Sunday, 8 June 2014

Yang Dulu Tinggal Kenangan

Memang tipulah kalau cakap tak sedih. Memang tipu jugaklah kalau kata tak terasa dan tipu jugaklah kalau kata tak cemburu.

Tadi saya pergi lagi satu kenduri. Masa cakap dengan ayah yang saya ada kenduri lagi hari ni, angah saya cakap, "asek pergi kenduri orang, bila saya nak buat kenduri?' soalan tu terlalu klise untuk ditanya oleh abang sendiri dan sejujurnya saya tak rasa apa pun. Langsung.

Malam tadi jenuh juga nak deal dengan kawan mintak dijemput kat rumah, alang2 dah satu jalan. Kawan yang saya mintak tolong tu dah jadi pakwe kepada sorang lagi kawan saya. Biarlah saya namakan kawan saya M dan pakwenye tu W. Saya mintak tolong atas dasar W tu kawan saya dan tak fikir pun ketika tu yang saya mintak tolong pakwe M. Bila M suruh saya kumpul satu tempat dan macam tak bagi pakwe dia ambik saya, ketika tu saya dah tak selesa.

Memang W ambik saya. Memang kami pergi bertiga tapi sifat individu macam kami dulu-dulu dah takde. Mereka pasangan dan saya individu. Tipulah kalau saya cakap saya tak terasa. Tapi saya seronok jumpa balik dengan geng satu tempat kerja dulu. Mereka tak lupa kat saya. Pengantin pun suka saya datang. Seronok saya kat rumah pengantin tadi.

Masa balik, saya mendengar perbualan yang saya dah tak boleh nak masuk. Kalau dulu, kami cakap kasar-kasar dan asyik kutuk mengutuk. Tapi sekarang saya dah tak boleh kutuk pakwe orang. mereka jadi 'I' dan 'U'. Saya jadi 'kau' dan 'aku'. Kalau tadi saya datang dengan W tapi saya balik M yang bawakkan. W yang suruh. Saya pun nak M temankan sebab kalau saya balik dengan W, 3 orang rasa tak selesa. Tak macam dulu, kami takde perasaan tak selesa ni, masing2 kawan. Tipulah kalau saya cakap saya tak sedih.

Saya tak pernah ada pakwe. Saya tak pernah rasa perasaan kebersamaan. Di mana saya kena fikir orang lain selain saya. Bila saya tengok kebahagiaan orang lain, tipulah kalau saya cakap saya tak cemburu.

Saturday, 7 June 2014

Lesson of The Day

Assalamualaikum,

Nak cerita ni. Hari tu saya terima jemputaan daripada seorang kawan melalui whatsapp ke kenduri kahwin dia. Dia ni kawan satu bilik saya kat matrik dulu. Dia mintak alamat nak bagi kad dan saya pun memang berhajat nak pergi kenduri dia. Tapi saya ada satu masalah besar, saya nak pergi dengan sape? So, saya pun berkira-kira nak pergi dengan kawan saya kat matrik. Dia kerja kat Melaka so, mesti dia tau selok belok jalan Melaka dan dia pun kenal dengan kawan saya yang nak kahwin ni sebab dia selalu je lepak bilik saya dulu. Saya pun gigh la mintak no telefon baru kawan Melaka saya ni. Nampak? nak mintak tolong, baru sibuk nak mintak nombor telefon baru. (tutup muka).

Seminggu nak kenduri, saya pun mesej kawan Melaka saya menyatakan hajat nak mintak dia teman. Apakan daya, kesihatan badannya lebih penting dari permintaan saya. Katanya nak berehat sebab minggu lepas dia tak sempat berehat. Baiklah, saya faham. Saya pun mintak tolong dengan kawan saya satu tempat kerja dulu. Dia kata dia cuti dan boleh teman. Okey, lega.

Semalam, saya mesej dia tanyakan jadi tak dia temankan saya. Kecemasan keluarga lebih penting dari permintaan saya. Katanya atuk dia sakit dan terpaksa balik kampung. Saya faham dan dia meninggalkan saya dengan tiada lagi pilihan lain. Barulah saya sedar yang saya tak ramai kawan dan kawan saya yang bujang macam saya dah boleh kira dengan jari. Kalaulah saya ada boyfriend ketika ini, mesti saya dah heret mintak dia teman tapi undangan ini datang waktu saya solo, terlalu solo.

Sebab saya dah macam berjanji dan semangat nak datang ditambah saya dah beli hadiah, maka saya nekad pergi ke Melaka sorang-sorang ditemani Waze. Pelajaran pertama saya hari ni ialah, kalau nak buat map kat kad, buat bagi orang faham. Anggap orang ni baru pertama kali keluar rumah, tak tau langsung jalan. Mujurlah rumah kawan saya ni depan lapangan terbang Melaka, jadi saya ikutlah papan tanda menghala ke lapangan terbang.

Pelajaran kedua saya hari ni ialah tengok kat kad pukul berapa pengantin bersanding. Sebab tadi saya sampai, dia dah sudah makan dan saya sempat salam dan beri hadiah. Dia tanyakan saya, datang sorang ke? macam tau-tau pulak. Soalan tu sedikit menyentak saya dan saya terus jadi sedih. Niat dia baik, tunjukkan kat saya kawan dia kat matrik, suruh saya duduk dengan kawan dia tu. Saya kenal kawan dia tu. Masa dia kat matrik, kawan dia ni biasa-biasa je, tapi tadi dia pakai jubah satu set hitam. Saya pulak pakai blouse putih jarang (saya pakai inner kat dalam) dan skirt potongan ikan duyung, shawl half moon lilit tutup dada. Bagi saya ni dah agak sopan, tapi tema tetamu tadi stok-stok alim, ada dua orang yang saya nampak pakai purdah. Pelajaran ketiga hari ni, pakai fesyen macam kawan yang kahwin tu sebab kawan saya ni seorang yang alim jugak. Saya macam out of that world pulak tadi.

Saya ambik nasi dan view mana satu meja yang saya nak duduk supaya tak nampak canggung. Meja lorong rumah pengantin, dekat dengan kawan matrik kawan saya tadi, out. Meja kat simpang, ok. Kat situ ada meja dua orang lelaki, out. Meja pakcik dan makcik, nampak ok tapi diorang dah sudah makan, so out. Meja pakcik dan makcik jugak yang tengah makan, so set, duduk. Tengah saya makan, mereka pun bangun dan meninggalkan saya seorang, terlalu seorang. Canggung! Saya habiskan makan cepat2, basuh tangan dan untuk nampak kurang canggung, saya duduk balik dan pin shawl saya yang tercabut ditiup kipas tadi. Lepas tu, saya tengok pengantin yang tadinya salam2 orang takde, saya pun nak cabut. Adoi, tengah saya nak jalan pelan2 ke kereta, saya nampak pengantin kat hujung lorong (err, suami dia hensem). Sesaat saya terfikir nak masuk ke lorong sebelum kereta saya dan menyorok dan sesaat tu juga saya rasa itu sangat tak praktikal dan akan lebih menyusahkan hidup saya. Apa kata saya pergi ke kereta dan pura-pura ambik barang. Saya tengok balik ke arah pengantin yang diorang tengah salam-salam kat satu kereta dan saya berasa sangat pasti yang orang baru kahwin ni susah nak nampak orang lain sebab sibukkan laki dia. Jadi, saya pun terkocoh2 pergi kat kereta, hidupkan enjin dan terus jalan. Inilah kenduri yang paling singkat pernah saya pergi. Saya bersiap pagi tadi lagi lama daripada kehadiran saya kat kenduri tu tadi. Saya tak sempat bergambar, saya tak ambik door gift. Saya pergi macam tu je. Pelajaran keempat dan paling terkesan sekali ialah, kalau takde kawan nak pergi kenduri, jangan pergi langsung. Saya merasa bersalah dan mungkin pengantin pun rasa bersalah.

Tersnap - menunjukkan terlau keseorangan, takde sape nak mintak tolong ambikkan gamba

Wednesday, 19 March 2014

Pray for MH370

Assalamualaikum,

Hari ni genap masuk hari ke-11 pencarian pesawat MAS MH370. Apa perasaan saya? Of course masih berdebar-debar menantikan penemuan pesawat tu. Khabar baik atau buruk, kenapa dan mengapa, semua tu diambil kira kemudian. Yang penting di mana pesawat dan para penumpang dan krew kapal tu. Itu juga merupakan fokus utama pasukan mencari dan menyelamat.

Sabtu lepas, saya tau pasal kejadian ni lebih kurang pukul 11 pagi, daripada panggilan telefon seorang rakan sekerja. Bos saya dapat panggilan telefon setengah jam kemudian daripada rakan sekerja juga dan dia dah risau sebab tak sampai seminggu dia nak terbang ke China. Sibuklah dia cari maklumat di internet pasal berita tu. Katanya pesawat tu dah selamat mendarat di lapangan terbang Nan Ning, China. Tak sampai sejam, dia risau balik sebab berita pendaratan tu tak betul.

Petang sebelum balik pukul 3 tu, ada seorang rakan sekerja beritahu yang pesawat tu jatuh di Laut China Selatan dan semua penumpang mati. Walaupun terkejut dan sedih tapi sekurang-kurangnya waktu tu dah tau apa jadi. Balik rumah, bukak saluran Astro AWANI sebab saluran tu je siarkan berita ketika tu. Baru tau yang pesawat tu masih belum jumpa dan sedang sibuk mencari, membuktikan perkhabaran yang saya dengar tadi tak betul...langsung.

Waktu tu saya belum fikirkan sangat pasal pesawat tu, tapi saya terfikir kalaulah saya ada dalam pesawat tu. 

Januari lepas, saya baru saja naik MAS dari KL ke Beijing. Flight saya pukul 6.30 pm dan selamat sampai di Beijing pada pukul 12.30am. Teringat masa keluar dari kapal terbang, saya tak pakai jaket, cuma sweater nipis. Seorang cabin krew atau kita panggil stewardess di kelas bisnes tegur saya, "cukup ke tu?" saya ingat dia bertanyakan barang saya sebab saya hanya bawa bag galas, masa tu dah nak jawab,'ada luggage besar gabak' tapi sebelum sempat saya jawab, dia sambung "sejuk tau kat luar..." oh, rupanya dia tanya cukup ke pakai nipis macam tu, saya pun jawab "ada jaket tebal dalam bag ni" sambil pegang bag galas kat belakang. Dia hanya cakap "oh..." sambil senyum.
Saya asal dari Kuala Pilah. Dulu masa belajar geografi, kita belajar yang ni kawasan paling kering di Malaysia maksudnya menerima hujan paling sedikit dan dah tentulah panas sebab satu Malaysia memang panas. Tapi masa kecil dulu menganggap Kuala Pilah paling panas di Malaysia. Jadi bila jejak je kaki keluar dari kapal terbang, terus rasa macam masuk peti ais. Gigi menggelatuk sebab sejuk sangat. Cuaca pagi tu mencecah -9 darjah celcius. Kakak saya di belakang, dan kami berdua teruja sangat bila rasa angin sejuk China tu. Seorang lagi flight krew, saya tak pasti samada steward atau pilot, tanya kami dengan nada macam kami ni kanak-kanak comel. Diulangi, comel. Dia tanya kami, "ha, sejuk tak...?" kami pun dengan gaya kanak-kanak comel pun jawab, "sejuk..."

Bila saya terfikir peristiwa tu dan mengenangkan keramahan krew pesawat MAS, saya jadi sebak dan bersyukur sebab hari tu kami selamat sampai. Kami semua seronok sangat dalam kapal terbang bila menerima layanan dan keselesaan yang terbaik. Saya jarang tengok wayang dan saya tak suka tonton CD, tapi kapal terbang ialah tempat yang paling saya suka untuk tengok movie. Kebetulan saya memang teringin nak tonton 'Hunger Games' yang pertama, filem tu ada pulak. Tonton sambil makan chicken curry with rice. Lepas tu, saya tengok cerita Jepun, tapi tak sempat habis. Bila lampu ditutup, saya tidur ditemani lagu-lagu P.Ramlee dan Saloma. 
Apa agaknya para penumpang MH370 buat pada penerbangan pada 8 Mac hari tu?

Hari kedua pesawat tu hilang, ada macam-macam berita orang kongsikan dalam Facebook. Saya ambil kebenaran cerita-cerita pada ketika itu cuma 50%. Yang saya baca tu mengatakan pesawat terhempas di laut. Kononnya pekerja pelantar minyak dah nampak tapi tak boleh nak selamatkan sesiapa. Ada tu pulak yang kata tentera Vietnam dah jumpa, semua penumpang mati. Katanya kerajaan Malaysia lambat bertindak dan beri maklumat bila negara lain dah jumpa dulu. Bila hari-hari berlalu dan tak satu pun berita tu betul, saya langsung dah tak baca apa-apa berita di facebook. Yang saya peliknya, betapa kreatifnya la orang-orang ni mereka cerita dan betapa naifnya orang pergi kongsi berita tu ramai-ramai. Nak tunjuk yang dia dah dapat maklumat terlebih dahulu daripada media. Media pun kadang-kadang tak betul tapi masih ada perkataan 'ketidakpastian' dalam ayat media. Orang yang buat berita dalam facebook dan yang kongsikan tu mempunyai ayat yang sangat yakin seolah-olah dia sendiri menyaksikan kejadian tu depan mata mereka. Tolonglah jangan sebarkan maklumat yang dapat daripada sumber entah mana ni. Saya tiada ahli keluarga dalam pesawat MH370, tapi bila saya baca, tersentap hati saya. Bayangkan ahli keluarga yang terlibat baca. Apa perasaan mereka. Jangan buat spekulasi seolah-olah kita ni lulusan penerbangan ataupun penyiasat ataupun SAR Team. Biar mereka yang sepatutnya buat kerja tu laksanakan kerja mereka. Saya rasa boleh kata semua orang bukan saja di Malaysia malahan satu dunia ambil berat pasal insiden ini jadi apa yang termampu kita buat hanyalah berdoa. Saya nak ingatkan diri saya untuk titipkan doa selepas solat dan jugak berdoa moga ditemui pesawat tu setiap kali saya dengar bunyi kapal terbang lalu di kawasan rumah saya. Tak pasti kenapa selalu sangat saya dengar bunyi kapal terbang lalu sekarang ni. Mungkin memang laluan biasa tapi sejak insiden ini membuatkan saya lebih peka dengan bunyi tu.

Jangan putus harapan. Terus berdoa dan berdoa.
#Prayformh370


Monday, 20 January 2014

Apa Yang Patut Tahu sebelum Trip ke Beijing pada Musim Sejuk

Title yang cukup tamak.
Beijing Trip 5 hari 4 malam (12 Jan 2014 - 17 Jan 2014)

Waktu ni Beijing musim sejuk tapi tak ade salji
Bersedia pakai long johns dari KLIA dan kalau boleh pakai sekali sweater dan jaket tebal siap-siap sebab keluar je dari kapal terbang, cuaca sejuk mula menggigit. Orang China memang dah get ready dari KLIA lagi atau paling lambat pun, pakai jaket sebelum kapal terbang mendarat sebab dia tau cuaca negara dia macam mana. Tapi bagi aku yang pertama kali pergi, tak tau macam mana rasanya winter, aku pakai sweter je. Jaket tebal dalam bag hand carry. Make sure hand carry sebab jauh nak jalan ambik luggage. Tapi yang bagusnya bila tak pakai tebal-tebal sangat tu aku dapat rasa kesejukan -9 darjah Celcius tengah malam tu. Menggigil la jugak sebelum masuk toilet pakai jaket.

Toilet senang cari tapi...
Di China susah sangat nak jumpa toilet ada paip dalam toilet kecik. Jadi kepada muslim yang kena beristinjak tu bersedia bawak botol air untuk ambik air dari paip basuh tangan.

Lagi senang bawak botol boleh lipat macam ni sebab senang taruk dalam bag

Certain toilet takde air panas, jadi redha jela dengan air sejuk macam air peti ais tu. Yang penting boleh keluarkan air yang tak diperlukan badan tu.

Simple Chinese
Di negara China, pelajar mereka memang wajib belajar English dari sekolah rendah tapi kerana tak begitu didedahkan dengan bahasa inggeris, kebanyakan mereka tak pandai cakap omputeh dan tak faham pun. Sepanjang kami di Beijing dan tengok TV China, CCTV, takde cerita omputeh. Kalau ada pun dokumentari omputeh, dan dialih bahasa pulak tu ke bahasa cina. Kami dapat tengok 2 filem cina yang ada subtitle omputeh dan 2 tu je. Yang lain takde. Kerja mereka pun mungkin tak begitu memerlukan mereka cakap omputeh. Iklan-iklan di billboard pun semua cakap cina, jadi sebab tu la susah nak jumpa yang boleh cakap inggeris. Mungkin kita tau sikit-sikit macam 'shi shie'-terima kasih atau 'wo pu che tau'-saya tak tau. Tapi kalau ada tour guide, tanya dia beberapa perkataan cina. Contohnya kami kat sana belajar 'mi fen'-nasi; 'shu ae'-air; 'her shu ae'-minum air; 'jien tao'-gunting (sebab nak pinjam gunting daripada hotel). Bagus jugak bila tau perkataan-perkataan tu sebab orang yang kami cakap tu faham. 

Cuaca sejuk tapi kering.
Bila kita keluar menikmati cuaca sejuk tu, ambik gambar sana sini, sampai kita terlupa nak minum air dek kerana asyiknya melihat pemandangan. Tiba-tiba bila pegang bibir, dah macam bersisik. Tangan pun gatal kopek-kopek kulit bibir. Jangan! Cepat-cepatla sapu vaseline tapi sebelum tu minumla air dulu sebab badan dah dehydrate la maknanya tu. Air tu masukkan dalam thermos sebab taknakla minum air sejuk dalam cuaca macam tu. Thermos tu tak payah elok sangat pun takpe. Cukup sekadar air tak sejuk sebab kalau thermos tu bagus sangat, air yang kita baru masak di bilik hotel tu panas lama sangat, siap kena tiup-tiup pulak dulu sebelum minum. Hari tu aku pergi tak bawak lotion pun sebab taknak beratkan bag so, cuma bawak sebotol kecil vaseline. Sapula mana suka, sapu kaki pastu bawak ke bibir pun boleh. Jari memang jadi hodoh sangat, terkopek-kopek dekat kuku tapi sebab sejuk, tak rasa apa pun. Kalau cuaca panas, memang dah rasa pedih. Letak dalam bag, sambil-sambil duduk dalam kereta atau sambil dengar penerangan orang kat kedai-kedai, boleh sapu.

Buat bodoh
Hari ketiga tour kami, kami semua sepakat untuk buat bodoh. Kenapa? Ok, sebenarnya ada pro dan kontra bila guna khidmat tourist guide. Pro nya ialah soal bahasa tak jadi masalah tapi yang kontranya pulak, pakej kami tu memaksa kami pergi ke kedai-kedai tajaan kerajaan. Semuanya sama, kita sampai je, dia akan bagi penerangan tentang produk mereka start daripada bahan mentah sampailah ke demonstrasi menunjukkan kualiti produk mereka dan last sekali anda akan disuruh atau lebih tepat dipaksa beli. Harga produk pulak bermula daripada 100RMB. Tempat beli souvenir akan dibawa pada hari terakhir jadi kami terpaksa buat bodoh kalau tk tak cukup duit. Dengar penerangan mereka nak taknak je sampaikan orang tu sibuk tanya 'do you understand my english?' banyak kali. Kami cuba untuk sneak out daripada satu kedai tu dan dipanggil oleh tour guide kami dan dia pun start cerita sedih dia yang entah betul entah tak. Katanya dia dan driver tak dapat gaji. Dia hanya mengharapkan 5% komisen daripada hasil belian kami dari kedai-kedai ni tadi je. Kalau kami tak beli, maka takdela duit dia dan driver. Lepas tu dia kata kalau kami tak beli, kami kena jugak duduk kat sini at least 45 minit, kalau tak, kami kena bayar. Boleh caya ke? Tapi sebab kami di negara orang, maka kami pun taknak gaduh-gaduh so di next kedai, lepas buat muka toye tu, kami ambil masa untuk beli, jangan tunjukkan minat awal-awal, round satu kedai dan kalau tak penat, ulang alik dari depan ke belakang, jangan tanya soalan kat pekedai supaya dia malas nak layan kita dan tinggalkan je kita. Bila dia dah boring, kita pun beli la sikit. Hari tu kami pergi bertiga, kalau rombongan cik kiah tu mungkin senang sikit. Jadi kami bertiga pun share-sharela beli barang. Bila dia pujuk suruh beli lagi tambah itu ini, diskaun itu ini, tetapkan hati dan kata tak perlu. Kami tak tetap hati jadi end up beli banyak, duit pun habis banyak sampai kena pakai credit card kalau tak, tak cukup duit nak beli buah tangan.
Barang belian terpaksa dan souvenir ikhlas untuk kawan-kawan dan diri sendiri.
Itu jela yang sempat dikongsi dalam post ni dan cerita detail Beijing trip bersama gambar mungkin akan diceritakan di next post. Gelang jade dalam gambar di atas tu mesti kena cerita. Fufu~





Sunday, 19 January 2014

Hati Kosong

"Assalamualaikum,

Kadang-kadang saya rasa tak lengkap, kosong dan tercari-cari sesuatu yang saya tak pasti. Mungkin kerana solat saya tak sempurna. Wallahualam..."

Thursday, 2 January 2014

Love, Stop Messing With My Mind 2

2014, saya janji saya taknak jealous, taknak dengki, taknak fikir yang jahat bila saya dengar atau tengok kawan-kawan saya bercinta, tunang, kahwin atau dapat anak. Tahun lepas saya dah janji nak ucap tahniah pada sesiapa yang melangkah ke alam baru tapi halfway through, saya mengalah dan membiarkan perasaan cemburu saya menguasai. Saya scroll Facebook page saya tanpa stop untuk like dan ucap tahniah. Semua tak tau yang sebenarnya saya sedang sangat cemburu dengan kebahagiaan mereka dan saya sedang tertekan memikirkan bila saya akan kecapi kebahagiaan yang sama. 

Tapi, kebahagiaan orang berbeza. Saya mengaku yang saya rasa incomplete tanpa kehadiran insan yang dinamakan suami dan anak sendiri tapi itukah kebahagiaan hakiki saya? Bolehkah saya jamin yang suami saya boleh beri kebahagiaan kepada saya ataupun mampukah saya membahagiakan dia? Saya taknak fikir panjang pasal tu sebabnya kalau tiba jodoh saya, tak payah bercinta lama-lama pun kahwin jugak. 

Saya sekali lagi menegaskan, saya yakin dengan janji Allah, saya yakin Dia nak beri saya kekasih awal dan akhir, Dia menduga saya dengan kasih sayang-Nya selama mana saya harus menunggu dan sejauh mana keimanan saya untuk terus mempercayai janji-Nya. Ya Allah, sesungguhnya hamba Mu mohon diberikan keluasan hati untuk memberi dan menerima. Andai sesiapa menjadi suamiku, aku percaya yang dia adalah yang terbaik dan sempurna untuk melengkapkan hidupku. Aku percaya janji Mu dan sesekali takkan aku mengalah sehingga berpaling dari Mu.


Sunday, 29 December 2013

Love, Stop Messing Up With My Mind

Betul ke orang cakap, 'when we're not thinking about love, it will come to us'. Betul ke macam tu? Rasa macam ada kebenarannya sebab bila aku takde perasaan nak mencari cinta, memang si pencinta tu akan datang. Tapi yang kelakarnya kadang-kadang aku ada buat milestone cinta sendiri. Senang je milestonenya. Contohnya, bulan 5 jumpa bakal suami, bulan 8 tunang, bulan 12 kahwin. Yang jumpa tu betul tapi yang tak betulnya bila bulan 8 kami putus sebab aku takde rasa cinta. Aku paksa diri untuk cuba terima tapi bila aku rasa ini tak adil bagi dia, aku putuskan. Aku langsung tak sedih waktu tu sebab kebebasan daripada perasaan bersalah tu lebih menggembirakan.

Kan aku pernah cerita pasal 'S', aku ni dah naik segan pulak dengan dia. Umur dia 23 kot...3 tahun lagi muda daripada aku. macam mana aku boleh terfikir yang kami ni mungkin ada chance? Aku kerja 1 section dengan dia, aku senior dia, pangkat aku tinggi sikit daripada dia tapi aku ni mak oi punyalah segan nak cakap dengan dia. OK, pasni aku tak boleh dah segan-segan dan takkan fikir pasal cinta between us. Kami rakan sekerja dan mungkin lepas ni jadi bekas rakan sekerja sebab dia dah cerita kat aku dia nak pergi interview kat company oil and gas. Gaji 7k sebulan. Takkan aku nak halang. Masa depan dia cerah kat situ nanti banding kilang aku ni.

Pasal si 'A' pulak, aku dah kurang perasaan nak meraung bila teringat kat dia sebab hari aku publish previous post tu, aku hantar mesej kat dia bertanyakan pasal harga visa. Alahai, sopannya minta maaf kat aku sebab dia tak ingat harga tapi mesej tu jadi panjang jugaklah. Lepas tu macam biasalah ego aku menstopkan mesej tu dan jawapan last dia ialah ok. ok je which means 'ok, seb baik ko stop dulu sebab aku pun dah malas nak layan kau'. Aku tau sebab kalau orang tu nak borak lagi dia akan tanya lagi soalan untuk mengelakkan mesej tu stop tapi sekadar ok. Hmmm...taulah aku di mana letak duduknya aku pada dia. 
Tapi kan ada satu kejadian yang aku tak dapat nak define kenapa begitu. Aku keluar dengan S pergi audit. Ada masalah sikit pasal driver sebab tak tau sapa driver kami. Aku plan si A la untuk jadi driver kami tapi orang lain. Masa kami dah duduk dalam kereta panaskan enjin, A datang kat sebelah kereta, tegur S tapi, tapi, tapi tak pandang kat aku langsung! Untuk menyedapkan hati sendiri, aku cakaplah dia segan tapi bila aku pikir panjang-panjang, mungkin dia tau aku suka kat dia dan dia nak elakkan aku terus menaruh perasaan kat dia sebab tu dia tak pandang langsung. 

Dengan terbitnya post ni, aku dah taknak pikir mengarut-ngarut pasal cinta ni. Jadi diri sendiri, kalau nak skema, skemalah, kalau nak gedik, gediklah, kalau nak senyap, senyaplah, kalau nak clumsy, clumsylah. Be yourself. Anggap S dan A ialah adik-adik je. Aku dah 26, act like 26! Bukan act like 26 wants love from younger guys. Sheesh, tak senonoh perangai itew!