Tuesday 3 February 2015

Tak Kesah La

Aku tak tau apa aku rasa. So bila menulis, aku mencari dan memberi jawapan. Jawapan yang aku nak, bukan semestinya betul.

Hari jumaat lepas, aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Kak A. Selalu yang call aku malam2 minggu ni family aku, bagitau nak balik atau suruh bagi makan kucing. Ni Kak A yang membawa berita S patah kaki. Terkejut aku dengan berita tu, tapi lepas tu aku mula sangsi bila nama N dikaitkan dengan berita ni. N bagitau Kak A berita ni pastu Kak A bagitau aku. Macam mana N tau S patah kaki? 

Ceritanya tu buatkan perasaan simpati aku ni bertukar jadi benci. Konon ceritanya S jemput N balik kerja pastu sebelum balik rumah, S singgah main futsal. N tunggu dalam kereta dan lepas tu tup2 S patah kaki. Ko boleh percaya cerita cenggini? Aku suruh Kak A confirmkan balik sebab Kak A ni selalu tertipu. Lepas tu aku dapat lagi call dari Kak A yang mengesahkan berita tersebut. Aku tak cakap apa masa dia bagitau. Langsung. Aku ha..ha.. kan je (ni bukan haha gelak tu). Maksudnya mengiakan je tanpa cakap apa2 pun. Kak A cakap, dia nak pergi melawat tengah hari esok. Lepas tu pandai pulak cakap kalau nak ikut, nanti bagitau, kalau tak dia naik teksi je. Nampak? Pancing nak tumpang.
Malam tu aku terfikir lagi benda ni dan masih percaya 50, 50. Betul ke patah? Kenapa N bagitau Kak A. Kenapa bukan housemate S bagitau kat semua kawan2. Kenapa si N budak baru masuk rasanya tak sampai sebulan tu yang bagitau.

Pagi tu, memang berat hati aku nak pergi tapi nanti dikatakan tak pikir kawan2. Aku tak decide lagi sehiggalah Kak A call. Aku pun main cakap je, aku nak pergi petang sikit. Kak A pun cakap nak pergi petang sebab tengah hari tu S operate. Lepas lunch, baru aku bagitau ayah aku nak pegi hospital. Mulanya ingat nak pakai selebet je. Tapi Kak A mesej mintak singgah dekat Jusco katanya nak beli kasut sukan baru. Hampir aku menyumpah dia. Dia memang ambik kesempatan betul kalau naik kereta aku. Suruh hantarkan pergi sana sini. Ni pergi hospital kot, bukan pergi kenduri nak singgah2 bagai. Gigih jugakla aku pakai contact lense dan eye shadow sikit. 

Kami sampai hospital dalam dekat pukul 5 petang. Ya Allah, baru aku tau betapa tak sukanya aku pergi hospital. Orang tak sakit pun boleh jadi sakit kalau cenggini suasananya. Neves aku nak cari katil S. Macam mana keadaan dia nanti. Pakai baju ke tak. Nak cakap apa nanti. Nak tolong apa nanti. Oh, tak payah susah2. S takde pun kat katil dia. Baru dalam 10 minit dia masuk operation theater, kata perempuan jaga pesakit katil depan. So, kami duduk situ dalam setengah jam borak dengan member2 pastu blah. Lapang gak hati sebab takyah risau dengan apa yang aku fikirkan tadi.
Dalam kereta on the way ke Al-Ikhsan S2, aku agak bengang lagi sebab aku kena jadi driver di hari sabtu ni. Niat aku nak shutdown 2 hari, tapi kena start jugak dia hari sabtu ni. Kena bercakap, kena respon, kena ketawa. Ughh!

Sampai kat Al-Ikhsan, aku cam agak seronok tengok situ ada sale dan kasut baru cantik2. Tapi Kak A pulak macam tak tunjuk minat. OMG. Aku dah bawak kau jauh2 ni, tolong pilih dan bayar je boleh tak? Dia nak pergi kedai satu lagi which aku tau tu kedai untuk lelaki tapi sebab nanti dia ingat aku tak suka pulak, aku ikutkan je. Hambek, takde saiz kaki. Pergi pulak kedai satu lagi, jual stok lama. Tak berkenan pulak dengan stok lama2 tu. Pergi balik kedai first. Kali ni aku duduk biarkan je dia pilih, dan bayar. At last!
Masa tu dah pukul 7. Dia tanya aku nak makan ke. Aku cakap je taknak. Dalam hati memang aku ingat nak singgah Jusco beli donut, tapi sebab dah lambat, malas ar. Dalam perjalanan balik, aku diam je. Kemain laju aku bawak. Kak A konon nak borak. Pegi pulak sebut nama N. Katanya N muram je masa OT sebab teringat kak kekasih hati kaki patah. Damn! Ambik, aku tekan pedal minyak kuat2. Sebut lagi nama pompuan tu.

Seminggu berlalu...
Sebenarnya kenapa aku nak jeles? Aku bukan suka pun kat S tu sebab:
1. S ni perangai macam pompuan. Fesyen pun konon stailo tapi stail orang kampung. Ikut je trend yang terkini. Urban people tak cenggitu ok.
2. Suka mengutuk fizikal orang. Tak sedar diri sendiri macam2 kurang.
3. Pendek. Full stop.
4. Badan berbau.
5. Jalan macam pompuan
6. Cemerkap. Apa2 dia pegang mesti tak selamat.
7. Putih.
8. Suka pegang2 Kak A. Ni pegang yang bila aku tengok, jadi geli.
9. Tak suka/ penggeli ngan kucing. 
10. Suka selfie. Gamba whatsapp tukar 3 hari sekali. Eww!

Aku tak sekali pun mesej dia bertanyakan khabar. Kecuali sekali. Aku ada hantar gambar kat whatsapp. Send 2,3 kali tapi fail. So, tak tau dia terima ke tak and aku pun delete semua sekali. Kak A asyik bagi tau dia kirim salam...kat semua. Lepas tu bagi hint konon-konon S sedih sebab takde sape mesej dia. Nak tau macam mana kak A tau S sedih? Sebab S bagitau N dan N bagitau Kak A. Damn! Bye2!

No comments:

Post a Comment