Monday 8 July 2013

Azam Ramadhan

Assalamualaikum,

Eh, pengumuman puasa dah keluar ke? Terlepas lagi untuk kesekian tahunnya...Tapi menurut kalendar, hari Rabu ni Insyaallah 1 Ramadhan.

Sebenarnya rasa agak bersalah dengan Ramadhan sebab masih Syaaban tapi dah sibuk igatkan Syawal. Sibuk nak beli baju raya, sibuk testing and tasting kuih raya, pikir nak beli langsir raya...semuanya berkaitan raya. Puasa macam mana? Puasa macam biasa, tahan lapar, tahan dahaga start lepas sahur sampai masuk waktu Maghrib. Hish, dah kurang lebih 20 tahun puasa dan pemikiran macam ni? ish3x....

Bagi saya, raya tu memang tak sabar nak disambut tapi bila tiba hari raya, saya pun dah hilang mood. Kita penat-penat kemas satu rumah, balik je anak-anak buah, rumah pun automatik jadi tongkang pecah. Masak beria tapi paling tak suka nak basuh pinggan melambak-lambak. Baju raya try banyak kali tapi tak pakai pun bila raya. So semua ni menjadikan raya dah tak best.

Setiap tahun saya memikirkan perkara ni. Saya mengagak mungkin sebab dah 8 tahun menyambut raya tanpa mak. Atau juga mungkin sebab dah besar, keseronokan raya hilang. Mungkin sebab terlalu banyak berhabis duit dan tenaga untuk sambutan hari raya maka bila tiba Syawal, mood jadi down.

Akhirnya saya dapat jawapan, raya saya tak lagi meriah sebab kurang ibadat di bulan Ramadhan. Jadi pada tahun ni, saya berniat untuk memperbanyakkan ibadat. Rajin ke terawih (tahun lepas pergi terawih sebab ex-skandal suruh pergi). Tahun ni nak ikhlaskan hati Lillahi Taala. Nak cuba khatamkan Al-Quran. Dah baca suku, jadi Insyaallah boleh khatamkan. Elakkan cakap benda tak baik, elakkan pikir benda tak baik dan elakkan buat benda tak baik. Nak jadikan raya tahun ni raya gembira bersama yang lain. Keluarga dan rakan-rakan.


Saya juga bermohon agar dibukakan hati untuk transformasi diri. Buka hati untuk kehadiran insan lain sebagai peneman hidup. Umur makin meningkat. Sebenarnya saya takut untuk berubah, takut untuk menjadi matang, takut memikul tangunggjawab, takut untuk berfikir bukan lagi hanya untuk saya. Jadi saya mohon sempena Ramadhan ni agar hilangkan ketakutan dan kerisauan saya untuk menikmati satu lagi fasa hidup sebagai insan. Belajar terima kelebihan dan kekurangan orang, belajar untuk menikmati kelebihan dan kekurangan diri. Tiada insan yang sempurna tapi dengan izin Allah, kita bakal melengkapi antasa satu sama lain. Wallahualam...

Sekadar ingin berkongsi ayat dari salah satu gag dalam 'gag concert'
Prof: What is love?
Student: Love is 1+1=1


No comments:

Post a Comment