tapi saya mengelak. Mungkin awak rasa saya sombong tapi sebenarnya saya segan pada awak. Tapi tadi awak cakap dengan saya. Awak mungkin anggap perbualan ini antara rakan sekerja saja tapi hati saya dah berbunga-bunga. Ia tak sebesar bunga rafflesia, hanya sekadar sebesar mawar yang berkembang. Kerana, 'aku sedar kau ada dia'.

 


Sunday, 15 September 2013

Lancar dan Besar, Notebook Baruku

Assalamualaikum,

Lama sangat rasanya tak menulis. Konon-konon netbook yang dulu tu lembap, asyik-asyik 'not responding'. Kalau bukak something, sambil menunggu, bukak benda lain terus dia merajuk taknak gerak dah. Maka dengan itu, saya telah membeli notebook baru. Muahaha!!! Ye, dengan alasan mahu menulis blog dengan lancar, maka beli notebook baru. Bagus tak alasan tersebut?

Oleh itu, pada hari ini dan saat ini, saya sedang menekan-nekan keyboard laptop baru saya yang baru dibeli semalam. hahaha!Nice...Niat dia hati nak beli jenama Dell. Survey kat internet. Harga boleh tahan. Masih mampu. Cari satu Seremban, tiada satu kedai komputer di Seremban jual notebook Dell. Percaya atau tidak, itu adalah kenyataan. 

Mula-mula pergi survey kat Aeon Seremban 2. Konon kata kat website Dell tu, kedai komputer Thunder hape ke namanya tu jual. Masuk je kedai tu, nampak brand Apple je. Takkan nak beli MacBook kot, eksklusip sangat pulak. Orang dalam kedai tu pun macam tengok pelik je. Yela, masuk kedai mereka, tapi langsung tak stop, masuk...then terus keluar balik. Ada sorang brader tu macam approach, mungkin sebab tengok iphone di tangan so mungkin dia ingat minah ni perlukan bantuan dengan iphone dia, tapi minah ni takde brek, terus keluar. Walaupun kat Aeon tu ada sale dan banyak barang cantik-cantik. Contohnya kasut merah cantik tapi sebab hati tu dah pikir pasal laptop Dell je, terus keluar dan menuju ke Terminal 1.

Sampai Terminal 1, tercangak-cangak la jugak cari kedai komputer All IT ke tah namanya . Jumpa je, masuk dan terus ke bahagian laptop. Kat situ cuma jual laptop Acer, Asus dan Lenovo. Aik, betul ke kedai ni? Salah kedai kot. Cuba tengok kot-kot ada kedai lain. Tawaf sekali lagi dan bila bandingkan nama kedai, sah, betul la kedai tadi. Masuk lagi dan ada mamat jaga bahagian notebook tu. Maka tanyala dia ada tak jual notebook Dell kat sini. Katanya mereka tak jual lagi Dell sebab permintaan kurang. Bila dah takde, maka hati pun ingat tak kisahla tak dapat Dell pun tapi nak jugak laptop baru hari ni jugak. Jadi tanyala kat mamat tu Asus ngan Lenovo ni ok ke. Dia pun cerita la sambil bukak brochure Asus. Wah, aku ni dah mula minat dengar penerangan dia, pastu dia boleh cakap macam ni,"akak bawak ni balik, baca kat rumah". Huk aloh, mamat ni, aku ni tak nampak macam potential buyer ke? Disebabkan dia cakap macam tu, aku yang tadinya dah semangat nak beli notebook lain selain Dell, terus tawar hati. Yela, "bagi saya baca dulu ye". mamat ni pun macam ala sound trouble je. Banyak kali pulak aku kena ulang-ulang cakap. So, next shop!

Memandangkan dah 2 buah kedai yang kata dalam internet ada jual Dell tapi takde pun jual, maka ambil keputusan bijak untuk call dulu kedai-kedai lain. Negatif. Dua buah kedai call, tapi kata mereka takde stok. Eleh, cakap jela ko tak jual. Kedai ketiga memberi harapan bila tanya nak Dell model apa. Bila cakap model, dia terus tanya "you tengok kat website kan? model dalam website tak sama macam kat kedai. kalau beli kat website, apa spec yang tulis kat situ, itula yang dapat. Kalau kat situ ada tulis dapat beg, dapatla beg. Kalau tak you dapat notebook saja". Oooh, begitu. Nasib baik dia bagitau sebab memang dah ingat nak order online. Kedai ni kat Dataran Senawang je. So, decide untuk tengok kat situ.

Dipendekkan cerita, setelah tengok pakej-pakej kat situ, maka belila notebook Lenovo dengan spec yang agak bagus dan freebies yang boleh tahan la jugak bestnya. Walaupun terpaksa menunggu 2 jam untuk tunggu dia install semua tapi kedai ni bagi pernerangan bagus macam kita baru 1st time guna notebook. Which is good sebab selama ni pakai takde orang pun bagi penerangan sebegitu detail. So, inilah dia cerita notebook baru saya. Harap kamu tahan lama ye Mr Lenovo.

Monday, 22 July 2013

Super Down Monday

Assalamualaikum,

Alahai, sedihnya hari ni. Dahla hari ni hari Isnin. Hari paling takde mood, lepas ditambah-tambah pulak ketensenan di tempat kerja..super duper down jadinye mood hari ni.

Start daripada pagi tadi, terima email daripada sang ketua suruh pergi audit supplier ASAP. Gila ke? aku kalau boleh nak elakkan keluar office waktu bulan puasa ni. aku tak larat nak cakap berceramah lebar. Waktu tak puasa pun, aku tak banyak cakap, apatah lagi waktu dehydrate macam ni. Bukan aku taknak pergi supplier atas sebab aku tak bertanggungjawab tapi aku rasakan supplier ni takde keperluan untuk diaudit. Sejak daripada last audit aku pergi bulan 5 hari tu, reject dia dah menurun, bulan ni dah 0. Jadi kenapa perlu susah-susah keluar kilang pergi audit?

Lepas tu sang ketua tanya pulak pasal masalah supplier di Indonesia. Aku tak tau nak jawab macam mana sebab aku tak pernah jumpa PIC dan aku tak tau proses. Yang pergi audit hari tu orang lain. Atas 'kebijaksanaan' sang ketua hantar orang lain audit supplier orang lain. Jadi aku memang down sangat bila dia membentak-bentak tanya apa nak buat dengan supplier ni. Aku bersyukur aku diam waktu ditanya tu sebab dalam hati aku, aku cakap "Saya tak tau nak buat apa dengan supplier ni, tolonglah ambil alih."

Cerita sedih berikutnya pulak bila dapat tahu yang sang ketua ni pergi keluar berbuka dengan supplier bersama pekerja-pekerja kesayangannya. Takdela hadap sangat nak pergi sebab aku sorang je perempuan dan jauh, susah nak balik....tapi, tapi langsung tak ajak dan tak cakap. Pergi senyap-senyap je tapi lepas tu punyala 'bijak' sang ketua ni pergi bagitau si M, yang juga tak diajak. Dah makan kenyang-kenyang, baru nak bagitau. Nak buat apa? Nak buat sakit hati? M pun bagitau aku dan macam yang aku cakap, aku dah berniat nak menolak andai diajak tapi kalau kau dah sorok-sorok sangat macam ni, nampak sangat kau tak suka dan tak percaya aku. Konon pandai cakap nak buat kerja sama-sama, bincang sama-sama. Tapi bila pergi berseronok macam ni, kau pilih bulu. Ada hikmahnya...Allah nak jaga aku daripada makan rezeki yang syubhah. Nauzubillah...

Ketensenan berikutnya terjadi masa waktu Asar...waktu nak menghadap Allah tu, dikejutkan pulak dengan sign depan pintu surau. Arahannya lebih kurang, "Perkara yang dilarang dilakukan di dalam surau:  beristirehat, tidur, menggunakan handphone, bersolek dll. Jika didapati ada pekerja daripada mana-mana jabatan melakukan perkara di atas, anda akan dikenakan tindakan misconduct."GILA!!! Memangla aku dan member-member aku ada tidur dalam surau, itupun waktu rehat tengah hari. Sunat kan, take a brief nap time tengah hari...Lepas kami solat, kami keluar. Mungkin la kadang-kadang terlewat 5 minit, tapi takkan hanya disebabkan tu, dah tak boleh langsung duduk dalam surau. Yang paling tak tahan arahan tak boleh bersolek tu. Apa signifikasinya tah. Yang keluarkan arahan tu, tak pernah pun masuk surau tu. Mungkinla dia solat surau lain tapi tak payahla nak tulis sampai macam tu sekali. Itulah masalahnya dengan orang-orang di tempat kerja tu. Perkara mudah, dibelit-belitkan, disimpul-simpulkan menjadi susah. Perkara yang susah, dah bernanah, tak boleh dibendung, tutup sebelah mata, beri peluang entah kali ke berapa. 

Ada orang diberikan mata, tak tau memandang, ada orang diberikan telinga, tak mau mendengar, ada orang diberikan otak, tak nak berfikir, ada orang diberikan hati, tak pandai merasa. Macam ni lah jadinya...For the first time selama setahun lebih aku bekerja kat sini, aku nak consider balik dengan pilihan yang telah aku buat ni. Aku bertahan kerana aku memilih untuk bersabar dan buat tak tahu. Tapi sampai bila aku akan tetap dengan pilihan ni?

P/S: Sang ketua ni mana dia belajar tah 5W1H adalah why,why,why,why,why,how. Yang Pak Sheikh atas dia tu pun ikut je term 5 kali why dia tu. Mungkin diorang ni pergi special training kot...Marilah bersangka baik..huhu


Monday, 15 July 2013

Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum,

Tik tok, tik tok dah masuk 6 Ramadhan...Alhamdulillah.

Just now baru lepas tengok filem Istanbul Aku Datang untuk kali kedua. First time tengok kat wayang. Ni adalah filem yang paling latest tengok kat wayang, betapa lamanya tak tengok wayang sampaikan filem ni dah keluar TV. Masa tu jugak first time tengok wayang sorang-sorang dalam keadaan sedih. Tak dapat nak recall kenapa sedih time tu tapi filem ni buatkan aku ceria sikit lepas keluar dari wayang.



Sure ramai dah tengok cerita ni kan. Sinopsisnya Lisa Surihani datang Turki sebab nak dekat dengan boyfriend dia, Tomok sambil tu buat short course kat universiti yang sama dengan Tomok. Kononnya nak buat surprise dan ingat boyfriend dia tak kisah dia tinggal 1 rumah dengan Tomok dan 2 orang lagi housemate Tomok. Tapi Tomok suruh Lisa cari rumah sewa. Walaupun keberatan, Lisa cari sendiri rumah sewa tanpa bantuan Tomok dan bila jumpa rumah idaman, turns out yang dia kena tipu. Rupanya rumah tu dah disewa oleh Beto. Nak taknak Lisa terpaksa stay kat rumah tu sebab tuan rumah tu takde kat Turki dan Lisa tak bagitau pun masalah tu kat Tomok. Lisa dan Beto ni memang macam anjing dan kucing, asyik nak bertengkar, tapi satu hari tu kantoi dengan Tomok. Lisa dan Beto pergi rumah Tomok nak jelaskan perkara sebenar tapi akhirnya bergaduh. Lepas tu ada pulak perempuan local datang dan kata Tomok tu boyfriend dia. Disebabkan Lisa ni dah takde apa kat Turki, kunci rumah dah diambil balik dek tuan rumah, boyfriend dah curang lepas tu taknak percaya pulak kat dia, so dia decide nak balik Malaysia. Tapi sebelum dia balik Malaysia, Beto bawa dia keluar dan di sinilah bibit -bibit percintaan mula timbul.

Cerita ni sebenarnya mempunyai tema yang sama dengan filem terdahulu pengarahnya, Bernard Chauly, menjadikan wanita sebagai watak utama. Wanita urban yang looks fragile but actually really strong. Sama macam watak Fazura dalam 'Gol dan Gincu' dan jugak 'Pisau Cukur'. Jadi antara perkara yang saya suka dengan filem ini ialah,

  • Sangat suka scenes di mana Beto bawa Lisa keluar jalan-jalan. Small gestures can be really sweet. Macam scene dia atas. Lisa jalan belakang, stop kejap untuk ambik gambar, then Beto nak tengok gambar yang Lisa ambik tu. 
  • Masa dirang nak pilih sweets. Beto pilih lepas tu suruh Lisa pilih pulak mana yang dia suka.
  • Masa kat picnic, Beto and Lisa nak ambil buah serentak. Lepas tu Beto ambilkan dan bagi pada Lisa.
  • Aizat, kawan Tomok sangat baik bawak Lisa pegi makan sebab Tomok takde kat rumah time tu, dan dia jugak SMS Tomok so, lepas tu Tomok call Lisa.
  • Pak cik tuan rumah tu sangat baik. Dia pulangkan balik duit deposit Lisa dan bagi Beto 2 minggu takyah bayar sewa.
  • Lisa sangat baik carikan Maggi Asam Laksa Beto yang dia dah habiskan. Siap letak dalam kotak cantik.
  • Baju Lisa semua comel-comel dalam filem ni.
  • Filem ni menonjolkan keindahan Turki dan turut menampilkan orang-orang Turki sebagai pelakon.
So, sesiapa yang tak tengok lagi filem ni, anda harus tonton tapi bergantung pada citarasa anda jugak. Kalau anda suka cerita sweet romance macam ni. Cerita ni sesuai untuk anda. 

P/S: teringin nak pegi Istabul

Monday, 8 July 2013

Azam Ramadhan

Assalamualaikum,

Eh, pengumuman puasa dah keluar ke? Terlepas lagi untuk kesekian tahunnya...Tapi menurut kalendar, hari Rabu ni Insyaallah 1 Ramadhan.

Sebenarnya rasa agak bersalah dengan Ramadhan sebab masih Syaaban tapi dah sibuk igatkan Syawal. Sibuk nak beli baju raya, sibuk testing and tasting kuih raya, pikir nak beli langsir raya...semuanya berkaitan raya. Puasa macam mana? Puasa macam biasa, tahan lapar, tahan dahaga start lepas sahur sampai masuk waktu Maghrib. Hish, dah kurang lebih 20 tahun puasa dan pemikiran macam ni? ish3x....

Bagi saya, raya tu memang tak sabar nak disambut tapi bila tiba hari raya, saya pun dah hilang mood. Kita penat-penat kemas satu rumah, balik je anak-anak buah, rumah pun automatik jadi tongkang pecah. Masak beria tapi paling tak suka nak basuh pinggan melambak-lambak. Baju raya try banyak kali tapi tak pakai pun bila raya. So semua ni menjadikan raya dah tak best.

Setiap tahun saya memikirkan perkara ni. Saya mengagak mungkin sebab dah 8 tahun menyambut raya tanpa mak. Atau juga mungkin sebab dah besar, keseronokan raya hilang. Mungkin sebab terlalu banyak berhabis duit dan tenaga untuk sambutan hari raya maka bila tiba Syawal, mood jadi down.

Akhirnya saya dapat jawapan, raya saya tak lagi meriah sebab kurang ibadat di bulan Ramadhan. Jadi pada tahun ni, saya berniat untuk memperbanyakkan ibadat. Rajin ke terawih (tahun lepas pergi terawih sebab ex-skandal suruh pergi). Tahun ni nak ikhlaskan hati Lillahi Taala. Nak cuba khatamkan Al-Quran. Dah baca suku, jadi Insyaallah boleh khatamkan. Elakkan cakap benda tak baik, elakkan pikir benda tak baik dan elakkan buat benda tak baik. Nak jadikan raya tahun ni raya gembira bersama yang lain. Keluarga dan rakan-rakan.


Saya juga bermohon agar dibukakan hati untuk transformasi diri. Buka hati untuk kehadiran insan lain sebagai peneman hidup. Umur makin meningkat. Sebenarnya saya takut untuk berubah, takut untuk menjadi matang, takut memikul tangunggjawab, takut untuk berfikir bukan lagi hanya untuk saya. Jadi saya mohon sempena Ramadhan ni agar hilangkan ketakutan dan kerisauan saya untuk menikmati satu lagi fasa hidup sebagai insan. Belajar terima kelebihan dan kekurangan orang, belajar untuk menikmati kelebihan dan kekurangan diri. Tiada insan yang sempurna tapi dengan izin Allah, kita bakal melengkapi antasa satu sama lain. Wallahualam...

Sekadar ingin berkongsi ayat dari salah satu gag dalam 'gag concert'
Prof: What is love?
Student: Love is 1+1=1