Thursday 14 August 2014

Money 4x, MONEY!


Sangat betul kan? Boleh dikatakan semua orang dapat relate dengan gambar di atas. Mungkin ada sesetengah special case yang tak macam tu. Terkenang masa belajar kat UM dulu. Hidup memang bebas. Duduk di tengah bandar. Hujung minggu tak pernah duduk bilik diam-diam baca buku. Mid Valley dah jadi macam pasar basahan, boleh pergi hari-hari. Beli pen drive 1G pun kat Low Yatt kowt. Rasa nak karaoke, pergi sampai ke BB. Masa tu gigih betul tunggu kenderaan awam, teksi, bas, train etc. Gigih berhimpit, bersesak dengan minah-minah indon dan mamat-mamat bangla yang aromanya pegh, sampai kena hidu minyak cekapak, pastu botol tu pass pulak kat member-member. 

Tapi masa tu jalan cuci-cuci mata je. Duit berapa dalam purse memang ingat ada berapa sebab sentiasa kira kot-kot nanti tak cukup nak makan. Alhamdulillah masa tu tak pernah berlapar dan ikat perut. Roomate saya dulu dia mengaku dia sangat boros. Pernah satu time dia kata dia nak diet, beli roti potato satu buku besar dan makan sampai 3 hari. Walau dia tak cakap, saya tau dia sesak. Satu malam saya tapau nasi goreng kat cafe lepas tu sengaja tak habiskan dan bagi dia. Saya cakap saya dah kenyang pastu dah lambat nak pergi group discussion. Nampak betul dia dah lama teringin nak makan nasi. Suka dia dapat makan.

Bila saya dah kerja ni, hobi saya nak berjalan tu ada. Masa pun boleh diadakan sebab saya ada cuti tapi saya dah takde geng nak diajak berjalan. Kalau saya lelaki, saya dah pergi backpacking sorang-sorang. Saya tak risau nak pergi sorang pun tapi saya risau fikir orang akan risau pasal saya. 

Duit saya takla banyak. Gaji saya pun lebih ciput sikit daripada taraf miskin. Saya tak pula kata sikit. Saya cuma kata cukup. Cukup saya nak bayar hutang saya setiap bulan. Bayar Viva saya RM400, saya usaha bayar PTPTN saya RM150, bagi ayah saya RM150, lepas tu bayar bil-bil macam bil telefon, internet, insurans, Astro, kad kredit dan Alhamdulillah masih berbaki sikit untuk saya simpan. Duit simpanan tu saya pakai juga kalau saya nak beli apa-apa. Tapi apa yang saya nak beli tu saya dah fikir betul-betul. Keperluan dan kepentingan diambil kira.

Saya ada kad kredit. Masa saya nak pakai, saya niat saya pakai kad sebab ada ketika saya taknak bawak cash. Tapi saya pastikan apa yang saya bayar dengan kad tu, ada duitnya dalam bank ketika tu. Maksudnya saya tak berhutang. Saya cuma bayar dulu dengan gunakan medium kad kredit. 

Kalau saya nak beli barang riban-riban, contoh macam laptop atau handphone, saya ambil masa lama untuk fikir. Saya survey sorang-sorang dulu dan saya anggap saya nak reward diri saya dengan barang-barang yang saya suka bila saya ada duit lebih sikit. 

Mungkin kelebihan saya sebab duduk dengan ayah. Saya tak perlu fikir bil api air, lauk pauk dan barang keperluan dapur. Semua ditaja tapi bagi saya, saya ni boleh dikategorikan sebagai seorang penjimat dan kadangkala rasa macam cheapskate pun ada. Contoh, saya akan picit ubat gigi dari bawah dan bila tinggal sikit sangat, saya akan lurutkan saki baki ubat gigi tu dengan berus gigi. Pencuci muka saya tahan lama, Tiub besar tu boleh cecah setahun. Saya guna eversoft, picit setengah cm buih banyak, kalau terlebih picit, gigih masukkan balik dalam tiub tu. Penjimat ke, cheapskate kalau macam tu?

Ada beberapa kali bank call tawarkan pinjaman. Alhamdulillah belum ada keperluan nak pinjam. Saya bukan fikir duit yang akan saya dapat, tapi memikirkan susahnya nak bayar balik. Mesti ada bunga-bunga cinta bagai kan. Bercerita pasal pinjaman, mohon pada Allah tak jadi kat saya, ada beberapa kenalan kat kilang saya tu sebab terlalu sesak, pinjam kat Ah Long. 

Kenapa orang pinjam kat Ah Long? Biasanya kes sebab nak bayar hutang. Nampak tak ironinya? Sebab takde duit nak bayar hutang, diorang pinjam Ah Long. Contoh, hutang beli perabot. Miss bayar bulan-bulan, bank tolong telefon. Cara ganas bank sekarang, call terus kat kilang dan sambung terus kat bos. Ada bos tak bising tapi mesti timbul rasa segan sebab tiap-tiap hari bank call nak tuntut hutang. Cara mudah, pinjam kat Ah Long. Contoh ada tu pulak, memang dia ni peminjam kat Ah Long, lepas tu main kutu RM1000 sebulan. Gaji basic RM1200. Suami kerja kais pagi makan pagi. Mana lagi nak bayar hutang Ah Long, baki tinggal berapa je lepas tu kepala kutu dah bising. Cara mudah, pinjam duit tepi kat Ah Long. Ok, bulan ni safe. Bulan depannya pulak, gaji tetap sama, duit kutu kena bayar tetap sama tapi bayaran kat Ah Long dah bertambah sebab bulan lepas pinjam duit tepi. Sudahnya makin tak cukup nak bayar kutu, pinjam daripada bendahari kelab iaitu aku. Pesen aku, sebelum orang pinjam, kena cerita dari A sampai Z kat aku apa halnya nak pinjam lepas tu bersedia la panas telinga dengar aku melaser. Tapi, orang macam ni dia dah tak malu lagi. 

Ada ketika rasa kesian sebab yang susah-susah pinjam kat Ah Long ni semuanya perempuan. Masing-masing ada suami tapi suami buat tak pot. Mungkin lebih rela barang kena tarik daripada cari duit untuk bayar. Orang lelaki ni bila nampak isterinya boleh urus semua benda, dia boleh buat tak tau. Boleh tak malu tengok kawan isteri dia tunggu depan pagar nak hantar isteri dia pergi bayar hutang kat bank. Isterinya dah suakan duit yang dia dengan muka tebal pinjam daripada bendahari kelab tanpa pengetahuan ahli kelab yang lain suruh dia pergi bayar. Boleh cakap kat isteri tu 'awak pergilah bayar'. Berlari-lari isternya dengan kawan yang hati dah panas sebab melilau cari bank dengan minyak kereta tinggal satu bar. Nauzubillah, mohon janganlah dapat suami macam tu. Biar tak kaya asal pandai urus kewangan.

Cuma nak share pesen Ah Long sekarang atau nama profesionalnya, peminjam wang berlesen. Diorang tak mungkin akan simbah cat merah kat rumah sekarang sebab cara dia ialah pegang kad ATM daripada peminjam yang bergaji tetap. Jadi setiap bulan, bila gaji masuk dia dulu akan ambik duit iaitu duit yang peminjam patut bayar kat Ah Long setiap bulan. Kalau gaji dia RM 1000 dan bulanan kena bayar kat Ah Long RM500 termasuk bunga-bunga cinta, maka baki duit dia dalam bank suka atau tak tinggal RM500. Efektif tapi pin ATM adalah sesuatu yang sensitif yang kini dah dishare pulak dengan Ah Long. Fikir-fikirkanlah dan doa moga tak jadi kat diri sendiri.


No comments:

Post a Comment