Monday, 22 September 2014

'I Stop Scrolling my FB Page'

Sejak 30 August 2014 lepas, aku ambil keputusan untuk tak scroll Facebook page aku. Tak bukak? Bukan...still bukak FB tiap2 hari, cuma tak scroll down. Dan rupanya macam-macam yang baik muncul daripada kempen 'Stop Scrolling my FB Page' tu.

Antaranya aku ada lebih banyak masa untuk benda lain. Yela sebab rupanya banyak betul masa berhabis dengan tengok status2 FB daripada kawan2. Jadi, bila dah decide untuk 'Stop Scrolling my FB Page' aku ada masa untuk:

1. Baca surat khabar
Setuju atau tak bila aku cakap zaman kau belajar dulu, kau lagi pandai daripada sekarang? Aku setuju. (sebab aku yang cakap kan..) Dulu pengetahuan am aku lagi meluas. Aku kenal semua menteri2. Setidak-tidaknya Menteri Pendidikan waktu tu. Kalau sekarang, orang tanya, errmmm...

2. Baca novel
Dulu2, kawan2 sekolah kan ada suruh korang tulis buku autograf dia kan. Aku dulu buat biasa-biasa je. Tulis nama, hobi, alamat, makanan kegemaran segala bagai tu kan. Tang hobi tu, mesti tulis membaca dan menonton TV. Pegh, cliche sangat tapi tu la kenyataannya. Dulu duit takde nak beli novel banyak2, jadi boleh mengulang novel sedia ada banyak kali. Sekarang, bila dah berduit, dah boleh beli banyak buku tapi tak terbaca. Jadi, sekarang aku ada masa untuk dihabiskan baca buku.

3. Pandang dunia.
Aku syukur sangat sebab duduk kat kampung. Pandang kehijauan keliling rumah (kecuali rumah kosong sebelah). Tapi, aku rupanya jarang pandang. Jadi sekali-sekala waktu cuti ambil masa keluar rumah petang2 dalam setengah jam dengan duduk tanpa pegang apa2. tak pegang handphone, tak pegang buku, tak pegang kamera. Duduk dan menikmati alam. Jiran2 pandang dan mungkin mengata "bilala si Ayang tu nak kawen? Umur dah banyak". Bila dah rasa diperhatikan, cepat2 masuk. Cuba dah tu untuk tak pikir apa pandangan orang.

Itu antara yang aku cuba sikit2 buat. Masih belajar untuk mengurus masa yang ada. Konon nak jahit baju, kemas barang, menari tapi stamina tu berbaki sikit je hujung2 minggu.

Kenapa aku decide untuk 'Stop Scrolling my FB Page'? Ia bukanlah sesuatu yang difikir lama. Boleh dikatakan ini keputusan spontan pada 30 Ogos haritu hasil daripada hati yang kecewa. 

Kronologi
29/08/2014 - Baca undangan Walimatul Urus daripada Afif kat FB. Dah tau dia bertunang, dah tau bila2 masa boleh kahwin tapi tak sangka akhirnya jadi juga. Penat suka dia 3 tahun. Penat berangan nakkan dia, tapi tak boleh salahkan dia sebab aku tak usaha dapatkan dia, atau lebih kejam rampas dia daripada tunang dia. Maka, melepaslah sudah...

30/08/2014 - Sebelum makan malam tu mood tak baik, ingat nak gembirakan hati dengan tengok FB. Post pertama, Huzair is enganged. Apa, dia ada makwe selama ni? Kenapa tak pernah display pun. Ingatkan dia suka kat aku sebab tak pernah tak like post aku. Kenapa dia tunang dengan perempuan lain? Oh, rupanya like post FB bukanlah tanda seseorang tu suka kat kau ye. Lesson learned!

Lepas baling phone tu, terus decide untuk 'Stop Scrolling my FB Page'. 
Minggu pertama tu, memang tak bukak langsung, tapi bila bukak email, ada email bertulis Yani mentioned you in comment. So, terpaksa bukak dan hanya bukak notification. Masih balas komen, sebab aku masih nak berhubung dengan orang lagi cuma 'Stop Scrolling my FB Page'. 

Jadi sekarang aku bukak FB, baca notification kalau ada dan baca first post pada wall. Ikut nasibla, siapa jadi yang pertama. Dan aku agak baik hati untuk like. Sesuatu yang jarang aku buat.

Kalau aku tahu hidup akan jadi lebih tenang bila aku 'Stop Scrolling my FB Page', aku buat lama dah, mungkin aku start buat 2 tahun lepas. Bila kawan-kawan aku berderet-deret kahwin dan buat anak. Antara kawan2 aku tu adalah crush aku zaman2 belajar dulu. Bila nampak post kahwin ke, post dapat anak ke, otak cakap "like la post tu sebagai tanda ko pun turut gembira". Tapi hati memang tak boleh tipu, tak boleh nak nafi perasaan jelos tu. Jadi kadang2 like, kadang2 keep on scrolling tanpa stop and like.

So, aku tak pasti la sampai bila aku nak 'Stop Scrolling my FB Page' ni. Mungkin tak lama. Tapi setakat hari ni, benda ni benda bagus dan menyeronokkan!

Saturday, 23 August 2014

Ms. Kim Million Dollar Quest






Sape pernah tengok cerita Korea ni? Tajuknya Ms Kim Million Dollar Quest. Saya first time tengok cerita ni kat TV2 petang-petang masa zaman sekolah dulu. Sanggup set tv ke pukul 3pm so, boleh tidur sekejap depan tv sebelum cerita ni start. Cerita ni genre drama, comedy dan sedikit romance. Tahun ni teringat pulak cerita ni dan berjaya tengok online.

Drama 16 episod ni mengisahkan Kim Eun Jae, seorang arkitek yang bakal kahwin dengan seorang researcher, Yoo Yeong Hun. Nak dijadikan cerita, Eun Jae ni ditinggalkan bakal suami dia pada hari perkahwinan dia. Dah pakai gaun kembang-kembang tu, dia diberi surat oleh Yeong Hun yang kata takleh nak kahwin sebabnya dia dah termakan pujukan bos dia iaitu Seo Woo Kyeong yang menjanjikan dia rumah untuk dia tengok bintang. Yang tau pasal surat tu cuma wedding photographer iaitu Park Moo Yeol. Moo Yeol  ni pun bawak lari Eun Jae ni dari wedding dia. Siap belikan baju dan sewakan hotel.

Bila Eun Jae ni pergi kerja, dia malula sebab dia ingat member-member kerja dia tau yang dia tak jadi kahwin tapi member2 dia ni tak tau pun sebab tak sempat nak pergi hari tu. Jadi dia mintak Eun Jae buat housewarming kat rumah baru Eun Jae untuk celebrate perkahwinan dia. Eun Jae pulak tak tau nak mintak tolong sape, dia mintak tolong dengan Moo Yeol untuk jadi husband olok-olok dia. 

Moo Yeol ni anak orang kaya. Rumah dia ni la yang menjadi idaman Yeong Hun, suami tak jadi Eun Jae untuk buat tempat tengok bintang. Tapi, bapak Moo yeol pulak kena tangkap sebab menipu orang. Rumah tu diambil oleh gangster dan sebab Moo Yeol sayang rumah tu dan mak dia tinggal kat situ, maka dia jual semua harta dia supaya dia boleh bayar kat gangster tu. Sebab rumah Moo Yeol lepas jatuh miskin tu terlampau kecik dan miskin, dia mintak tolong nak tumpang dengan member-member semua tak dapat maka dia pergi mintak tolong Eun Jae. Dia nak duduk rumah Eun Jae dan Eun Jae boleh jadikan dia suami olok2.

So, start dari sinila cerita Eun Jae dan Moo Yeol. Moo Yeol panggil Eun Jae Ms Kim sebab dia macam orang tua. Eun Ja pulak panggil Moo Yeol. Park Gun sebab dia macam budak-budak. Ms Kim ni penjimat, pandai cari duit yang si Park Gun ni pulak gemar membazir walau dia dah miskin.

Sebab Ms Kim ni tak puas hati kenapa Yeong Hun tinggalkan dia hanya sebab duit, dia janji untuk kumpul duit dan rampas Yeong Hun balik. Jadi mula2 dia dan Park Gun bukak bisnes kedai bunga. Diorang mintak tolong jiran bawah rumah, Bong Gyu dan model yang sukakan Park Goon, Han Ji untuk tolong waktu siang masa diorang pergi kerja. Mula-mula bisnes memang ok tapi lepas tu sebab Woo kyeong si perampas ni dengki, taknak Ms Kim senang dan taknak Park Gun ada duit nak bayar rumah idaman kekasih dia, dia upah gangster untuk kacau perniagaan Ms Kim. Gangster tu, Jo Min Ho pulak suka dengan Ms Kim. Dia taknak cederakan Ms Kim jadi dia ganggu dengan cara halus. Dia suruh orang repair jalan depan kedai Ms Kim dan suruh pulak orang bukak gerai dekat dengan kedai Ms Kim jual bunga dengan harga murah. Jadi, orang ramai tak datangla kedai Ms Kim. Lama-lama perniagaan diorang pun tutup.

Lepas kedai bunga, diorang pikir yang perniagaan diorang ni tak maju sebab big scale. Cuba start meniaga yang kecik2, modal sikit tapi untung banyak. Jadi diorang dapat idea untuk bukak gerai jual buah bersalut gula karamel. Modal sikit, maintenance sikit tapi ramai beli. 
Masa ni Ms Kim baik dengan Park Gun tapi belumla mengaku perasaan cinta. Yang Ms Kim dah baik-baik sikit dengan Young Hun, apa lagi si Woo Kyeong ni tak puas hati. Upah Mr Jo untuk musnahkan perniagaan diorang. Mr Jo pulak upah laki untuk letupkan gerai Ms Kim. Masa letupan tu, mujurlah Park Gun tak dekat dengan gerai, Ms Kim punyalah risau Park Gun cedera. Lelaki upahan tu cedera teruk, melecur satu badan dan keluarga dia (gengster upahan Mr Jo yang berlakon sebagai keluarga) minta ganti rugi daripada Ms Kim. Lepas tu Park Gun pulak kena tangkap polis.

Lupa nak cerita Woo Kyeong ni ambil alih syarikat Ms Kim dan jadi bos Ms Kim. Jadi Woo Kyeong ni ugut Ms Kim supaya jauhi Myeong Hun dan dia akan selamatkan Park Gun daripada kena dakwa. Park Gun tak kena penjara tapi still kena bayar ganti rugi pada mangsa. Jadi Park Gun terpaksa jual rumah keluarga dia dan mak dia terpaksa tinggal dengan mak cik dia.

Walaupun Ms Kim ni berjimat tapi dia sesak tak boleh bayar sewa rumah. Walaupun makcik pakcik tuan rumah ni baik tapi tak boleh la nak tolong terus. Jadi Ms Kim diminta pindah. Cari-cari rumah baru tak jumpa jadi pakcik tuan rumah ni baik hati sewakan stor kat Ms Kim. Mula2 Ms Kim duduk seorang dan Park Gun tinggal kat studio dia tapi dua2 takut tinggal sorang jadi Park Gun tinggal jugak dengan Ms Kim. Masa tidur, ada langsir jarang sebagai penghadang.

Walaupun Ms Kim ni hidup dah makin susah, tapi dia kat ofis tetap sama. Pernah Woo Kyeong pindahkan dia kat archive dept nak bagi Ms Kim berhenti. Tapi lepas Ms Kim menang pertandingan design, dia diserapkan balik dalam design team arahan pakcik Woo Kyeong. Jadi Woo Kyeong ni makin dengki dengan Ms Kim. Dia sabotaj, buang presentation Ms Kim sampai Ms Kim kena pecat. Lepas Ms Kim kena pecat tu, hidup dia makin susah. Kerja kat restoran. Park Gun pulak buat macam-macam kerja 1 hari. Sebab dah susah sangat, diorang bertekad nak start balik. Kalau sebelum ni Ms Kim cari duit nak dapatkan bf dia balik, kali ni dia nak jadi kaya je tanpa pikir orang lain.

Jadi kali ni dia buat syarikat design sendiri. Masa ni, Myeong Hun baru tau kejahatan Woo Kyeong dan dia menyesal kenapa dulu dia boleh nak kahwin dengan Woo Kyeong hanya sebab duit. Jadi dia tolong Ms Kim. Kawan sekerja Ms Kim pun sebab dah fed up dengan Woo Kyeong, berhenti dan kerja dengan Ms Kim. Bila dah satu ofis tu, Park Gun perasan yang Ms Kim ni makin baik dengan Myeong Hun. Yela, dulu kekasih kot...Park Gun ni dah makin sayang dengan Ms Kim tapi dia taknak jadi penghalang. Dia rasa selama ni dia susahkan hidup Ms Kim. Dia yang menyebabkan Ms Kim miskin. 

Ada presentation untuk tentukan design untuk shopping mall, syarikat Woo Kyeong dan Ms Kim bersaing. Of course la hero menang kan. Ms Kim pun dapat tender tu. Jadi bila dah dapat tu, Park Gun pun rasa dah selesaila kerja dia dan dia tinggalkan Ms Kim supaya Ms Kim dapat hidup dengan Myeong Hun. Tapi rupanya bila Ms Kim tengok Park Gun takde lepas presentation tu, dia berlari-lari balik dan tengok barang Park Gun dah takde. Meraung-raung Ms Kim cakap kat Myeong Hun yang dia tak boleh hidup tanpa Park Gun. Bila Myeong Hun dah tengok macam tu, taula dia yang Ms Kim cintakan Park Gun, bukan lagi dia.

Mr Jo pulak dah menyesal dengan kerja jahat dia jadi dia decide nak serah diri kat polis. Maka terbongkarlah kedengkian Woo Kyeong so, dia pun kena tangkap. Last sekali, Park Gun dan mak dia jemput ayah Park Gun keluar pernjara. Ms Kim pun ada kat situ. Kononnya Ms Kim mintak sewa rumah yang dulu2 daripada Park Gun. Kalau Park Gun taknak bayar dia kena duduk dengan Ms Kim. Ms Kim pun dapat pindah balik rumah lama dia dulu. Maksudnya dia ajak Park Gun kahwin le. Macam tu la happy endingnya.

Ending tunjuk frame letak kat display studio. Menggambarkan Ms Kim dan Park Gun gembira sebagai 1 keluarga



Friday, 22 August 2014

Tak Bertajuk

Pernah tak rasa sayu sesangat sampaikan menangis tapi tak tau sebab apa. Itulah yang terjadi pada aku sebentar tadi. Menangis dan tiba-tiba teringat kat mak. Ya Allah, orang yang dah takde mak je yang tau perasaan ni macam mana. Rupanya dalam satu keluarga, mesti ada mak dan ayah, kalau tak, tak lengkap. Sebab, ada benda yang mak je faham dan ada benda yang ayah je faham. 

Mak ni, tempat aku bercerita, mengadu nasib, berkongsi gembira, meluahkan rasa. Walau sebodoh mana pun aduan tu, dia akan layan dan buat kita rasa ok balik. Aku pernah telefon mak waktu form 4 mengadu yang akak form 5 ni suka sangat pakai tudung aku. walau aku simpan dalam locker pun, dia rembat jugak. Akak ni kata mak dia tokey butik tapi tudung bawal 10 hengget aku tu jugak menjadi feveret dia. Dalam semingu, 2,3 kali pakai. Bila aku mengadu kat mak, mak sampai cakap "nak mak datang sekolah cakap kat budak tu ke?" Sampai macam tu sekali mak backing aku. Tapi aku cakap tak payah, nanti aku kunci locker aku biar dia takleh nak rembat macam tu je.

Tapi perangai mak ni, dia suka bandingkan orang. Anak orang lain tak boleh lebih daripada anak dia. Kat situ ayah bijak sikit nak pikir yang apa salahnya anak masing-masing berjaya. Tapi ayah bukan tempat mengadu yang baik. Masa aku 1st day LI kat MDKP, aku call ayah pagi tu dan aku terlupa nak tekan end call. Ayah aku pulak memang tak reti tekan end call kat telefon dia. Sudahnya bateri aku habis kredit, dan habis bateri. Balik tu hujan lebat, aku tak dapat nak suruh ayah jemput. Sudahnya aku dengan tak berpayung, mangharung hujan dari boghang (seberang) ke rumah. Habis lencun. Marah diri sendiri sebab tak tekan end call dan tak bawak payung dan marah kat ayah jugak sebab tak penah reti tekan end call. Orang dah basah lencun, tapi hati memang hot. Dah beria aku membebel, ayah cakap, "ayah dulu lagi susah". Tak perlu aku nak pertikaikan apa perbezaannya ayah aku dan aku. Walau banyak tapi ayat tu cukup buat aku sedih dan sakit hati. Maghrib tu aku meraung terduduk kat almari dapur sebab teramat sedih. Sedihnya lagi sebab memikirkan kalaulah mak masih ada. Tu adalah antara ayat yang seolah macam tak redha dengan kepergian mak. Malam tu bengkak mata menangis tapi tak tau ayah tau ke tak. 

Start dari hari tu, memang janji dengan diri taknak mengadu apa-apa kat ayah. Dan banyak kes lain yang menyebabkan perkataan aku kat ayah jadi makin sikit. aku rasa mungkin ada hari perkataan kami cuma ' Assalamualaikum' dan 'Waalaikumussalam'. Bila akak balik, ayah orang paling suka sebab dia dapat cerita semua benda dengan akak. ada benda yang dia cerita jugak kat aku tapi dia cerita kat akak 80%, kat aku cuma 10% . Aku tak kesah pun sebenarnya. Jujur tak kesah tak tau kenapa. Kalau adik beradik balik pun, aku tak bercakap, jauh sekali nak bertanya pulak pada diorang. Aku dengan dunia aku. Tapi yang peliknya, walau aku ni tak attach pun dengan family tapi kenapa bila aku nak ada boyfriend, aku pikir family dulu? 

Aku selalu fikir macam mana aku nak cakap dengan keluarga. Kalau ada lelaki yang serius dengan aku dan nak jumpa keluarga aku, dengan siapa aku nak cakap? Apa ayat yang aku nak cakap? "Yah,ada orang suka kat ayang, keluarga dia nak datang merisik," Boleh ke macam tu. Lepas tu mesti ada banyak soalan-soalan bonus kan lepas tu. Sekarang ni bila fikir pun rasa mesti malas nak explain panjang-panjang. Tapi, memang takde pun. Sebelum orang serius, aku dah potong dulu. Keluarga aku tak normal. Kalau kawen dengan aku mesti boring. Aku pun bukan baik dengan sedara mara. Time raya, kita nak buat apa? Nak pergi mana? Rela ke lelaki tu duduk melanguk dengan berbaju melayu di hari raya bersama keluarga aku? Aku dahla jenis tak cakap banyak dengan family aku. Mereka kata aku suka privasi. Mereka kata satu hari aku kena korbankan privasi aku. 

Aku sedang korbankan privasi. Aku nak duduk sendiri tapi aku risaukan ayah. Aku nak duduk rumah sendiri, urus diri sendiri, tapi aku risaukan ayah. Aku nak duduk sendiri, bebas keluar rumah pergi berlibur dengan sesiapa je, tapi aku risaukan ayah. Aku takut ayah meninggal sorang-sorang takde sape di sisi. Ini pengakuan aku, aku duduk kat rumah ni bukan nak jaga ayah. Ayah yang jaga aku sekarang, ayah jaga makan aku, bayar bil api air. Tapi aku nak tau ayah sentiasa ok. Sentiasa selamat. Selamat pergi masjid, selamat balik masjid. Selamat duduk rumah. Bangun tidur setiap hari. Rumah  kemas dan bersih, walau lebih kurang tapi taklah berselerak sangat. Lepas anak-anak buah balik, rumah dalam keadaan normal sebab ayah tak suka perubahan. Ini yang aku nak tengok, ini yang aku risaukan. Ini privasi yang aku korbankan sekarang.

Thursday, 14 August 2014

Money 4x, MONEY!


Sangat betul kan? Boleh dikatakan semua orang dapat relate dengan gambar di atas. Mungkin ada sesetengah special case yang tak macam tu. Terkenang masa belajar kat UM dulu. Hidup memang bebas. Duduk di tengah bandar. Hujung minggu tak pernah duduk bilik diam-diam baca buku. Mid Valley dah jadi macam pasar basahan, boleh pergi hari-hari. Beli pen drive 1G pun kat Low Yatt kowt. Rasa nak karaoke, pergi sampai ke BB. Masa tu gigih betul tunggu kenderaan awam, teksi, bas, train etc. Gigih berhimpit, bersesak dengan minah-minah indon dan mamat-mamat bangla yang aromanya pegh, sampai kena hidu minyak cekapak, pastu botol tu pass pulak kat member-member. 

Tapi masa tu jalan cuci-cuci mata je. Duit berapa dalam purse memang ingat ada berapa sebab sentiasa kira kot-kot nanti tak cukup nak makan. Alhamdulillah masa tu tak pernah berlapar dan ikat perut. Roomate saya dulu dia mengaku dia sangat boros. Pernah satu time dia kata dia nak diet, beli roti potato satu buku besar dan makan sampai 3 hari. Walau dia tak cakap, saya tau dia sesak. Satu malam saya tapau nasi goreng kat cafe lepas tu sengaja tak habiskan dan bagi dia. Saya cakap saya dah kenyang pastu dah lambat nak pergi group discussion. Nampak betul dia dah lama teringin nak makan nasi. Suka dia dapat makan.

Bila saya dah kerja ni, hobi saya nak berjalan tu ada. Masa pun boleh diadakan sebab saya ada cuti tapi saya dah takde geng nak diajak berjalan. Kalau saya lelaki, saya dah pergi backpacking sorang-sorang. Saya tak risau nak pergi sorang pun tapi saya risau fikir orang akan risau pasal saya. 

Duit saya takla banyak. Gaji saya pun lebih ciput sikit daripada taraf miskin. Saya tak pula kata sikit. Saya cuma kata cukup. Cukup saya nak bayar hutang saya setiap bulan. Bayar Viva saya RM400, saya usaha bayar PTPTN saya RM150, bagi ayah saya RM150, lepas tu bayar bil-bil macam bil telefon, internet, insurans, Astro, kad kredit dan Alhamdulillah masih berbaki sikit untuk saya simpan. Duit simpanan tu saya pakai juga kalau saya nak beli apa-apa. Tapi apa yang saya nak beli tu saya dah fikir betul-betul. Keperluan dan kepentingan diambil kira.

Saya ada kad kredit. Masa saya nak pakai, saya niat saya pakai kad sebab ada ketika saya taknak bawak cash. Tapi saya pastikan apa yang saya bayar dengan kad tu, ada duitnya dalam bank ketika tu. Maksudnya saya tak berhutang. Saya cuma bayar dulu dengan gunakan medium kad kredit. 

Kalau saya nak beli barang riban-riban, contoh macam laptop atau handphone, saya ambil masa lama untuk fikir. Saya survey sorang-sorang dulu dan saya anggap saya nak reward diri saya dengan barang-barang yang saya suka bila saya ada duit lebih sikit. 

Mungkin kelebihan saya sebab duduk dengan ayah. Saya tak perlu fikir bil api air, lauk pauk dan barang keperluan dapur. Semua ditaja tapi bagi saya, saya ni boleh dikategorikan sebagai seorang penjimat dan kadangkala rasa macam cheapskate pun ada. Contoh, saya akan picit ubat gigi dari bawah dan bila tinggal sikit sangat, saya akan lurutkan saki baki ubat gigi tu dengan berus gigi. Pencuci muka saya tahan lama, Tiub besar tu boleh cecah setahun. Saya guna eversoft, picit setengah cm buih banyak, kalau terlebih picit, gigih masukkan balik dalam tiub tu. Penjimat ke, cheapskate kalau macam tu?

Ada beberapa kali bank call tawarkan pinjaman. Alhamdulillah belum ada keperluan nak pinjam. Saya bukan fikir duit yang akan saya dapat, tapi memikirkan susahnya nak bayar balik. Mesti ada bunga-bunga cinta bagai kan. Bercerita pasal pinjaman, mohon pada Allah tak jadi kat saya, ada beberapa kenalan kat kilang saya tu sebab terlalu sesak, pinjam kat Ah Long. 

Kenapa orang pinjam kat Ah Long? Biasanya kes sebab nak bayar hutang. Nampak tak ironinya? Sebab takde duit nak bayar hutang, diorang pinjam Ah Long. Contoh, hutang beli perabot. Miss bayar bulan-bulan, bank tolong telefon. Cara ganas bank sekarang, call terus kat kilang dan sambung terus kat bos. Ada bos tak bising tapi mesti timbul rasa segan sebab tiap-tiap hari bank call nak tuntut hutang. Cara mudah, pinjam kat Ah Long. Contoh ada tu pulak, memang dia ni peminjam kat Ah Long, lepas tu main kutu RM1000 sebulan. Gaji basic RM1200. Suami kerja kais pagi makan pagi. Mana lagi nak bayar hutang Ah Long, baki tinggal berapa je lepas tu kepala kutu dah bising. Cara mudah, pinjam duit tepi kat Ah Long. Ok, bulan ni safe. Bulan depannya pulak, gaji tetap sama, duit kutu kena bayar tetap sama tapi bayaran kat Ah Long dah bertambah sebab bulan lepas pinjam duit tepi. Sudahnya makin tak cukup nak bayar kutu, pinjam daripada bendahari kelab iaitu aku. Pesen aku, sebelum orang pinjam, kena cerita dari A sampai Z kat aku apa halnya nak pinjam lepas tu bersedia la panas telinga dengar aku melaser. Tapi, orang macam ni dia dah tak malu lagi. 

Ada ketika rasa kesian sebab yang susah-susah pinjam kat Ah Long ni semuanya perempuan. Masing-masing ada suami tapi suami buat tak pot. Mungkin lebih rela barang kena tarik daripada cari duit untuk bayar. Orang lelaki ni bila nampak isterinya boleh urus semua benda, dia boleh buat tak tau. Boleh tak malu tengok kawan isteri dia tunggu depan pagar nak hantar isteri dia pergi bayar hutang kat bank. Isterinya dah suakan duit yang dia dengan muka tebal pinjam daripada bendahari kelab tanpa pengetahuan ahli kelab yang lain suruh dia pergi bayar. Boleh cakap kat isteri tu 'awak pergilah bayar'. Berlari-lari isternya dengan kawan yang hati dah panas sebab melilau cari bank dengan minyak kereta tinggal satu bar. Nauzubillah, mohon janganlah dapat suami macam tu. Biar tak kaya asal pandai urus kewangan.

Cuma nak share pesen Ah Long sekarang atau nama profesionalnya, peminjam wang berlesen. Diorang tak mungkin akan simbah cat merah kat rumah sekarang sebab cara dia ialah pegang kad ATM daripada peminjam yang bergaji tetap. Jadi setiap bulan, bila gaji masuk dia dulu akan ambik duit iaitu duit yang peminjam patut bayar kat Ah Long setiap bulan. Kalau gaji dia RM 1000 dan bulanan kena bayar kat Ah Long RM500 termasuk bunga-bunga cinta, maka baki duit dia dalam bank suka atau tak tinggal RM500. Efektif tapi pin ATM adalah sesuatu yang sensitif yang kini dah dishare pulak dengan Ah Long. Fikir-fikirkanlah dan doa moga tak jadi kat diri sendiri.


Sunday, 10 August 2014

Syukur dalam Sedih

"Duduk diam-diam dalam hard disk tu. Saya takkan tengok dalam masa terdekat ni," kata saya kepada album hari raya 2014 keluarga saya.

Sayu betul hati saya tengokkan hasilnya tu. Saya kan macam dah merajuk nak photoshoot raya sebab kejadian 2 tahun lepas. Kejadian saya tukar baju dan meraung dalam kereta dengan make up tebal. Tahun ni macam nak meraikan tahun kedua kejadian tu pulak dengan idea abang saya untuk bergambar di Istana Seri Menanti. Tempat saya meraung dalam kereta depan tasik istana.

Saya takkan lupa kejadian tu tapi tahun ni akak saya ada dan dia yang ajak saya pergi bergambar. Kalau tak kerana dia memang saya tak akan pergi. 

Hasilnya? Dipendekkan cerita, saya ambik keputusan untuk bersyukur dengan apa yang saya ada. Saya bersyukur semua ahli keluarga saya dapat berkumpul. Tak sanggup nak bayang ahli keluarga mangsa MH370 dan MH17 bagaimana mereka beraya. Setakat saya yang gambar tak menjadi ni apa ada hal? Daripada mungkin 5 keping tu, memang satu pun tak boleh pakai buat profile picture Facebook. Apa ada hal, FB pun nak disekat kan?

Sunday, 8 June 2014

Yang Dulu Tinggal Kenangan

Memang tipulah kalau cakap tak sedih. Memang tipu jugaklah kalau kata tak terasa dan tipu jugaklah kalau kata tak cemburu.

Tadi saya pergi lagi satu kenduri. Masa cakap dengan ayah yang saya ada kenduri lagi hari ni, angah saya cakap, "asek pergi kenduri orang, bila saya nak buat kenduri?' soalan tu terlalu klise untuk ditanya oleh abang sendiri dan sejujurnya saya tak rasa apa pun. Langsung.

Malam tadi jenuh juga nak deal dengan kawan mintak dijemput kat rumah, alang2 dah satu jalan. Kawan yang saya mintak tolong tu dah jadi pakwe kepada sorang lagi kawan saya. Biarlah saya namakan kawan saya M dan pakwenye tu W. Saya mintak tolong atas dasar W tu kawan saya dan tak fikir pun ketika tu yang saya mintak tolong pakwe M. Bila M suruh saya kumpul satu tempat dan macam tak bagi pakwe dia ambik saya, ketika tu saya dah tak selesa.

Memang W ambik saya. Memang kami pergi bertiga tapi sifat individu macam kami dulu-dulu dah takde. Mereka pasangan dan saya individu. Tipulah kalau saya cakap saya tak terasa. Tapi saya seronok jumpa balik dengan geng satu tempat kerja dulu. Mereka tak lupa kat saya. Pengantin pun suka saya datang. Seronok saya kat rumah pengantin tadi.

Masa balik, saya mendengar perbualan yang saya dah tak boleh nak masuk. Kalau dulu, kami cakap kasar-kasar dan asyik kutuk mengutuk. Tapi sekarang saya dah tak boleh kutuk pakwe orang. mereka jadi 'I' dan 'U'. Saya jadi 'kau' dan 'aku'. Kalau tadi saya datang dengan W tapi saya balik M yang bawakkan. W yang suruh. Saya pun nak M temankan sebab kalau saya balik dengan W, 3 orang rasa tak selesa. Tak macam dulu, kami takde perasaan tak selesa ni, masing2 kawan. Tipulah kalau saya cakap saya tak sedih.

Saya tak pernah ada pakwe. Saya tak pernah rasa perasaan kebersamaan. Di mana saya kena fikir orang lain selain saya. Bila saya tengok kebahagiaan orang lain, tipulah kalau saya cakap saya tak cemburu.

Saturday, 7 June 2014

Lesson of The Day

Assalamualaikum,

Nak cerita ni. Hari tu saya terima jemputaan daripada seorang kawan melalui whatsapp ke kenduri kahwin dia. Dia ni kawan satu bilik saya kat matrik dulu. Dia mintak alamat nak bagi kad dan saya pun memang berhajat nak pergi kenduri dia. Tapi saya ada satu masalah besar, saya nak pergi dengan sape? So, saya pun berkira-kira nak pergi dengan kawan saya kat matrik. Dia kerja kat Melaka so, mesti dia tau selok belok jalan Melaka dan dia pun kenal dengan kawan saya yang nak kahwin ni sebab dia selalu je lepak bilik saya dulu. Saya pun gigh la mintak no telefon baru kawan Melaka saya ni. Nampak? nak mintak tolong, baru sibuk nak mintak nombor telefon baru. (tutup muka).

Seminggu nak kenduri, saya pun mesej kawan Melaka saya menyatakan hajat nak mintak dia teman. Apakan daya, kesihatan badannya lebih penting dari permintaan saya. Katanya nak berehat sebab minggu lepas dia tak sempat berehat. Baiklah, saya faham. Saya pun mintak tolong dengan kawan saya satu tempat kerja dulu. Dia kata dia cuti dan boleh teman. Okey, lega.

Semalam, saya mesej dia tanyakan jadi tak dia temankan saya. Kecemasan keluarga lebih penting dari permintaan saya. Katanya atuk dia sakit dan terpaksa balik kampung. Saya faham dan dia meninggalkan saya dengan tiada lagi pilihan lain. Barulah saya sedar yang saya tak ramai kawan dan kawan saya yang bujang macam saya dah boleh kira dengan jari. Kalaulah saya ada boyfriend ketika ini, mesti saya dah heret mintak dia teman tapi undangan ini datang waktu saya solo, terlalu solo.

Sebab saya dah macam berjanji dan semangat nak datang ditambah saya dah beli hadiah, maka saya nekad pergi ke Melaka sorang-sorang ditemani Waze. Pelajaran pertama saya hari ni ialah, kalau nak buat map kat kad, buat bagi orang faham. Anggap orang ni baru pertama kali keluar rumah, tak tau langsung jalan. Mujurlah rumah kawan saya ni depan lapangan terbang Melaka, jadi saya ikutlah papan tanda menghala ke lapangan terbang.

Pelajaran kedua saya hari ni ialah tengok kat kad pukul berapa pengantin bersanding. Sebab tadi saya sampai, dia dah sudah makan dan saya sempat salam dan beri hadiah. Dia tanyakan saya, datang sorang ke? macam tau-tau pulak. Soalan tu sedikit menyentak saya dan saya terus jadi sedih. Niat dia baik, tunjukkan kat saya kawan dia kat matrik, suruh saya duduk dengan kawan dia tu. Saya kenal kawan dia tu. Masa dia kat matrik, kawan dia ni biasa-biasa je, tapi tadi dia pakai jubah satu set hitam. Saya pulak pakai blouse putih jarang (saya pakai inner kat dalam) dan skirt potongan ikan duyung, shawl half moon lilit tutup dada. Bagi saya ni dah agak sopan, tapi tema tetamu tadi stok-stok alim, ada dua orang yang saya nampak pakai purdah. Pelajaran ketiga hari ni, pakai fesyen macam kawan yang kahwin tu sebab kawan saya ni seorang yang alim jugak. Saya macam out of that world pulak tadi.

Saya ambik nasi dan view mana satu meja yang saya nak duduk supaya tak nampak canggung. Meja lorong rumah pengantin, dekat dengan kawan matrik kawan saya tadi, out. Meja kat simpang, ok. Kat situ ada meja dua orang lelaki, out. Meja pakcik dan makcik, nampak ok tapi diorang dah sudah makan, so out. Meja pakcik dan makcik jugak yang tengah makan, so set, duduk. Tengah saya makan, mereka pun bangun dan meninggalkan saya seorang, terlalu seorang. Canggung! Saya habiskan makan cepat2, basuh tangan dan untuk nampak kurang canggung, saya duduk balik dan pin shawl saya yang tercabut ditiup kipas tadi. Lepas tu, saya tengok pengantin yang tadinya salam2 orang takde, saya pun nak cabut. Adoi, tengah saya nak jalan pelan2 ke kereta, saya nampak pengantin kat hujung lorong (err, suami dia hensem). Sesaat saya terfikir nak masuk ke lorong sebelum kereta saya dan menyorok dan sesaat tu juga saya rasa itu sangat tak praktikal dan akan lebih menyusahkan hidup saya. Apa kata saya pergi ke kereta dan pura-pura ambik barang. Saya tengok balik ke arah pengantin yang diorang tengah salam-salam kat satu kereta dan saya berasa sangat pasti yang orang baru kahwin ni susah nak nampak orang lain sebab sibukkan laki dia. Jadi, saya pun terkocoh2 pergi kat kereta, hidupkan enjin dan terus jalan. Inilah kenduri yang paling singkat pernah saya pergi. Saya bersiap pagi tadi lagi lama daripada kehadiran saya kat kenduri tu tadi. Saya tak sempat bergambar, saya tak ambik door gift. Saya pergi macam tu je. Pelajaran keempat dan paling terkesan sekali ialah, kalau takde kawan nak pergi kenduri, jangan pergi langsung. Saya merasa bersalah dan mungkin pengantin pun rasa bersalah.

Tersnap - menunjukkan terlau keseorangan, takde sape nak mintak tolong ambikkan gamba